JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, July 30, 2011

Dunia Sukan - Bolasepak


SUKAN WORLD CLASS
******************

Kita Masih Terlalu Kerdil
Apakah Dunia Ini Tidak Adil?
Sampai bila hendak menjadi ondil ondil?


2014 kita tetap akan menjadi penonton setia Piala Dunia.
Menanti dan akan terus menanti lahirnya Juara Dunia.
Anak anak Malaysia dalam ertikata 1Malaysia.....


Dunia Sukan – Bolasepak

Pasukan Harimau atau Pasukan Bolasepak Kebangsaan akhirnya gagal untuk melayakan ke pusingan seterusnya. Kekalahan di Stadium ciput Singapoorah membangkitkan nostalgia. Tradisi pertandingan antara dua jiran yang sememangnya musuh ketat. Sebagai Negara yang besar tanahnya, ramai penduduknya, kaya ragam garamnya, kalau boleh tidak mahu mengalah dengan kelebihan singapura pura ini. Dengan pemain import yang kempot kerepot masih mampu mendodoikan budak belasahan harapan anak dara dan negara. 

Apalah punya nasib yang menyelubungi skuad harimau mau terkencing nih? Kesian! Kekalahan bukan bererti kegagalan berpanjangan. Usaha dan kita akan terus berusaha untuk menjadi juara. Macamana dengan ‘anak Malaysia’ yang ingin diciptakan? Penjaring gol singapoor asal tanah besar. Tidak mustahil kan kalau anak Malaysia suatu hari nanti adalah kacukkan berbagai darah dan bangsa? Harap harap ramai yang faham. Kita di Malaysia ini adalah 1Malaysia bukan 1Agama! 

Permainan bolasepak ini pun sebenarnya hanya sukan sahaja. Oleh kerana dibarisi sebelas pemain utama dan mewakili sesebuah negara atau kelab lalu ianya menjadi amat popular. Berbanding sukan lain, sukan bolasepak agak mudah. Dengan satu bola, disepak keliling padang, dikejar dua puluh pemain dan matlamatnya ’goallllllllllll! 

 dari myMetro 
Penyokong pasukan Kebangsaan / Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional.
Dahagakan Kemenangan?
Menang Kalah adat Pertandingan.

goalllllllllll!

Juara dunia seperti Brazil, Jerman, Perancis atau Itali pun ada masanya kecundang di peringkat awal. Setakat ini hanya negara negara elit sahaja yang mampu menjulang Piala Dunia. Negara Asia belum tentu dapat beraksi Pertandingan Akhir Piala Dunia. Suatu hari nanti, mungkin! Kalau Malaysia jadi tuan rumahnya, mungkin. Tetapi yang jelas dan pasti, hingga setakat ini mungkin esok, esok dan esok lagi tidak dapat masok, masok terus ke pusingan seterusnya. Apa nak buat! Sudah begitu taqdirnya pasukan kebangsaan Malaysia. Mungkin! 

Sebagai penyokong pasukan negara, kita kenalah ukur badan sendiri. Sudahlah kemetot, kuat ngentot, lari macam takde otot, jadi janganlah mudah terbantot. Selagi sembilan puluh minit belum di tamatkan, janganlah pancit beb! Mentang mentang dah menang, suka suka melambatkan permainan. Yang pelik, separuh masa pertama, takde gol pun! Cuba kedudukan seri sehingga masa penuh 5-5 gitu, budak rimau mendahului 2-0, tak sempat anak singa poorah nak jatuh jatuhkan dirinya. Ewah, pulak tu, budak rimau pulak buat taktik lambat lambatkan permainan, alah sama ajer! 

Nak menang oiii! Matlamat Menghalalkan cara, bro!

Pengurusan FAM sepatutnya bertambah profesnal dan sememangnya sudah boleh dibanggakan dan jangan sampai jadi capek kerana tidak tetap pendirian. Emosi tu biasa, terutamanya bila kalah tetapi jangan sampai basi hingga menyalahkan padang tak rata. Stadium kecik, kepunden! Stadium jalan aje yang besar! Dah besor stadium, laaa 6-2 pulak. Tapi kalau takde spekulator, macamana aktor nak mentor? Kan meriah sikit! Tunggu jer tahun depan bila singapura pura main dalam Piala Malaysia pulak. Makin meriah para wartawan dok balun keliling, harap harap janganlah capek hingga minta singapoor dihalau semula!

Datang dan pergi para pemain berkaliber silih berganti. Siang dan malam adalah putaran masa dan diharapkan tidak menjadi putar alam. Jurulatih, Pengurus Pasukan dan sesiapa sahaja  yang terlibat secara langsung atau pun tidak, akan bertukar seiringan masa. 

Amatlah menyedihkan, bila perjudian merajai segala galanya. Bukan setakat bersukan tetapi sanggup menggadai maruah bangsa dan negara. Rakyat sanggup memenuhkan stadium demi sokongan padu buat pasukan negara. 

Peeeeergh! Senang senang dia orang jual pertandingan. 

Amalah diharapkan, pasukan bolasepak di masa mendatang ini benar benar jujur di padang dengan semangat kesukanan tulen. Tuleeeen Bang! (suara mesti garau). Jangan hanya menang sorak, jelasnya kampung tergadai. 

 Ihsan dari KLIK

kelong  

Suatu ketika kita di kejutkan dengan perjudian bolasepak. Perlawanan di jual untuk kepentingan bookie perjudian. Penyokong setia demi semangat kecintaan sukan bolasepak, di tipu hidup hidup, nasib baik tidak di tanam hidup hidup. 

Hidup ini satu perjuangan. Hendak berjuang memerlukan wang dan pengorbanan. Tanpa wang hidup terbuang. Tapi yang jadi masaalah, dah banyak kumpul wang pun terjun bangunan.
Kalah menang pun sudah ditentukan oleh bookie bolasepak, lalu apa yang tinggal untuk penyokong dan peminat sukan bolasepak? 

Memang seronok duduk di atas kelong, ikan dan anak ikan datang menuju ke jaring bukan gawang goal, tau! Jangan salahkan kenapa ambo sudah hilang minat fanatik hendak menyokong sukan negara ini. Tak payah pasang kelong pun, mereka sudah mewah dan senang lenang. 

Jahanam sukan bila pertandingan sudah diatur. Itulah masalahnya judi kepada umat manusia. Negara hancur lebur, menjadi bubur dan menanti untuk di kubur. Tapi, tanpa judi setan pulak takde kerja, kosong neraka! Sendiri mau ingat maaaa! 

malaysia semalam 

Permainan seperti berkubang dalam lumpur. Setiap sekolah ada padang. Pagi noreh atau kerja kampung jer, jadi di waktu petang, masa terluang sesuai untuk berkumpul di padang bola. 

malaysia hari ini

Semua padang sudah di buat bangunan sekolah. Mana ada padang lagi. Sibuk dengan kerja dan buat buat sibuk dengan politik. 

malaysia esok

Lahir untuk menjadi juara. Siang malam di tatang penuh. Kerajaan menjaga kebajikan setiap ayam tambatannya. Jutaaan ringgit di curahkan untuk glamerkan negara di mata dunia. Kalau nak murah, buat demo jalanan, kalau demo parti arkopal gerenti makan capal, dak pun buat demo hentam kromo.   
 



Sunday, July 24, 2011

Dunia Artis Dan Nyanyian

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
1432 H / 2011

Berkemungkinan penentuan Ramadhan dan Syawal pada tahun ini 2011 bersamaan 1432 H  terdapat perbezaan, sebagai umat ‘M’ terimalah dengan dada yang lapang.

 
Ahad petang 31 Julai 2011 tarikh melihat Anak Bulan Ramadhan.
Pengistiharan Penyimpan Mohor Besar Raja Raja untuk Umat Islam di Malaysia.
Semuga umat ‘M’ terus tabah dan bertambah khusyuk menjelang
Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Menjalani Ibadah BerPuasa 


*****************************************************************
Dunia Artis
Dunia Nyanyian
Dalam proses keIslaman yang lebih Islamik
Umat ‘M’ sendiri yang menentukannya

Dunia ini tanpa irama dan lagu..... 

Alam yang terkembang indah saujana mata memandang. Melihat kebesaran Mu Tuhan. Bayu berpuput lembut. Desiran ombak, menghempas ke pantai, memecah keheningan kehidupan. 

Alam semula jadi tidak pernah sunyi dari nada dan irama.
Sayup sayup Azan berkumandang.....
Mendayu mendayu menyeru umatNya bersholat menuju kejayaan.
Melodinya menginsafkan kehidupan di alam fana.....
Begitulah irama kehidupan.....
Perjalanan hidup ini diiringi sayu dan sendu.


Ebiet G Ade – Penyanyi lagu puitis. Kehebatan nyanyiannya yang merdu bergemersik. Senikata lagu yang menawan kalbu, ciptaannya yang tersendiri. Berbeza dengan seniman agung Tan Sri P Ramlee yang serba boleh. Ebiet G Ade seniman dalam bidangnya yang tersendiri.


Ana Rafali – Kalau Berpacaran, duduk renggang renggang.....
Antara penyanyi, pemuzik atau pemain gitar masa kini.
Ke manakah penyanyi dengan hala tujunya? 

Perjuangan adalah seiringan dengan perjalanan kehidupan.

Ada penyanyi yang terpaksa meninggalkan bidang nyanyian kerana terpaksa.

MALAYSIA SEMALAM 

Melodi dan irama, senada dan semula jadi.
Alam yang terkembang, deruan ombak membelah pantai, angin melalui celah daun, air terjun di pergunungan, deruan air sungai mudek ke muara dan seribu satu alunan mengiramakan pentas dunia. Bunyi kenderaan berbagai bagai nadanya. 

Dunia tidak akan pernah sunyi.....
Dunia ada melodinya sendiri,
Dunia adalah irama dan pentas kehidupan
Dunia telah semula jadinya diciptakan sebegini.....

MALAYSIA HARI INI 

Pada hari ini, selera pendengar telah banyak perubahannya. Irama retro amat diminati dan membangkitkan nostalgia. Klasik Nasional berentap dengan Sinar FM. Masing masing ada kelebihannya yang tersendiri. Itu pun untuk sebahagian pendengar sahaja. 

Irama baru tetap dengan peminatnya yang tersendiri. Pertembungan antara penilaian, hanya membingitkan keadaan. Masing masing dengan keegoan gegendang telinganya. Mana ada penyelesaiannya! 

Muzik akan terus berkuasa, berleluasa dan berbisa.....
Manusia itu sendiri yang akan tersiksa dan disiksa,
Soal dosa neraka sememangnya insan biasa,
Hanya Dunia dan Ketuhanan jangan dipisahkan.

MALAYSIA ESOK 

Asalkan muzik, alunan yang boleh mententeramkan jiwa dan halwa telinga. Bagi yang telah berusia, irama ketuhanan menyentuh perasaan. 

Buat yang muda remaja belia, dulu aku peminat kapak batu atau rock kapak. Sekarang, anak muda ada pulak yang minat besi hitam atau black metal, heavy metal.

Apa apa pun, irama dan muzik amat mengasyikan dan mampu melekakan para pendengarnya.
Perjalanan di dunia tanpa tujuan hanya akan menyesatkan keimanan.
Mendengar muzik biarlah kena masa dan iramanya.

Pssst,
            Aku hanya manusia biasa,
            Tidak sunyi dari segala silap dan dosa,
            Mohon maaf pada bila bila masa,
            Mencuci hening dosa bukan pada Hari Raya 
            sahaja.....