JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Friday, December 31, 2010

AMBANG TAHUN BARU


AMBANG TAHUN

2011

Antara kisah menarik sepanjang tahun 2010

Berita Nik Aziz meninggal dunia. Laaaaaa..  rupa rupanya Nik Aziz bukan MB Kelantan. Rakyat biasa kerana kemalangan. Bukan main main,  membangkitkan kemarahan TGNA hingga tidak akan memaafkan penyebar fitnah tersebut. Penulis terasa pelik. 

Suatu ketika, jika seseorang itu dikabarkan meninggal dunia, walhal kejadian sebaliknya yang berlaku. Itu menggambarkan, orang tersebut sebenarnya panjang umur – memang pun, sebab, ‘laaa, idup lagi kamu rupanya’. Kenapa? Semua sudah bercerita tentang kemangkatan saudara ke alam barzakh. Sebenarnya tidak!! Bukankah, itu tandanya anda panjang umur. Kena aku!

Biasanya bila ada kematian, adalah kenduri arwah, majlis tahlil.  ‘Wong jowo’ buat majlis tahlil, jamuannya ‘Nasi Ambeng’. Tapi pada hari ini, ejaannya Nasi Ambang. Bila terpandang Ambang Tahun Baru 2011, teringatlah penulis pada ‘Nasi Ambang’ lalu teringatlah pasal kematian almeninggal dunia.

Terbaharu. Maizawati bekas isteri Akhyl Hay pun dikhabarkan meninggal dunia. Laaa.. ‘Nasi Ambang’ lagi. Pun, berita palsu jugak.

Selepas pertengahan bulan Syaaban, hendak menyambut bulan puasa Ramadhan AlMubarak. Kebiasaannya, terdapat Majlis Kenduri Punggahan. Doa kirim arwah juga lah. Setiap rumah, secara kebiasaannya bergilir gilir, hampir setiap malam hinggalah bermula malam Solat Terawikh. Jamuannya, biasalah ‘Nasi Ambang – ambeng” . Ada serunding, mee hoon goreng, yang sedap menambah perisa ikan kering bulu ayam, satu lagi itu sambal goreng. Kalau tak tahu, kalau rindu ke, bolehlah bertanya kepada sesiapa atau penduduk dan tempat yang masih mengamalkan tradisi ini. Sebab ada juga kaum Pas yang manyangkal kenduri tahlil ini. Waullahualam. Namun di kampung penulis masih mengamalkan semangat tradisional ini.
Apa pun yang paling menggembirakan rakyat Malaysia,

JUARA PIALA AFF 2010
TAHNIAH  !!!

Mengalahkan timnas Indonesia dengan Aggregate 4 – 2

Saat yang dinanti nantikan, setelah kemarau berpanjangan. Sukan yang mencetuskan berbagai kontroversi. Pasukan belasahan. Terpojok didada akhbar menjadi belasahan penulis dunia sukan. Silih berganti teraju mencari formula, resepi yang secukup rasa. Namun kecundang jua. Stadium menjadi lengang. Peminat mencemuh.

Pemain import dipersoalkan. Ditamatkan kontrak. Akhirnya muncullah, pemain yang bakal di hormati di rantau ini. Tanpa Jurulatih dan pemain import, Negara Malaysia mampu muncul Juara di Asia Tenggara. Itu tidak boleh dinafikan lagi.

Apa yang amat membanggakan, Gagasan 1Malaysia menjadi kebanggaan yang menyatakan hasrat sebenarnya. Hilang seketika semangat kenegerian. Kita 1Malaysia.

Di arena politik, kejutan demi kejutan menyesakkan nafas. Semuanya bakal mewarnai arena politik negara. Semuga semuanya berjaya diharungi dan diselesaikan dengan semangat 1Malaysia.

Isu agama, akan berlarutan. Masing masing dengan perjuangan untuk mencari kebenaran yang hakiki.

Islam adalah Agama Rasmi Negara Malaysia.

Kebebasan beragama adalah hak rakyat Malaysia.


Thursday, December 30, 2010

BAHANG TAHUN BARU

TAHUN 2011

9 hb. 10 tahun 2011
hari lahir aku yang ke..... suka suka

memang hari jadi aku

sebab aku lahir pada 9 - 10 - ops lupa laaa

hari AHAD 09-10-2011 = 9.10.11

Patutkah kita bercinta lalu mendirikan rumahtangga pada tahun 2011 ini?

Jangan terlalu taksub. Mengapa penyebaran sms berantai pula mewarnai IT kini?
Mengapa percaya kepada ramalan? 
Apakah kita tidak menyakini Amalan kita sendiri?
Perlukah Omelan mengiringi perjalanan?

Bila pulak yang sepatutnya, supaya anaknya lahir pada 9.10.11!! Beginilah manusia menghadapi kehidupannya sehari hari. Mencari dan terus mencari erti kehidupan. Kehidupan yang penuh bererti sebagai seorang manusia, seorang hamba. 

Hanya kerana terludah kereta BMW, seorang kanak kanak 4 tahun nyaris maut dibelasah pemiliknya. (Metro 30/12/10) Teo Nai Cheng tetap dengan pendiriannya. Mempersetankan segala peraturan. Begitulah perjuangan Malaysian Malaysia DAP dokongan PAS sokongan PKR. Ini hanya sebahagian kecil rentetan peristiwa yang berlaku. Macamana Teresa Kok dengan salibnya? Guru yoga yang merogol dengan kejam? 

Marilah semua, rakyat Malaysia memikirkan, merenungkan masa depan anak anak bangsa kita. Jangan biarkan tanpa pendidikan ilmu keagamaan. Semangat kebangsaan tulen dalam mempertahankan hak dan ketuanannya. 

Mereka akan terus menceroboh, merobek keharmonian.

Allah bersama sama kita yang mendekatinya.

ISLAM

Fahami, Hayati, Laksanakanlah kebenarannya.


Wednesday, December 29, 2010

BAHANG AGAMA


 SABAR DAN REDHA

SUNNI

 gambar hiasan jer!

Kedamaian hingga ke senja?
Kaum Syiah sebenarnya, kini telah menduduki seantero dunia. Perkembangan ini bertambah pesat (semuga tidak menyesatkan) seiring kepesatan teknologi. Wow! Iya ker?

Mampukah Sunni mengharungi kehidupan dalam keamanan? Perbezaan fahaman, selain dari kaum sunni (Sunnah Wal Jamaah) agak keterlaluan. Golongan sunni lebih memilih untuk mengalah bukan kerana kalah, berdiam diri bukan bererti bersalah. Sebagaimana Bangsa Melayu yang mementingkan kerukunan dalam bernegara. Penganut sunni di Malaysia juga adalah insan majoriti yang memperjuangkan kehidupan bermaruah.

Tanpa pengetahuan, kefahaman agama yang mendalam, ilmu akhirat bakal menjerat umat Islam yang kebingungan. Benteng utama dalam menangani permasaalahan ini hanyalah solat fardhu lima waktu setiap hari dan segala rukunnya. Pengetahuanku dibidang ini, amat dangkal sekali. Lalu sehingga kini aku terus belajar, belajar sehingga ke liang lahad.

Maka dari itu, kepada anda yang memahami situasi yang begini, dapatlah kiranya menghulurkan salam persahabatan demi perjuangan menegakkan aqidah Islam di bumi yang tercinta ini. 

Mustahilkah perang saudara boleh berlaku?

Ideologi berbeza. Fahaman semakin sempit. ‘Kebenaran hakiki’ menjadi rebutan membangkitkan keributan!

Bolehkah kita menerima pakai apa yang telah berlaku di negara jiran?
Perebutan kekuasaan, memangsakan ketuanan. Demontrasi jalanan mengisi demokrasi perjuangan berkepentingan peribadi. Menghalalkan apa sahaja cara untuk merebut kekuasaan. Yang pasti, kekalahan rakyat untuk menanggung akibatnya.

Tangan yang memangkah, bahu yang memikul. 

Mengapa segala kebaikan, dibalas dengan tuba? Kita membenarkan, menerima dan bersangka baik kepada semua penduduk Malaysia. Hari ini cainis, hindraf dan sebahagian ultra kiasu mendabik dada menginjak injak kedaulatan Melayu. 

Inikah rasionalnya, beri betis hendak paha?

Segalanya Mungkin?

Kebaikkan dan segala keharmonian kehidupan di dunia. Hidup rukun damai, saling memahami dan membantu demi kelangsungan hidup. 

Meminggirkan kemiskinan, melontar jauh prasangka buruk, membutakan kebendaan, mentulikan fitnah dan 1001 kedurjanaan!!

Bagaimana, kalau kebobrokkan dan segala kemungkinan diluar batas kemanusiaan mengungguli nafsu serakah manusia? Untuk mencapai segala keinginnya, insan rakus sanggup menghumbankan harga diri dan mendabik dada keangkuhan dalam kehinaan.

Pelik!!!

 Bukankah segala kejadian ini ada iktibarnya.

Begitulah sebahagian kebesaran Yang Maha Kuasa.

aku hanya insan yang lemah

memohon keampunan Mu Ya Allah

memohon taufik dan hidayah Mu



Tuesday, December 28, 2010

BAHANG GAWANG 2


 RILEKS! SANTAI!

LAWANG LOWONG LEWANG LEWONG SELIBU

LAWANG GAWANG PAWANG

Pusingan Akhir kedua Piala AFF

Bahang terus membara, panas membicara, Stadion Gelora Bung Karno penentu juara!!

Kekalahan pusingan pertama amat mengejutkan. Terkejut gorilla/brok! Terkejut sinaran laser. Gimana sang garuda kok jadi poyo, gara gara laser murahan pak? Ini main sepakbola, apa main semprotan laser? 

Kemenangan selesa pusingan pertama telah menjebak ‘macam melayu’ dalam pelbagai situasi yang menjengkelkan. Awal awal lagi udah gue peringatkan ya, bagi seri saje, kalah satu gol saja! Laaaa... kok ganyang sampai 3-0! Semua media jiran kita, membelasah sinaran laser, itu beradiasi tinggi lo. Kenapa selepas sinaran laser, barulah menjelma pesta gol?

Menjebolkan 3-0 telah meledakkan kegirangan sebahagian penyokong Malaysia. Dimanakah sebenarnya posisi penjaga gol garuda? Dimana lasernya? Yang aku nampak, kecuaian barisan pertahanan garuda yang keletihan. Umpanan, tampanan, lalu jaringan yang disambar ‘macan melayu’ cukup bergaya.

Balik cerita bulu tangkis. Berbulu ke? Cerita sepak bola, kok badminton lagi? Apa bezanya, sukan kan!! Ingat sewaktu Misbun Sidek mendahului 9-0 kemudian 11-1 dan akhirnya tumbang kok!! Jangan terlepas pandang. Jangan anggap enteng brader.

Apa pun, peringatan ikhlas, jangan terus jadi lagenda gombal. Kawan cuma nak ingatkan, teruskan serangan, dia skor 1, anda balas. Dia skor 2, anda skor 3, boleh gitu! Kalau anda bagi Raja gembel menang 2-0 pun, macam melayu tetap juara. Kalau terlebih anda bagi, murka Sultan sape nak jawab, akhbar nak buang kat mana? Banyak lagi soalan, tutup telinga ajer ker?
 
Dulu, kini dan selama lamanya. Dunia ini tetap sama. 

Yang berubah ya, perubahan.
Yang menang, memang menang kerana ada yang kalah. Kalau ngotot tak mau kalah, kalau tak masuk ICJ yaaa masuk ICU gampangnya!!!

Malaysia tetap juara!!!!

Apa apa an pak! Kok jadi ‘malingsia’? 
 
‘Raja Gombal’ vs ‘Raja Gembel’

Ya sapa yang gombal, ya sapa yang gembel.....?

Laaaaa... kok koyo ngono.... gombal gembel kue!!

 Jangan taksub sangat dengan 'pau'wang ops pawang!!!

 

BAHANG NAFSU


NAFSU SERAKAH

ADAM DAN HAWA
HAWA NAFSU
ROGOL! 
BADI GOL!

Setelah ketinggallan 3 gol, penyokong garuda macam terkena badi. 
Tak salah kalau aku katakan mungkin ini disebabkan 'badi gol' kutttt!!
Dikisahkan, oleh kerana permainan di padang basah, 
tanah yang licin!, tanah yang licin! tidak berduri!!
kemaruk, masukkan gol jugak lah! jadi ini pun 'badi gol' jugak lah kan!!? 

Penulis dari golongan PAS, penyokong totok Pas mengatakan ‘Nabi bersabda, bermula dan berpusat disebelah timur ini.’

Persoalan tersebut amat menarik untuk di uar, uar kan! 

Setakat hari ini, segala peristiwa sumbang banyak dimulakan dan disumbangkan oleh segelintir penduduk dari pantai timur. Penulis totok menggambarkan disebelah timur, adalah Malaysia. Apa lagi yang ditunggu dah tiba. Tujuan utamanya adalah untuk membelasah ler, apco yahudi, UMNO BN dan peranannya di Malaysia. 

Siapa kata UMNO BN, sebahagiannyalah, jangan salah sebut! tidak melakukan perkara terkutuk dan segala kemungkaran? Manusia!  'kita serupa' ada nafsu!!!

Persoalannya di Malaysia pulak, sebelah timur, ya pantai timur. Kelantan! 

Memang tidak dinafikan, selagi namanya manusia, Adam dan Hawa. Hawa nafsu. Terciptanya Hawa lantaran inspirasi ‘merpati dua sejoli’. Kembangkan cerita ini sejelas jelasnya supaya mudah nak dipautkan. Mungkin lain kali aku berminat untuk naik turunkan syahwat, opocong! Carikan cerita yang berkaitan oiit!.

Peristiwa terkini, remaja perempuan berumur 13 dan 15 tahun, adik beradik dicekup sedang tidur berpelukan. Lelaki tertuduh berasal dari Kelantan. Berapa banyakkah pelaku dan penyumbang mahram made in kelantan?

Seandainya, made in thailand, semua sedia maklum kan! 

Aku pun tak pelik aswara ray dengan scandalnya. Apatah lagi artis malaysia yang kita pun dah tahu keserongannya. Apa pun yang dia orang kata, mungkin ada benarnya.

Bagaimana, Serambi Mekah mampu menjadi penyumbang sumbang yang tersumbang al sumbingnya di Malaysia? 

Perjuangan yang di uar uar kan. Menempelak sewenang wenangnya UMNO BN. Menuduh melulu kerajaan. 

Apakah sebenarnya yang diterapkan untuk orang kelantan? Maaf cakaplah, kenapa ujian paling getir untuk rakyat kelantan? 

Kenapa kalipah guan o abd aziz, lahir di malakak, ketua montok di pening?
Ooooooooooooo! Panjang ceritanya!! Ke panjang ooo nya!

Kebangkitan perjuangan Islam berpusat di timur. Tujuan utamanya tentulah memberikan kesedaran kepada rakyat kelantan yang tergelincir dari landasan. Yang peliknya, buatkan landasan, banjir pulak kat kedah. Siapa yang tergelincir sebenarnya? 
penyokong totok pas pis pus!!!

Begitulah, bahang hawa nafsu apabila setan menguasai akal dan fikiran!!!

Tergelincir seluar dalamnya!!

Mungkinkah semuanya ini, gara gara politik? 
tak mustahil bro! sebab selalu jer, telanjangkan orang!!!

 MALU DAN SABAR,  PERISAI ORANG BERIMAN