JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Monday, December 6, 2010

MANGSA MANUSIA DURJANA

Dulu kini dan selama lamanya.....

Melacur adalah perbuatan yang hina lagi menghinakan!
Pelacuran menjadi kelumrahan memangkin kedurjanaan!
Pelacur hanya mementingkan nafsu serakah!
Perbuatan melacurkan hanyalah angkara iblis dan syaitan!

Mungkinkah kesempitan atau kesempatan yang menjadikan insan rela diperlakukan lalu diperhambakan nafsunya? Apakah keterbatasan usaha menghalalkan apa yang telah diharamkan? Sejuta persoalan dengan hanya satu jawaban mudah. Haram tetap haram dan haram! 

Kesempitan atau Kesempatan?

Membicarakan persoalan Mahasiswi IPT melacur. Usia 'simanis tujuh belas' menggambarkan keindahan yang amat manis untuk dikecapi. Seumur hidup hanya sekali kita melalui dan merasai kenikmatannya. Manusia dijadikan berpasang pasangan. Naluri semulajadi membuaikan keseronokan. Tanpa paksaan dan saling rela merelakan. Bercinta dan dicintai..... Lumrah kehidupan insan sejagat.....

Apakah manusia pernah merancang untuk menderita? Siapakah yang mengundang penderitaan? Bertemankan duka nestapa? Bohong! Kita hanya memikirkan kepentingan diri. 

Ibu bapa hanya mementingkan harta dan kuasa. Seorang anak hanya mementingkan keseronokan dunia. Dunia hanya menjanjikan keindahan sementara dalam warna kepalsuan. Insan munafiq hanya memburu kenikmatan sementara. Disebalik semuanya inilah terkandung 1001 penderitaan. Namun insan tidak pernah jemu dibayangi permasalahan yang berlarutan.

Tidak dinafikan ada yang kesempitan untuk meneruskan kelangsungan penghidupan. Namun begitu masih ada insan yang tega mengambil kesempatan yang mendatang. Semuanya berlaku tanpa disedari. Masa berlalu amat pantas sekali. Macamana seorang insan terpelajar terjebak dikancah pelacuran? Apa kaitan dan kena mengena dengan pemerintah? Semua kementerian dan wakil rakyat menjalankan peranan yang diamanahkan. Soal penipuan, rasuah dan kroni itu adat kepimpinan. Sekiranya kita memilih pemimpin yang berkarisma, jujur dan bertanggung jawab, tidak timbul soal salah tingkah laku. Kalau pilih ikut telunjuk lurus, kelingking berkait inilah natijahnya.

Antara cita cita, cinta dan air mata  .....

Demi kuasa dan takhta, politikus sanggup melacurkan mahkota perjuangannya. Tidak hairanlah anak gadis pingitan pun sanggup menyerahkan mahkota kegadisannya hanya untuk memenuhi cita citanya. Ahli Politik hanya bercita cita untuk merebut takhta dan kuasa. Sanggup menghina dan terhina asalkan hasratnya tercapai. Dalam menggapai bintang dilangit, apalah sangat tentang harga diri... Hebat. Ganas!

Tidak dinafikan ada segelintir ahli politik yang sanggup melacurkan agamanya. Ada penulis yang sanggup melacurkan bahasanya. AJK melacurkan masjidnya. Anugerah tuhan melacurkan bangsanya. Sang suami melacurkan isterinya. Mahasiswi melacurkan mahkotanya.

Hidup ini umpama neraka. Bila berada dikemuncaknya, segala mendung hitam mampu dihembus berlalu pergi. Saat mendaki sememangnya penuh ujian, onak dan duri kehidupan. Pengorbanan suatu kewajiban. Seandainya terkorban, itulah adat permainan duniawi. Datang dan pergi silih berganti, sebagaimana siang diganti malam. Falsafah apakah ini? hamPAS!

Kita hanya mampu merancang, katanya. Kita akan berusaha sebaik mungkin, ikrarnya.
Kita hanya manusia biasa, tak sunyi dari dosa, keluhannya.

Apa pun yang berlaku ada hikmahnya. Amat diharapkan semuga pihak yang bertanggung jawab, pihak yang berwajib menjalankan kerja yang telah diamanahkah. Jangan terus diperbodohkan. Dipergunakan. Dilacurkan dan hilang kredibiliti. 

Apakah Negara kita sudah tidak aman lagi?
Mengapa demontrasi jalanan mengisi perjuangan?
Cakap amat mudah, melaksanakannya membawa padah!
Kepercayaan Kepada Tuhan!

No comments:

Post a Comment