JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, May 5, 2011

Dunia Kewangan

DUNIA KEWANGAN - DUNIA PERBANKAN 
BANK NEGARA MALAYSIA


Bila duit menjadi ‘Raja’ dalam kehidupan. Manusia bertuhankan wang ringgit. Insan berkiblatkan duit, duit dan duit....
Tanpa duit hidup tersepit. Tanpa wang diri terbuang.

Apakah sebenarnya tujuan kehidupan ini? Apa tujuan untuk hidup?
Persoalan lumrah dalam kita meniti hari hari yang mendatang.....
Hidup untuk makan. Makan untuk hidup.

Dunia hari ini semakin rumit dan sulit. Kerumitan dan kesulitan dalam mengatur sebuah kehidupan yang harmonis dan berjaya. Sering kali kegagalan akan terus berpanjangan. Kegagalan akan terus berulang. Kegagalan demi kegagalan akan terus menguji erti ketabahan. Hanya kesabaran mampu mengimbangi dan menyedari hikmah disebaliknya. 

Kejayaan tidak akan datang bergolek lalu menari nari di hadapan kita. Setelah mengharungi segala kepayahan, kesusahan dan keperitan sepanjang perjalanan. Kini, kejayaan yang di impikan belum tentu menjadi kenyataan. Usaha akan berterusan hingga ke garisan penamat. Itu pun kalau ada garisan permulaan. Yang pasti, penghujung kehidupan ini adalah sakratul maut.
Selagi hayat di kandung badan, hidup ini wajib di teruskan. Segala usaha tiada noktahnya. 

Simbol takhta kuasa, harta kekayaan dan wanita?
kekufuran.....
 HIDUP HANYA SEMENTARA

Sudah menjadi hukum karma di dunia pada hari ini, wang ringgit adalah segala galanya..... 

Setuju atau sebaliknya, semuanya boleh dibeli dengan wang ringgit KECUALI sesuatu atau  yang lain bukan bernilai ‘mata duitan’. 

Kita membicarakan sesuatu yang berhubung kait dengan duit, wang ringgit.....

 DUIT LAMA TINGGI NILAINYA

DUIT – KEKAYAAN – KEKUFURAN 

Apa sahaja kisahnya, duit mendahului sebagai modalnya.
Nak makan, pakaian, tunggangan kena guna duit. Kalau tidak makan, kelaparan. Lapar, macamana hendak berfikir dan berkerja. Tanpa pekerjaan mana hendak dapatkan upah. Tiada upah, tiada duit. 

Bila tiada duit? Hutang! Jalan mudah al-pintas. Seronok sakan woooo, bila dapat hutang. Dapat duit. Soal bayaran balik hutang, itu cerita kemudian. Yang penting, duit! Duit, duit… hutangku berbukit…. Hutang kenderaan… hutang rumah… hutang bank… hutang kad kredit… hutang kawan sekerja… hutang saudara mara… hutang persekolahan anak… hutang warong… hutang kedai runcit… hutang along… hutang angah… hutang bungsu… dan… hutang hingga bala al-balak datang melintang…. lari lintang pukang… tak cukup Tanah Melayu… lari hingga ke Tanah Besar Negeri China kot!.... 

Lari dan terus lari… kena kejar hutang… hingga tanggung jawab dan kewajiban terabai… lalu semuanya ini mendatangkan… Kekufuran…

Kekufuran kepada Umat Islam. Mungkin untuk bangsa berugama lain, jalan pintas hendak sampai ke destinasinya, terjun tingkap ‘doraemon’. Kalau tidak! Terjun lombong atau jembatan terpanjang di dunia boleh sampai ke Maharaja Jed agaknya… jahanam… 

Itulah persoalan dan permasaalahan berhubung kait dengan duit al-wang ringgit.
Ada wang, abang sayang. Anda ‘beruang = berwang’ semua orang hormat duitnya… jer…

 Wow!

Tanpa Bank, ke mana rakyat merangkap penduduk merangkap pengundi merangkak… untuk mendapatkan kewangan memulakan, meneruskan, mengakhiri sebuah kehidupan?
Setuju atau pun tidak, kesederhanaan adalah tuntutan Iman.
Memiskinkan diri hingga kufur nikmat, pun di benci umat manusia.

Anda ada akal, ilmu dan pengetahuan…..
Tepoklah dada, tanyalah selera…..

Jangan bagi ‘alasan’ bila si pengutip wang datang menemui anda… mereka itu datang bukan nak kutip ‘alasan’… mereka datang nak kutip wang, duit ringgit… tau tak!

DUIT TAK LAKU

Tak tahu apa lagi nak cakap.....
Suka hati dia dok conteng macam tu..... 
kalau marah sangat kerana duit punca segala maksiat, janganlah diterima duit tu, dermakan kat orang lain ke, 
janganlah di conteng hingga peringkat 'menghina' YDPA 1!!! 

Bila kita membelanjakan wang, membayar keperluan hidup 
sila perhatikan wang yang dikembalikan
Apakah ianya akan bernilai? 
Supermarket, Stesen Minyak dan yang seangkatannya.....
seringkali memulangkan wang yang tidak bernilai!!!
Sudahlah lusuh..... tak pernah basuh....
amboiiii... nak cari musuh!!!!!
Terima kasih 
Lantaran manusia aku sering terlupa, kerana aku sering terleka...
Sudah terkena, duit tiada nilai tak laku...