JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Wednesday, December 29, 2010

BAHANG AGAMA


 SABAR DAN REDHA

SUNNI

 gambar hiasan jer!

Kedamaian hingga ke senja?
Kaum Syiah sebenarnya, kini telah menduduki seantero dunia. Perkembangan ini bertambah pesat (semuga tidak menyesatkan) seiring kepesatan teknologi. Wow! Iya ker?

Mampukah Sunni mengharungi kehidupan dalam keamanan? Perbezaan fahaman, selain dari kaum sunni (Sunnah Wal Jamaah) agak keterlaluan. Golongan sunni lebih memilih untuk mengalah bukan kerana kalah, berdiam diri bukan bererti bersalah. Sebagaimana Bangsa Melayu yang mementingkan kerukunan dalam bernegara. Penganut sunni di Malaysia juga adalah insan majoriti yang memperjuangkan kehidupan bermaruah.

Tanpa pengetahuan, kefahaman agama yang mendalam, ilmu akhirat bakal menjerat umat Islam yang kebingungan. Benteng utama dalam menangani permasaalahan ini hanyalah solat fardhu lima waktu setiap hari dan segala rukunnya. Pengetahuanku dibidang ini, amat dangkal sekali. Lalu sehingga kini aku terus belajar, belajar sehingga ke liang lahad.

Maka dari itu, kepada anda yang memahami situasi yang begini, dapatlah kiranya menghulurkan salam persahabatan demi perjuangan menegakkan aqidah Islam di bumi yang tercinta ini. 

Mustahilkah perang saudara boleh berlaku?

Ideologi berbeza. Fahaman semakin sempit. ‘Kebenaran hakiki’ menjadi rebutan membangkitkan keributan!

Bolehkah kita menerima pakai apa yang telah berlaku di negara jiran?
Perebutan kekuasaan, memangsakan ketuanan. Demontrasi jalanan mengisi demokrasi perjuangan berkepentingan peribadi. Menghalalkan apa sahaja cara untuk merebut kekuasaan. Yang pasti, kekalahan rakyat untuk menanggung akibatnya.

Tangan yang memangkah, bahu yang memikul. 

Mengapa segala kebaikan, dibalas dengan tuba? Kita membenarkan, menerima dan bersangka baik kepada semua penduduk Malaysia. Hari ini cainis, hindraf dan sebahagian ultra kiasu mendabik dada menginjak injak kedaulatan Melayu. 

Inikah rasionalnya, beri betis hendak paha?

Segalanya Mungkin?

Kebaikkan dan segala keharmonian kehidupan di dunia. Hidup rukun damai, saling memahami dan membantu demi kelangsungan hidup. 

Meminggirkan kemiskinan, melontar jauh prasangka buruk, membutakan kebendaan, mentulikan fitnah dan 1001 kedurjanaan!!

Bagaimana, kalau kebobrokkan dan segala kemungkinan diluar batas kemanusiaan mengungguli nafsu serakah manusia? Untuk mencapai segala keinginnya, insan rakus sanggup menghumbankan harga diri dan mendabik dada keangkuhan dalam kehinaan.

Pelik!!!

 Bukankah segala kejadian ini ada iktibarnya.

Begitulah sebahagian kebesaran Yang Maha Kuasa.

aku hanya insan yang lemah

memohon keampunan Mu Ya Allah

memohon taufik dan hidayah Mu



No comments:

Post a Comment