JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Monday, December 20, 2010

JATI DIRI 2


KETUANAN
ISLAM, RAKYAT, MELAYU
Keistimewaan Rakyat Malaysia
Negara yang maju, aman dan makmur.
Rakyat berbilang kaum, Agama dan adat resamnya.
Penceritaan aku ini, berkemungkinan hanya menjadi bahan ketawa sahaja. Bedek atau temberang. Persepsi rakyat Malaysia amat tinggi citarasanya. Setuju atau sebaliknya, kita adalah warganegara yang amat bertuah. Negara kecil tetapi gah seantero dunia. Kekayaan hasil mahsulnya, macam tak habis makan! Eksport dan menguasai dunia, katanya.
Ketuanan Islam
Agenda PAS untuk menidakkan Ketuanan Melayu.
Untuk mendapatkan sokongan Melayu beragama Islam. Itulah perjuangan sebenar PAS, kononnya. Bila menadah sokongan bukan melayu, perjuangan Islam boleh dibincangkan. atau diketepikan dahulu.  Bagiku, Islam berada terlalu tinggi. Lebih daripada apa yang ada di dunia ini. Secara politiknya itulah siasahnya.Boleh buat apa yang dia suka.
Islam itu adalah segala galanya bagi Umat Islam yang beriman.
Sebenarnya tidak timbul pun soal ketuanan ini. Sesiapa yang menganutAgama Islam, secara automatiknya akan meletakkan kedudukkan agama dan Yang Maha Esa tanpa tandingan di alam maya ini. Hanya kerana politik kuasa dan takhta, sesiapa yang giler akan mencampakkan ketepi apa yang digenggamnya. Curah ajerlah air ditempayan.  Tunggu air paip, tak pun air banjir! Naik harga sikit, melenting demon sepanjang jalan!
Pada kebiasaannya orang cainis memanggil Allah itu dengan gayanyaTuan Ala’.
Mungkin kita kena panggil orang PAS ini ‘Tuan Islam’. Demi ketuanan Islam yang diperjuangkan. Kalau Tuan Haji tu memang sinonim. Apatah lagi Tuan Guru Islam.
Apa sahaja cadangan kepimpinan PAS, akan diterima bulat bulat oleh penyokongnya. Depan orang melayu UMNO, bermati matian mengaku dialah Pejuang Islam sebenar benarnya. Depan DAP dan semua cainis ultra kiasu  rela tanpa apa apa jawatan penting peringkat pusat. Orang Islam tidak perlukan keduniaan, cukuplah dengan apa yang kita ada pada hari ini. Yang berlebih lebihan itu UMNO. itu yang MCA, Gerakan dan DAP asyik menuding jari ke UMNO sahaja.
Bagi pemimpin PAS, dapat menumbangkan UMNO BN adalah satu kejayaan gilang gemilang. Dapat menguasai Putra Jaya, bonus berada di syurga. Kebencian PAS kepada UMNO, PAS sanggup membiarkan PKR berkuasa di samping membenarkan DAP menggagahi kekuasaan harta benda negara ini.
PAS hanya berjuang demi Islam, ketuanan Islam sahaja. Islam tidak memerlukan harta yang melimpah ruah. PKR memerlukan kuasa untuk beraja dihati, bersultan dimata. Demi Ketua Umum, apa sahaja yang melintang akan patah, membujur lalu. DAP adalah cauvanis. Harta dunia, penguasaan ekonomi macam singapork, itulah agenda pentingnya.
Ketuanan Rakyat
Agenda PKR dalam menghalalkan cara demi nafsu serakahnya.
Ikut nafsu, lesu. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.
Peduli apa! Yang penting, bahagia. Yang penting, rakyat berkerjasama!
Yang penting, Tuan Rakyat!
PKR akan merelakan hindraf untuk berkongsi kuasa. Sekurang kurangnya kaum hindraf akan menyokong pakatan. Kekayaan untuk melayu PKR hanya perlu ditokok tambah sedikit sahaja. Itu kata dialah. Selebihnya boleh diberi kat hindraf. Semuanya ini adalah untuk ‘ketuanan rakyat’. Semua bangsa adalah rakyat Malaysia. Semua bangsa adalah ‘Tuan Rakyat’ di bumi Malaysia ini. Senyum simpul lge haram jadah. Wow! Lksial pek, apek, jalan gedek gedik, ketawa pecah perut maa!
Siapa yang malas akan ketinggalan. Siapa yang cerdik akan menjadi pemimpin. Yang lemah akan terus dimamah. Yang kuat akan menang. Kuat menipu! Sebagai ‘Tuan’ tidak perlu banyak ‘omong’ ikut sahaja apa yang pemimpin kata. Kalau tak puas hati, dalam negara demokrasi boleh demo kerusi. Lantaklah!
Ketuanan Melayu
Ini Agenda UMNO. Semangat Kebangsaan!
Bagi UMNO, memperjuangkan hak orang melayu atau ketuanan melayu, adalah satu agenda. Melayu Perkasa akan menjadikan umat Islam lebih disegani dan dihormati. Tapi sayang lah, kalau hanya segelintir sahaja umat melayu yang berjaya dan kaya raya.
Sebenarnya kekayaan negara ini tidaklah sekaya mana. Tanpa usaha carigali Petronas, minyak pun akan habis pada suatu hari nanti. Semuanya kena berusaha bersungguh sungguh untuk mengharungi gelora kehidupan. Kita bersama sama membangunkan negara ini. Kalau tidak tinggal taik minyak.
Ketuanan Melayu adalah Keistimewaan Orang Melayu
Apa sahaja keistimewaan orang melayu, mesti dihapuskan. Terutamanya kuota, tanpa kuota merempat ler orang melayu di tanah airnya sendiri.
Berjutaan ringgit pinjaman PTPTN menjadi biasiswa. Biasiswa hanya untuk rakyat yang miskin sahaja. Kaum hindraf semuanya miskin. Orang Melayu ada tanah Rezab Melayu. Orang Melayu pun bukan pandai sangat. Asyik nak sembahyang jer. Dah tu Azan kuat kuat, bukan syiok pun didengar. Sakit telinga, kata jahanameweeek!
Budak celaka yang terus disanjung! Dijunjung lagi!
Tanpa keistimewaan orang melayu, kemanakah orang melayu akan mengadu?
Siapakah yang membantu orang melayu di negeri yang diperintah oleh pembangkang?
Nasib baik masih ada ketuanan melayu. Tapi apa dah jadi kat Pulau Pinang?
Nasib baik kerajaan pusat masih ditadbir UMNO BN. PM masih sayangkan semua rakyat Malaysia. PM adalah 1Malaysia.
Selagi Malaysia masih diperintah oleh Orang Melayu, selagi itulah usaha usaha untuk menjatuhkan Orang Melayu akan berlangsung. Sebagaimana menjatuhkan Sadam Hussin, Suharto, Marcos. Keamanan akan menjadi pertaruhan.
Orang Melayu sendiri akan menjadi pengkhianat menjatuhkan melayu.
Amankah bila demon jalanan menyekat kebebasan? Mengganggu Pentadbiran? Membantutkan penjanaan ekonomi negara?
Berjuta persoalan akan terus berlegar legar memomokkan orang melayu hari ini.
Awasilah permainan ultra kiasu dalam mendalangi kejatuhan Bangsa Melayu!
PRU 13 bakal menyaksikan pertandingan dari segenap penjuru.
Jangan terperanjat nanti, kalau hanya orang melayu itu sendiri yang akan menyelamatkan atau menjatuhkan orang melayu itu sendiri!

No comments:

Post a Comment