JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Wednesday, November 30, 2011

Dunia Sukan - Memburu Emas Olimpik


Dunia Sukan – Melangkah Profesnal 

ILUSTRASI
**********************
Jangan ingat Pasukan Kebangsaan atau Pasukan U-23 sudah cukup ‘kebal’ kerana bila menang dapat naik Baraccuda semasa kat Indon tu. Kalau kalah, kena sadiq sepakraga, ‘tidor di kandang kuda!’ hu, hu, hu!

**********************
Kebangkitan sukan bolasepak kita bolehlah dibanggakan. Walaupun tidaklah sehebat mana, di Asia Tenggara ini boleh menjadi juara. Biar pun kampungan, memang dasar kampong pon, tetapi di Nusantara Tenggara sering bernasib baik. Juara juga, ada yang kempunan tau! 

Aku tidak merasa terlalu bangga bila pasukan kita berada di puncaknya. Sebab pada bila bila masa, akan berlaku ‘off form’ para pemain. Aku lebih bersedia bersikap terbuka dan profesnal dalam apa jua keadaan pun. Belum sempat hendak meraikan, terlerai lagi kesedihan bila gagal ke Olimpik pula. 

Tidak perlu memuji setinggi gunung, langit sesuka hatinya asalkan bahagia. Bila mana kekalahan, kegagalan pula mengisi suasana sedih pilu diiringi caci maki kejian bagaikan tidak berkesudahan. Sampai bila? 

Bila bergembira, suka ria janganlah sehingga terlupa daratan, harga diri dan beranggapan dunia ini hanya dia yang punya. Bila bersedih, gagal dan kecewa juga janganlah sampai hilang ketuhanan dan kemanusiaan. 

Jika bercerita, sekitar Asia Tenggara atau Timor Jauh, dekat dengan Timor Leste agaknya, (boleh gitu!) hanyalah pasukan atau pun ‘budak belasahan jer’! Jangan marah, jangan marah. Aku cuma bermaksud, kebangkitan Asia Tenggara ini tidaklah mampu menggugat apatah lagi menggerunkan gergasi bolasepak dunia. 

Cuba kita lihat dari sudut globalisasi, peringkat Asia, Sukan Asia, Komanwel, Olimpik dan Piala Dunia. Taufik Hidayat, Rexy Mainaky & Ricky Subayja dari Indonesia antara yang mengukir nama sebagai pemenang Pingat Emas Sukan Olimpik acara Badminton. 

 Ratu Squash

Bagaimana dengan Malaysia? Sehingga kini Lagu Negaraku masih kempunan untuk berkumandang di Sukan Olimpik. Menanti RM 1 juta buat pemenang Pingat Emas Sukan Olimpik, pencen RM 10,000 sebulan.  Mungkinkah Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei bakal memecahkan kebuntuan ini?

 Pemain No.1 Dunia Badminton

Kenyataannya, skill, teknik, seni dsb, tidak menghiburkan pun. Selain membosankan, menyampah, seringkali gagal mengawal diri dan perasaan (saikologi kot!) dalam mengemudi perlawanan agar penonton, peminat serta penyokong berbaloi membayar duit tiket.

- bersambung -