JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432

HIJRAH

Hijrah demi kebenaran untuk kehidupan yang qudus

1Malaysia 1Matlamat 1Martabat
1 Muharram 1431 Hijrah

Kita sebagai warga negara mendokong 1Malaysia untuk mencapai 1Matlamat demi kesejahteraan Ummah. 
Aku hanyalah seorang Melayu, yang beragama Islam dan rakyat Malaysia.

MELAYU

Manusia yang dianggap lemah. Makhluk yang dinafikan haknya. Setelah puas susu diberikan, lalu tuba yang dibalasnya. Beginilah Malaysia, lembu punya susu, sapi punya nama. Orang Melayu masih jauh pencapaian dan penghidupannya. Bagaikan tanpa matlamat hidup di dunia ini. 9 bulan dalam kandungan. Lahir sebagai bayi, kanak kanak, anak dara, anak bujang teruna, remaja, mahasiswa. Tamat pengajian, mencari pekerjaan. Bila bekerja dapatlah wang gaji. Cukup masa, cukup belanja, cukup sifatnya dan cukup pertunangannya lalu kahwin. Beranak pinak lagi. Membesarkan, mengasuh, menjaga, menyekolahkan, mendidiki keagamaan dan yang pasti pusingan kehidupan berputar lagi. Akhirnya hidup ini tunangnya mati.

MEMARTABATKAN BANGSA

Tulisan ini bukan untuk memandai mandai. Apatah lagi mendahului kepimpinan Negara. Tidak sama sekali mendahului Yang Maha Esa. Artikel ini tetap sama, senada dengan semua tulisan yang ada. Hanya berbeza dari cara penyampaian dan penulisannya. Kemungkinan membahayakan penunggang basikal di tengah lautan kerana tersilap kayuh mengikuti Harry Porter. Kemungkinan juga memabukan penumpang perahu layar yang lemas dan karam didaratan! Harap maaf! Bukan sengaja.... Itu salah sendiri.

Segala usaha telah dilakukan untuk mengelakan sebarang pertembungan masaalah. Namun apalah ertinya hidup ini tanpa masaalah. Samada sengaja, mahupun secara kebetulan semua insan mengharapkan yang terbaik menjadi kenyataan. Dalam kita memperjuangkan hak kaum melayu, sewaktu dengannya juga kita menegakkan Islam. Maju berjaya, aman kaya dinikmati oleh seluruh kaum di negara ini. Apa sahaja yang dicapai, dikongsi bersama, hidup bersama sama. 

Warganegara Malaysia dengan 1Malaysia hanya bermatlamatkan keharmonian sebab martabatnya adalah sama sebagai manusia ciptaan tuhan. Tamak haloba, bernafsu serakah, diperhambakan syaitan telah menjadi perjanjian dunia. Iblis dan Syaitan tidak akan berhenti selagi belum kiamat untuk mengganggu, menyesatkan umat manusia.

Maka berhijrahlah kita dari dunia yang penuh tipu daya ke alam nyata. 
Dunia sandiwara ciptaan manusia  ke pentas dunia kebesaran Tuhan
Alam yang nyata ini mampu mewarnakan hala tuju kehidupan
Di mana bumi di pijak di situlah langit di junjung!

No comments:

Post a Comment