JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, December 31, 2011

Dunia Tahun Baru


Selamat Datang
2012
*****


Semalam telah berlalu,

Mendidik dan mengajar kita erti kehidupan,

Erti Ketuhanan.....

Erti Keredhaan.....

Erti Ketenangan.....

Tapi..... bagi ku laa kan, semuanya ini adalah, hanyalah ukuran ciptaan insan..... 

Aku lebih setuju dengan kiraan bulan dalam Ugama Islam. Anak bulan. Apa itu anak bulan? 

Mengapa anak bulan macam sabit? Bila tiba tanggal 15 haribulan hijrah, bulan purnama mengambang penuh! 
 Bulan dalam Tahun Hijrah mengikut kiraan bulan di langit. 

Jadi, aku tak ikut sangat kiraan Masehi ni. Tapi, oleh kerana, negara dah mengamalkan, aku ikut jer, tolong tengok gitu. Saje menambahkan kekusutan di fikiran. 

Di Tahun Masehi ini, kaum mereka, agama mereka yang di dewa dewakan seluruh dunia akan bertambahlah aura autanya. 

Hanya kerana agendanya, kita berkompromi demi keamanan di dunia ini. Namun sebaliknya, keganasan, peperangan dan ntah apa jadah, mereka juga dalangnya. 

Sebagai Umat ‘M’ kita sudah menyambut Maal Hijrah. 

Kini seluruh dunia menyambut Tahun Baru 2012. 

Selepas ini kita ada Tahun Baru Cina. 

Umat ‘M’ akan mengikut rentak ‘Melodi Kehidupan’ di dunia ini. Demi kesejahteraan umat sejagat, makhluk seantero dunia, kita dilahirkan untuk bertaqbir bukan untuk melawan taqdir!

*****

Monday, December 26, 2011

Dunia Tiga Suku

*****
Dunia di akhir zaman telah membuktikan segala kebenaran.....

Apa yang terkandung di dalam Al-Quran menjadi kenyataan.....

Umat ‘M’ yang taat, Hamba Allah yang setia bertaqwa kepada Yang Maha Esa, meniti di Jalan Lurus menuju keredhaanNya.....

*****
DUNIA ¾

DUNIA TIGA SUKU - DUNIA - DUNIA ¾
*** *** ***
Dunia Akhir Zaman

Kian membara, semakin panas, terus mengganas.

***¾***3¼***

Apakah mungkin tanpa persengketaan, perbalahan, perselisihan pendapat dan pertikaian sempadan dunia ini akan sunyi, sepi dan tanpa keceriaan?

Mungkinkah semua yang berlaku pada hari ini hanyalah fenomena biasa dalam perjalanan mencari kesempurnaan?

Apa pun, yang terjadi, sedang berlaku, dalam genggaman dan yang bakal menanti bukanlah sesuatu yang diidamkan. Semuanya terjadi tanpa perancangan dan pengetahuan sebagai insan biasa. Dalam kita merancang, semuanya belum tentu menjadi kenyataan. Apa yang kita takuti, bayangan kegagalan dan perkara sebaliknya sering menjadi kenyataan.

Sebagai manusia yang dipertanggung jawabkan, kita mencuba sebaik mungkin dengan segala kudrat yang dianugerahkan, dikurniakan tuhan demi kebaikkan semua umat manusia.

Persenjataan diciptakan untuk melindungi diri dari pencerobohan kejahatan, namun perkara sebaliknya berlaku, persenjataan juga akhirnya memusnahkan umat manusia itu sendiri. Peperangan berebutkan kedamaian, tetapi peperanganlah yang telah merenggut dan menjadikan dunia ini bergolak bagaikan neraka!

***¾***3¼***

Yang mana betul?

¾ atau 3 ¼ atau Tiga Suku? 

Semua sebutan atau bunyinya sama bukan! 

Jika anda memilih ¾ ertinya, ianya kurang dari satu. Dalam ertikata lain, kurang suku laa kan. Kurang atau kureng laa. Mereng, terencat akal atau oku, inikah definasinya? Sewel, sinting, bangang, bingai, bongok dsb juga membawa persamaan pengertian? 

Bagaimana dengan 3 ¼ pula? Melebihi 3 bukan. Dalam erti kata lain, sudah terlebih laa. Mungkin terlebih pandai? Kerana terlalu pandai pun jadi mengong, tongong! Terlalu ingin menjadi pandai, inginkan perhatian dan ingin menjadi lain dari yang lain, maka terjadilah semuanya seperti pada hari ini.

Bodoh tak boleh di ajar, pandai tak boleh di ikut! 

TIGA SUKU – Mungkin inilah agaknya yang tepat. Tepat macamana? Kita tulis ‘TigaSuku’ tetapi imaginasi kita tetap sama dengan angka ¾ dan 3 ¼. Aku rasa, aku sendiri yang serba kekurangan ni kan, agaknya ¾ jugak kan! Kampreet. Persoalan ini sendiri pun, boleh menjadikan kita juga ¾.  

***¾***3¼***


KLIK

Sudah habis baca artikel di atas sila sambung pulak artikel ini

KLIK

Korang yang sudah membaca, melayari dan suka hati korang laa kan, sila definasikanlah sendiri yea.

Sendiri baca, sendiri mau ingat laa. 

UNGGUL TENANG REDHA
\

Friday, December 23, 2011

Dunia Sukan - Pingat Emas Olimpik




kehebatan, kejaguhan lee chong wei mula tercalar?

 Datuk Lee Chong Wei

Ayam tambatan negara, Pingat Emas Olimpik London 2012, mungkinkah tinggal harapan? 

Cabaran, debaran dan gegaran Olimpik London 2012 mula di rasakan. Masihkah kita berpeluang memenangi emas sulong? Sekaligus mengumandangkan Lagu Negaraku di pentas dunia sukan olimpik. 

Kemuncak karier Datuk Lee Chong Wei bagaikan sudah digapai sepenuhnya. Pemain lagenda China Yang Yang telah bersara sewaktu berada di kemuncaknya. Tidak ada pemain yang berjaya menundukkan Yang Yang. Itulah kehebatan jaguh dunia yang menjadi lagenda. Dia tahu mendaki ke kemuncaknya dan dia juga tahu turun sebelum waktu di’turun’kan. 

Namun, apa yang menjadi tanda tanya kini menjadi tanda noktah. Pemburuan Pingat Emas Olimpik pula bagaikan di buru bayang bayang kegagalan. Yang di kejar belum pasti tetapi apa yang telah dijuarai pula tercicir satu persatu.

Kehadiran pemain Chen Long dari China, membayangi LCW dan sewaktu dengannya Lin Dan juga terus memusnahkan impian pemain No.1 dunia ini. Bukan meminta LCW berundur sebelum di’undur’kan tetapi memperingatkan trick dan saikologi dunia permainan dan sukan yang memerlukan ketajaman pemikiran bukan hanya ‘jumping smash’ yang tajam sahaja. 

Mengekalkan sebagai Juara, Pemain No.1 Dunia dan membariskan diri sebagai lagenda tentulah amat sukar dari merampas kejuaraan. Kekalahan untuk mengkaji kelemahan diri dan mengatur strategi semula, amatlah berfaedah. Kecederaan, ‘over confident’ dan tidak konsisten bakal menjadi ramalan yang membawa padah! 

Dalam pengetahuan aku yang dangkal inilah laa kan, kail pun panjang sejengkal, kontot laa tu! Kita tidak perlu optimis menaruh harapan. Biarlah seribu tahun tidak kan mungkin untuk berkalung Pingat Emas Olimpik, sekurang kurangnya kita antara negara kuasa badminton di dunia. 

Namun sebagai ‘underdog’ sebelum jadi ‘hotdog’ lebih baik jangan jadi ‘catdog’ asyik menuding jari lantaran tergigit jari! 

Apa pun, aku harap beregu yang diciptakan, biarpun kalah memanjang sepanjang tahun 2011 ini mampu mencipta keajaiban. Seandainya gagal berlanjutan jua, ternyata kita hanya kuat berangan angan laa. 

Pada aku laa kan, lebih berminat bersikap selamba jer. Seandainya gagal memenangi sebarang pingat pun, buat tak kisah jer, buat donno jer. Biar pun di hati lebih dahsyat dari KL Menjerit! Peduli apa laa kan. Memang begitu adatnya, bila kita mengharapkan kemenangan menjelma hingga ‘over confident’ lalu kekalahan membakar luluh luruh semangatnya. he, he, he! 

Aku Cuma peminat, penyokong jer. Yang hebat, bertuah, kaya raya tentulah pemain kan. Pegawai, persatuan, juruletih dan semua yang terlibat tahu persoalan sebenar. Nak menang kek, nak kalah kok, ditangan korang laa kan.
*****
 Datuk Nicol Ann David 

Ratu squash negara. 

Keunggulan Datuk Nicol Ann David sebagai Ratu Squash Dunia sukar dipertikaikan. Kejayaan, kejuaraan dunia di raih satu persatu dengan bergaya.  

Secara geraf, menaik dan terus menaik, apakah tidak ada kemuncaknya? Pastinya akan menurun dan tentunya jangan sampai di’turun’kan untuk dibersarakan kan, kan. 

Aku risau & sasau memikirkan Ratu blorong ni, ops, Ratu seorang ni laa, takut dia ni dah sampai di kemuncaknya. Biasak laa kan, kejohanan paling di impikan dalam sejarah kehidupannya. Menjuarai singgahsana Squash Dunia. Harap harap kalau nak bersara tu, sememangnya seorang lagenda dunia.
Semuga gelanggang olimpik London 2012 bakal menabalkan seorang anak Malaysia menjadi lagenda dunia sukan.
*****
Setelah bolasepak, ter’sepak’ lepak masuk lopak dan mungkin memang tak nampak mampu mengopak kelopak mata dunia, memadailah untuk dicampak. Biarlah mereka aman untuk memikirkan kekal sebagai Juara  Asia Tenggara. Mudah mudahan Pasukan Kebangsaan Malaysia akan mampu meningkat dan mengangkat martabatnya.

Semuga acara lain juga bakal mampu menggegarkan. Lumba basikal dsb, antara sukan yang bakal melakar dan mampu menggondol emas. Masing masing pun ada ‘keajaiban’nya yang tersendiri. Kita tunggu dan lihat.
*****

Wednesday, December 21, 2011

Dunia Bank Negara Malaysia - Siri Matawang Baru


Dunia Kewangan
Wang Terbaharu BNM Malaysia

Siri Matawang Baru – Siri ke 4

Semakin Canteeek! 

 

Pelancaran secara rasmi oleh PM pada hari ini.

Antara keluaran duit yang aku kira paling cantek. Walaupun bakal membebankan kerana terpaksa bawa agak banyak duit ni nanti. 

Sememangnya, rekabentuknya kian cantik, Cuma minda rakyat merangkap penilai pengguna, mampukah menjaga ‘kecantikkan’ wang kita? Apakah mungkin, contengan dsb tetap berleluasa? 

Mungkinkah juga, kita semakin boros menggunakannya? Lebih terrer membazirkan dari berhikmah. Kalau kerana duitnya cantik, lalu hanya suka menyimpan, boleh ke gitu? ha, ha, ha!

Duit ini bakal diedarkan pada pertengahan tahun 2012. Agaknya pada bulan Jun 2012 laa kan. Jadi, aku amat teruja nak menggunakannya. Nak tau kenapa? Bulan Ogos iaitu pada 19 Ogos 2012 hari Ahad adalah Hari Raya Puasa, Aidil Fitri..... Wow, semuanya baru! 

Seronok habis, apanya yang habis? Kalau, semuanya baru o.k. laa jugak. Memang laa kan, kalau seronok habis, seronoknya dah habis, tinggal sedih laa kan. hu, hu, hu! 

Mungkinkah edaran matawang ini nanti selepas PRU 13? Apakah mungkin, kerajaan baru? Kalau macam tu aku lebih suka PRU 13 pada bulan September jer. Aku masih sayang dengan pemerintahan pada hari ini, semuga kekal dengan mandat lima tahun lagi kan, kan!

*****
Malaysia Semalam


ILUSTRASI

Ingat dengan duit kertas ini?
Masih segar dengan nostalgianya.
Nilai lebih tinggi pada zamanya jika dibandingkan dengan sekarang.....

*****

MALAYSIA HARI INI

Perlukah nak cerita lagi?
Anda sendiri sedang memegang, membelanjakan dan menyimpan duit sekarang.
Takde duit diri tersepit!
Hidup ini kerana duit?

Bukankah ini sekedar matawang jer?
Andalah harta buat selama lamanya.


 *****
Hidup ini hanyalah untuk menjadi
HAMBA ALLAH.....

Monday, December 19, 2011

Dunia Halimunan

INFRA RED – GAMBAR IBLIS SETAN?
MAKHLUK HALUS
 Gerhana bulan 

Kisah dongeng, kononnya bulan di telan naga. Dragon ball koot. Suatu ketika tu, antara kepercayaan tahyul, di suruhnya aku menggigit tangga, rumah panggung ada la tangga. Rumah sekarang mana tangganya. Gigit jari boleh la. Apa apa pun, anggapan orang tua kita itu perlulah di perhalusi dengan akal, ilmu dan pengetahuan yang telah kita pelajari.  

Sebahagian orang tua, pengalaman kehidupannya telah mendidik dan mengajar ‘hidup’ di dunia ini. Mereka yang hidup di masa lalu, tidak semewah hari ini, sesenang hari ini, semudah hari ini dan serba serbinya secanggih hari ini. 

Sebenarnya, banyak lagi kepercayaan khurafat, yang mereka terpaksa akui lantaran pendidikan dan pengetahuan yang terbatas. Mereka hanya pandai mengira, itu pun kerana mata wang, duit untuk pertukaran barangan keperluan. Kalau di suruh membaca, kesian, apalah dosa mereka kan! Jangan cerita tentang sekolah, tv altalibesen mana ada. Dario ops radio laa, bayar ansuran siap pakai kad macam taikloong tu. Takde keset. Nak dengar lagu beli rekod, ep atau LP dan ini dah kira orang berada tau.

*****

ilustrasi

Foto hantu dsb sila klik di bawah ini

 
Terkini, berita bergambar, rakaman dan gambar setan galak berleluasa. Handphone berkamera mengabadikan semua suasana. TV, akhbar, internet dan sewaktu dengannya, begitu seronok menyiar paparkan lakaran makhluk iblis setan. Hantu, medi, gondoruwo, bondoloso, pocong, kuntil anak, langsuwei, penanggal dan ntah brantah setan sundel bolong menguasai imaginasi pemikiran manusia kini. 

Mungkinkah pemikiran manusia kini bertambah primitif? Perasaan insan juga menjadi sensitif? Benarkah orang malayos juga sudah hilang kreatif? Lantaran leka, lena di buai subsidi dan janji manis negara berkebajikan atau BN? 

Begitulah kira kiranya, bila saban hari kita disajikan dengan cerita cerita, gambar dan drama sandiwara kisah seram, tahyul kaliwol maliwol. Asal ada keajaiban jer, tentu link kat hantu. Kalau ada agenda politik, ini tentu kerja umno bn. 

Senang betul sekarang ni. Gambar hantu jer, pakai handphone pun dah boleh tangkap! Dulu mana ada kamera boleh merakam gambar hantu. Hantu tak lut cermin. Kalau kita tengok mata kasar boleh nampak, bila tengok kat cermin, tiada. Jadik, macamana boleh dirakam kanta atau kaca?

Infrared dalam fotografi

Pengalaman dalam dunia senifoto, sedikit sebanyak telah mengajar aku dunia imaginasi. Bukan paranormal, supernatural laa. Natural life atau pemandangan alam semula jadi. Keindahan alam yang terkembang. Keindahan dunia dapat di rakamkan, di potretkan dan di hasilkan. Semuanya untuk tatapan umum.
Ini cerita foto setan. Bukan nak cerita tentang kamera. Tapi kan, secara basic, asasnya laa kan, tentulah kamera yang menghasilkan.

Antara ciptaan yang paling kreatif untuk menghasilkan gambar atau foto. Kanta atau kaca, lutsinar dan memang kreatif hasilnya. Apa pun sebutan dan rekabentuknya, kanta atau lensa, yang menentukan kualiti sesuatu foto atau gambar. 

Buat anda yang memahami kamera, semuanya ini hanyalah perkara biasa bukan! 

Kemudahan hari ini, ‘all in one’ atau semuanya dalam satu, agaknya. Hand phone ada kamera. Syok kan. Boleh posing. Curi gambar. Candid. Cuma set ke kamera, klik. Ketuk ketampi dalam sel, laa warga tempatan plak.

Mode camera handphone

Adakah kamera handphone anda sentiasa digunakan seperti DSLR? Mode pemandangan malam adalah salah satu ciri dalam kamera. Tentunya, kamera di h/p anda, tidak tersedia untuk semua keadaan. Ianya hanya dalam mode stand by sahaja. Sewaktu anda terus merakam, anda tidak akan menghiraukan kedudukan arahan sepatutnya. Asalkan boleh merakam gambar, o.k.lah tu. 

Bila kita set, mode pemandangan malam, kita hampir boleh merakam di bawah lampu merah. Infrared. Kalau filem biasa atau negatif, mungkin ISO 3200. Pernah jumpa? Pada waktu tertentu kita boleh merakam gambar aneh, pelik dan ajaib agaknya. Bila kita setkan semula kamera, kita sukar untuk mendapatkan rakaman seperti yang diharapkan. 

mungkinkah?

Kanta kamera handphone anda telah di jangkiti virus atau fungus? Cendawan atau jamur, bukan cendawan sayur tau. Cendawan pada kanta kamera mudah terbentuk bila cukup bahanya. Kita simpan handphone dalam poket, pegang ketika tangan basah, berpeluh dsb.  Mungkin ada kabus, kebasahan, atau sesuatu yang boleh membentuk objek. Anda melihat secara monitor. Anda tidak perlu memfokus. Semuanya automatik. Infiniti. 

Adakah anda selalu mengelap kanta kamera itu? Dengan apa? Kain, tisu atau jari anda? Sedarkah anda, kesan atau bekas cap jari anda ada di kanta? Ini juga boleh menghasilkan foto genit, ops, fotogenik laa katakan. 

Hasil gambar atau objek yang anda rakamkan tentunya banyak hasil yang di luar dugaan. Bila pemandangan malam di gunakan, hasilnya lagi hebat. Seolah olahnya anda telah berjaya merakamkan makhluk halus halimunan. Tanpa lampu flash, anda boleh melihat sudut yang kurang cahaya lalu klik. Waaa, gambar yang hebat. Ada setan lagi. 

Pada waktu tertentu, kepulan asap rokok, bagi pecinta ‘smoke on the water’ atau asap apa aje lah, boleh terakam lalu membentuk objek di luar dugaan, macam lembaga kononnya. Apa pun, terpulanglah kepada anda sendiri menentukan. Secara kebetulan, anda mencipta trick. Percaya atau tidak, permainan ilusi, suatu khayalansi, semuanya sudah basi! 

Memang tidak boleh dinafikan, kewujudan makhluk ketiga ini. Apakah mereka itu juga telah seronok ingin berposing? 

Betulkah anda telah merakamkan gambar setan atau makhluk halus? 

Sendiri soal sendiri jawab laa. Sendiri mau ingat laa. Hanya sembang sumbing jer!


Bukan nak ngajor itek berenang laa.
Cuma nak belajor jangan jadi kureng ajor!
Hidup ini kan kena blajor sampai ke liang lahad.