JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Monday, July 23, 2012

Dunia Fotografi – Super Telephoto



Dunia Telephoto
KAMERA & PRODUK NIKON

Mengenali jenama Nikon amat mengasyikkan. 

Di Asia sememangnya terkenal jenama ini. Ianya menguasai hampir semua pengguna atau jurufoto profesnal. Namun jenama Canon juga amat popular. Masing masing ada kelebihan dan ciri ciri tersendiri. Semuanya berada dalam kelas yang tersendiri. 

Di sinilah kehebatan seorang jurufoto diserlahkan. Bukan hanya jenama sahaja yang menentukan mutu dan hasil seni foto. Kreativiti seorang jurufotolah yang mampu memotret foto genit/genik apa sahaja asalkan ‘makan gambar’.  

Kalau ‘invisible’, paranormal ke, parashitt ke, bukan tak boleh di potret, masuk jer ‘photoshop’ semua boleh!

Benda/Lensa ini namanya, Super Telephoto bukan Super impose. O.K. 

Nikon Super telephoto 800 mm

 

KLIK

 
Jangan ingat super telephoto ni macam teropong Laksamana Do Re Mi tau!

Boleh teropong tarikh PRU 13.

Teropong ‘anak bulan’ ke!

 

Keluaran Nikon terus menguasai keunggulan dunia fotografi. 

Barang barang berjenama atau ‘branded’ tentunya mahal kan! 

Pengguna tertentu sahaja yang mampu mencapai kepuasan dalam penghasilan seni fotografi yang halus. Kesenian dalam menghasilkan karya senifoto. Mungkin jenama kamera hanya salah satu ciri cirinya sahaja.
Sewaktu penggunaan filem negatif, filem juga memainkan peranan dalam menghasilkan sesuatu mutu dan seni dalam sekeping gambar. Syarikat pengeluar seperti Kodak, Konica, Fuji, Agfa dan sebagainya juga ada kemahiran yang tersendiri. Untuk merakam foto pemandangan di waktu senja umpamanya, kamera Leica dengan filem kodak boleh menghasilkan foto yang indah.  

Kamera Nikon dengan menggunakan filem fuji, lensa micro Nikkor mampu mempotret foto ‘close-up’ yang cantik. Begitu juga, menggunakan kamera Canon A-1 dengan filem konica anda mampu merakamkan apa sahaja detik keriangan, kedukaan dan ‘skodengan’. 

Semuanya ini bagaikan baru semalam jer, berlalu.

Sebenarnya tidak banyak berbeza dengan kamera digital yang berlambak sekarang ini. 

DSLR sekarang ini lebih memudahkan, menjimatkan dari segi masa. Dari segi kos kewangan sebenarnya banyak membazir. Memang kita tidak perlu mencuci atau mencetak gambar yang telah di rakam. Simpan jer dalam hard disk atau pendrive. Berapa harga PC, pen pemandu, letrik dan masa yang kita gunakan semuanya? 

Perbelanjaan untuk kita memiliki barang kegemaran, bernilai ribuan ringgit, beb! 

Kemajuan, kecanggihan kehidupan hari ini, apakah berbaloi dengan segala curahan keringat yang telah mengalir lesu? 

 

Menjelang Ramadhan Al-Mubarak dan seterusnya Syawal Aidil Fitri

Penetapan dalam menjelang Ramadhan dan Syawal, berkebiasaan dengan sistem Rukyah dan Hisab. Kita lebih menginginkan dengan cara Rukyah. Dengan melihat ‘anak bulan’ Ramadhan atau Syawal. Dengan terlihatnya ‘anak bulan’ sebagaimana di syaratkan, maka kita di wajibkan berpuasa di kesokkan harinya. Begitulah juga, bila melihat ‘anak bulan’ Syawal, maka berakhirlah puasa di bulan Ramadhan. Menjelang Hari Raya. 

Di negara Malaysia ini, kita agak sukar untuk melihat ‘anak bulan’ kerana awan mendung dan mungkinkah kelengkapan peralatan tidak secanggih teknologi terkini? 

Jadi, jangan perasan laa kan! Teknologi yang Jakim gunakan, tentunya yang mahal dan terbaeek kan! Ini semua demi kepentingan umat Islam sejagat di nusantara. 

Jangan ingat dengan menggunakan super telephoto 800 mm boleh melihat ‘anak bulan’ dengan mudah tau! 

Penentuan untuk penetapan hari hari tertentu dalam Islam adalah menggunakan kaedah melihat bulan di langit. Tanggal 15 pada setiap bulan hijrah, kita akan melihat bulan di langit ‘penuh’ atau bulat dan barulah kita dapat menyaksikan ‘gerhana bulan’. Itu pun kalau tidak mendung, hujan atau apa apa yang boleh melindungi bulan. 

Begitulah antara kiraan ilmu falak dan hisab. Indah, hebat dan mampu di saksikan oleh mata dan kepala kita sendiri. Apa apa yang ada di langit adalah tanda kekuasaan Allah Yang Maha Segala galaNya. Lihatlah sendiri tanggal ke dua atau ke tiga, kita akan melihat dua atau tiga jalur bulan sabit bila di lihat melalui kain putih.

 

Menjelang PRU 13

Aku tak tau nak cakap apa lagi laa kan! Kalau korang nak cuba jugak guna super telephoto ni untuk meneropong tarikh PRU 13 atau apa aje teropong, tepok air di dulang lagi bagus laa kan!

Nanti kan, bila dah dapat tahu tarikh PRU, nak tau pulak saper yang menang. Bila dah tau saper yang menang, nak tau juga saper pulak jadi PM. Laa, malas laa nak layan. Jawabannya tentu ‘bongok’ atau ‘Nak Ni?’ 

Anggaplah, sekarang ini kita dalam kempen PRU 13. 

Suatu tempoh berkempen yang terpanjang dalam sejarah negara. Selepas ini, sepanjang masa memerintah, berkuasa adalah kempen juga. Tempoh 5 tahun bila berakhir nanti, PRU ke 14 pula menyusul. Tetapi, aku rasa laa kan, kuasa PM tetap ada untuk membubarkan Parlimen atau DUN lebih awal. Kuasa tetap ada di tangan PM.

Jikalau hanya ingin menjadi peramal = paranormal, aku tak syiookk langsung! 

Tempoh memerintah adalah selama 5 tahun. Ini secara ‘automatik’ akan tamat tempoh pemerintahan, lalu PRU seterusnya akan diistiharkan oleh SPR. Tak payah laa, PR nak tunjuk lagak akan menentukan PRU seterusnya, seawal pemerintahannya. Siapa sahaja yang berkuasa, ingin berkuasa, lagunya sama sahaja. Bawang putih, bawang merah jer.


Bersama Menghayati Ramadhan Al-Mubarak


No comments:

Post a Comment