JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Monday, October 31, 2011

Dunia Undang Undang - Perjalanan Hidup







Sikap mementingkan diri sendiri, bagaikan sebati dan sememangnya realiti kehidupan. 

Terburu buru, tanpa kesabaran terus mengelirukan, terus menurut hawa nafsu dan bercelaru menuju ke arah yang di tuju. 

Melihat kesilapan orang lain, sewaktu dengannya kita juga melakukan kesilapan yang serupa dan menjadi punca kepada masalah yang boleh dielakkan.

Menganggap diri sendiri lebih baik dari orang lain.

*********************

beri laluan

Ruangan ‘Beri Laluan’ kepada pemandu lain amat penting. Ini soal budi bicara! Tidak kira di mana, bila dan berilah laluan kepada kenderaan yang lebih ‘membutuhkan’. Sebab selalunya, kita ni mudah sangat lupa daratan. Bila berada di atas jalanraya, menganggap jalan itu ‘bapak’ atau kita yang punya! 

Dalam bahasa wong jowo algerman ngomong ‘give way’. orait. set! 

Dalam apa jua keadaan, kita sentiasa di tuntut dan bersedia pada bila bila untuk memberikan laluan kepada orang lain. Tidak ada sebab untuk kita ‘keras kepala’ lalu menekan minyak memotong apa sahaja mengikut hati. Ingat ni potong sayur ke, rajang bawang ke! 

Jalanraya, lebuhraya dah jadi pusaraya, pusara aman laaa. 

Itu la kan, bila sudah berada di atas jalanraya, secara asasnya, segala keselamatan adalah tanggung jawab diri sendiri. Anda yang menentukan semuanya. Jika anda masih ingat Yang Satu, Yang Maha Esa, InsyaAllah. Tapi sayangnya, selalu lupa, teringat bila ajal dah mendekat, breek ntah ke mana, rupa rupanya semua sudah melayang. 
 
Kita beri laluan kepada semua pengguna jalanraya. Siapa pulak nak bagi kita laluan untuk ke destinasi? Ewah, Give way, overtake ler apa lagi. Give and take. Laa, sampai bila tu? Kalau dah tak jalan, gerenti selamat kan! poodah. 

Siapakah yang lebih membutuhkan? Persoalan siapa dulu, sendiri tau maa. Jika kita lebih membutuhkan, janganlah pulak asyik nak nyalahkan orang lain. Bila orang lain pula lebih membutuhkan, apa salahnya kita beri laluan kepadanya! Tidak timbul soal keras kepala beb! Nanti semua keadaan akan menjadi ‘tegang’! 

Masalahnya sekarang, persoalan mem’butuh’kan? Kita amat penting untuk sampai tepat pada waktunya. Pada orang lain pula, masa itu emas pulak! Bewak tu plak kata, masa tu lampu hijau, pecut ler apa lagi. Habis tu, ada plak yang bercinta tengah jalan. cinabeng. 

Kepentingan kepada semua pengguna, sebab itu jalanraya amat penting. Kalau anda tetap kata, yang ‘penting’ yer duit. Memang ler! Lepas tu, kepala atau ekor. kepala atau bunga. kepala dan berapa banyak kepala daa. 

Itulah ertinya konsentrasi. Kenapa terlalu banyak sangat kepala? Kita kena ingat Yang Satu, Yang Maha Esa. Biarkan semua lelaki dengan dua kepalanya. Pemandu wanita pula dengan membebel agaknya. 

Apa cara dan apa cerita pun, ‘beri laluan’ tu amat penting. Tidak perlu menunggu siapa yang lebih membutuhkan. Memang pun selalu, dah asyik, dah slogan pun, sambil angkat tangan, dalam hati menyumpah seranah, tak keluar ‘kepala b..... ‘ 

Dari itu, sentiasalah kita ‘beri laluan’ biarpun kekadang tu kita dah terlambat. Apa salahnya ‘kalaulah’ terlambat itu juga yang melambatkan maut di jalanraya. Takdir tetap menentukan. Sebagai ‘hambaNya’ sabar, tenang dan redha mengiringi perjalanan. ‘BERI LALUAN’ agar lebih memudahkan perjalanan.


malaysia semalam



ilustrasi 

Kalau nak cerita zaman pra merdeka, tentunya kisah hantu tahyul mahyul, yang dikatakan khurafat menjadi lagenda perbualan di mana sahaja dan pada bila bila masa jer. 

Zaman terkini, tentunya lanun Somalia. Rakyatnya menderita kebuluran. Jurugambar pun boleh tertembak jugak. 

Kalau kat jalanraya jumpa lambang macam tu, kena pandu selaju mungkin macam kereta racing. Sekarang kat litar sepang ler. Kawasan tu berhantu katanya, ‘keras’ woo, ada penunggu lagi, tulang dan tengkorak berserakkan. Tempat tu ada lanun darat kot! 

Yang pasti tempat di jalanraya yang ada terpampang logo seperti diatas ada hantu weei!
Kawasan Kemalangan, letakan logo tengkorak kamu! Suruh perlahankan kenderaan. Merayap sampai tengah malam.


malaysia hari ini


Apa dia orang peduli dengan semua undang undang dan peraturan jalanraya! 

Sudah lulus dan dianugerahkan Lesen Memandu, complet semuanya. Bijak pandai la pemandu kenderaan diatas jalanraya kan! Selagi takde saman atau ditahan polis trafik, jpj ke, ertinya tak salah kan! Terer, tak pernah kena saman. 

Seolah olahnya hanya lesen memandu sahaja yang paling berkuasa di atas jalanraya. Lupa kuasa tuhan. Lupa pengguna yang lain. Lupa keselamatan diri sendiri. Lupa segala galanya.

ilustrasi

Ini pemandu mabuk atau pemandu bercinta di jalanraya? 

Inilah sebahagian lambang di dalam perjalanan hidup kita. 

Di saat aku menulis N3 ini, aku teringat, anak aku mengamuk kerana lambat menyelesaikan urusan persekolahannya. Sewaktu keadaan itu, aku sendiri sedang kepenatan kerana kerja membanting tulang empat kerat mencari rezeki. Musim hujan lagi! Thai dah bengkok, bongkok, bangkok di rendam bah. 

Aku dah tua ganyut, ops, macho lagi woo, tapi dah lepak, kena hujan lagi, bau ojol pulak tu, mana tak hilang akal bila anak usia pmr bagaikan tidak menghargai penat lelah kita. Agaknya kalau maut menjemput pun, dia buat derk ajer agaknya, tambah menyalahkan kita adalah.

Teringat pulak, orang tua dulu kata, kalau aku tahu dah besau gini nyusahkan orang tuanya, kecik kecik lagi, aku picit picit, campak kat longkang. Kan lebih baik mati dari kecil asalkan tidak menyusahkan orang tua bila besau?

Oleh kerana anak zaman ini tahap pemikiran dan kepintarannya mendahului ibu bapanya, lalu terjadilah peristiwa yang menyayatkan hati. 

Bila dah terlajak, oleh kerana dah diajak, terlupa nak jadi bijak, rupa rupanya dah terpijak tahi.
Alang alang buat dosa, bukan kepalang kena siksa, sanggup tanggung bisa. Sebelum anak itu membesar nanti menjadi lebih teruk darinya, itulah dia, di campak bayinya ke longkang, sungai, tinggalkan kat masjid, buang kat mana mana ikut suka hatinya. 

Sebagai orang tua, kita ingat untuk mengajar, rupa rupanya penerimaan anak ‘kecik kecik tak nak mampos, dah besar nyusahkan orang’ menjadi igauan buruk bila dah terlanjur, terhantuk, menyesal kemudian.....
Di mana nilai moralnya? Siapa yang patut dipersalahkan? Falsampah itu kah, nasib dan keadaan kah, ugama kah, pemerintah kah, ibu bapa kah, anak kah dan kah, kah, kah! 

Kita mencari kesempurnaan, keredhaan dan ketenangan.


malaysia esok


Fikir fikirkanlah sendiri.
Kita hanya merancang, hari ini tidak seindah semalam.
Namun kita akan menjadi, dan ingin menjadi yang terbaeek mungkin dan terus berusaha hingga sisa sisa penghujung usia.
Tuhan Maha Segala galanya!