JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Monday, March 19, 2012

Dunia Akhirat


Dunia Akhirat

Benarkah kehidupan di dunia ini amat indah?

Dunia Islam hanya mementingkan nilai nilai murni. 


Dunia ini tidak pernah menjanjikan apa apa..... 

Di dunia ini hanyalah sementara. Sementara masih di beri peluang, ruang dan menghirup udara segar, menafaatkanlah sepenuhnya. Sihat sebelum datangnya sakit. Kehidupan ini sebelum datangnya mati. 

Apa yang ingin aku perkatakan, adalah,
Aku ingin hidup bahagia di dunia dan di akhirat. 

Kenyataannya, hidup di dunia ini, kita adalah Hamba Allah. 

Mensyukuri dan menginsafi kebesaran Yang Maha Esa.

Akhirat adalah alam selepas kematian

Sebenarnya, sebutannya sahaja Dunia Akhirat. Kenyataannya, dunia ini adalah alam kehidupan normal sebagai manusia, makhluk ciptaan Yang Maha Esa dan hanya sementara sahaja.

Selepas kematian, kita disemadikan. Roh telah keluar dari jasadnya. Di persemadian, kita kembali kepada kejadian asalnya. Tanah menjadi tanah. Air mengalir dan akan terus cair mengimbangi dunia ini. Kalau nak disebutkan, adanya api dan angin, semuanya sudah kembali keasalnya.

Alam Barzakh dan abadi di Akhirat.


Dunia Korporat

 
Dunia korporat adalah perdagangan, perniagaan global dan hanya mementingkan keuntungan di dunia ini.
Dunia korporat menjadikan diri anda seorang CEO. Chief Executive Officer. Harta atau aset perniagaan berbilion dollar dan kini angkanya mencecah trilion. Empayar perniagaan menguasai kecanggihan dunia. 

Bila berusaha, seolah olahnya kita akan hidup untuk selama lamanya. 

Bukan sahaja seribu tahun, sedangkan seribu tahun pun tidak mungkin! 

Masa berlalu terlalu pantas dirasakan. 

Prestij, imej, kemewahan dan keasyikkan syurgawi dunia mengiringi, meraikan kejayaan. Seribu satu malam hanyalah dalam khayalan. Kini dengan dunia ciptaan insan, 24 jam berlalu tidak di rasakan. Titanic bergemerlapan selagi tidak tenggelam. Norma kehidupan semula jadi membelenggu segala bentuk kebebasan. Demi perniagaan

Bila meniti kejayaan demi kejayaan, seolah olahnya ‘Dunia dalam genggaman’.

“Agama di sama ratakan, Allah di trinitikan dan Sex dibebaskan. Segala perniagaan di halalkan demi ‘matlamat menghalalkan cara’. Umat ‘M’ memesongkan akidahnya sendiri. Iblis syaitan merajai kaum kapir untuk terus menjadikan dunia ini ibarat syurga, menyembah kuasa, takhta, harta dan wanita.”

Dunia Keparat



Insan diperhambakan oleh keduniaan. 

Manusia hanya mengikut kata hawa nafsunya sahaja. 

Manusia di perhambakan nafsu.

Seolah olahnya kehidupan di dunia tiada penghujung dan noktah. Menyedari ‘hidup hanya sekali’ seboleh bolehnya segala syurgawi di gapai dan dikecapi. Ketuhanan dan akidah terpesong, hilang entah ke mana. Sifat kebinatangan mempromosi diri saban hari. 

Remaja perempuan di culik untuk dijadikan hamba sex. Dadah menghancur luluhkan umat manusia setiap saat. Bunuh dan samun silih berganti. Pusat maksiat dan persundalan bercambah menyondol macam cendawan di musim hujan. 

Perjudian menjadi amalan, matlamat menghalalkan cara. Casino menjadi jiran menggamit seribu harapan dalam kehancuran. 

Internet tanpa sempadan, apatah lagi tapisan. Plasma dan 3D memparadigmakan ‘rumahku syurgaku’ menjadi ‘kondoku kondomku’? 

Huwhaaaa....! Mengapa aku lahir ke dunia ini?

“Kerana nafsu. Bukan untuk meramaikan Umat Nabi Muhammad. Lahir kerana nafsu. Lesu, bisu dan kiasu. Patut laa, kepuasan umat di akhir zaman ini menjurus sexuality merdeka, lgbt menjadi idolanya. Kebebasan melampiaskan nafsu tanpa tanggungan memperpanjangkan keturunan anak haram. Sudah suratan, bukan kebetulan, dalam mengejar bintang di langit, ternyata mereka mendokong biawak hidup.”

*********

Semalam

Kita tertulis di Loh Mahfuzd

Hari Ini

Kita di pentas di dunia, suka duka, bahgia derita, senyum tangis, semuanya mewarnai erti kehidupan..... 

Esok

Kita telah bersemadi,
Alam dunia telah ditinggalkan,
Mungkinkah amal mencukupi bekalan?