JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, April 9, 2011

Nikon - Dunia Senifoto

CANTIK KAN KAMERA INI! INILAH KAMERA IDAMAN KALBU.....

Nikon DX3s 
 SETIAP MINAT INILAH KEMUNCAKNYA

KAMERA DSLR UNTUK PROFESNAL 

PENDAHULUAN

N3 kali ini, aku nak fokuskan tentang kamera. Macamana kamera memfokus untuk menghasilkan foto. Kebelakangan ini, samaada kebetulan atau sememangnya aku mula meminati kembali seni foto kreatif. Apa sahaja tentang kamera aku ingin membaca dan mengetahui perkembangan seterusnya. 

Aku ini tidak sehebat mana di dunia foto. Cuma amat meminati seni foto kreatif. Mungkin juga, dapat sedikit info melalui tulisan ini. Jika tidak dapat membantu anda pembaca, dapat membantu diri aku sendiri, pun jadilah.

Secara asasnya, kita akan memilih kamera dahulu.

Nikon DX3s.
Sila KLIK perkataan Nikon DX3s diatas sekiranya anda ingin mengetahui kehebatan kamera tersebut.

Harga body sahaja di Malaysia, saya difahamkan berharga lebih kurang RM  14,000.00 sahaja. ikut tempat, pekedai dan senarionya.
Murah ke mahal? Peminat setia senifoto, alah bisa tegal biasa. Kalau nak dibandingkan dengan kamera keluaran Leica yang berharga RM 100,000.00 tu, macamana? ciput je!

Bila anda berada dalam golongan profesnal, janganlah tanya nak pakai kanta apa. kanta sesentuh kut warna biru. boleh gitu. Lain kali aku cerita pasal kanta pulak. N3 ini kita cerita pasal kamera dulu. O.k. set!

Untuk bahasa paling mudah. DSLR yang dilengkapi bagaikan studio di rumah. Kecanggihan untuk anda merakamkan seni foto. Diperbuat dari titanium. check dan baca dari pembuatnya Nikon.

Aku terlopong juga bila rakan kelab foto yang juga dealer, menyekolahkan aku. Jadi, kita tengok dulu kamera nikon yang kian popular terkini. Nanti, bila kita dah banyak duit, kamera pun turun harga, lelong maaa, kita beli dan belajar lebih mendalam hingga ke dasar lautan Atlantik. o.k. set!



Nikon D7000

Ya, kamera DSLR yang popular masakini idaman jurugambar amatur yang paling profesnal. Dalam amatur aje tau!


Keluaran terbaru nikon. Kurang lebih 6 bulan di pasaran. Peringkat pelancarannya, harga yang dicadangan lebih kurang RM 4900 gitu. Lepas tu, turun sikit, RM 4650 tanpa bag, tripod dan ntah apa lagi. Lepas tu, three lah kan. Turun lagi, tinggal RM 4300 jer. Lepas three, four. Just for you. Nak beli? Tunggu dulu. Lepas four, five. O.k give me five. Eh, apa ni? Main apa yek! 

Sebenarnya kan, ikut suka kita orang la. Sekiranya anda ingin menjadi pengguna yang pertama, glamor you! Anda kena bayar lebih laaa. Bila disebut produk lama, kan terasa boringnya. Macam tak ikut trend semasa lak. Peduli apa kan. Mampu milik, sudah. 

Nikon D7000 ini memang berbaloi untuk dimiliki. Walaupun ianya hanyalah pembaharuan kamera nikon D90. Solek dan tambah sikit je. Tapi D7000 adalah kamera yang baru. Harga bagi D90 kalau ada stok, murah beb!  Ha, tentang kanta di N3 akan datang. 

Sementara D7000 dilengkapi dengan kanta 18-105 mm. Sememangnya sesuai untuk jurugambar pengantin. Mungkin kamera kedua. Dah ada modal sikit. Nak permudahkan dan agak glamerlah.

Nikon D300s - Tengah check harganya.
 Bila bila masa, sambar terus!
Nikon D300s

Kamera DSLR profesnal yang paling murah. Murah? Biar betul beb! Nak tau harganya, aku difahamkan, harga badannya sahaja lebih kurang RM 5000 tau! Didatangkan dengan kanta 50mm f1.8 dan untuk kepastian checklah sendiri di tempat anda. Masaalahnya, aku syiok dengan kanta 50mm f1.4 atau f1.2 gitu. Harganya, tak mampu aku. 

Lepas tu, member cerita pulak, set yang dia gunakan, nikon D3s dll baru berjumlah RM 50,000.00 jer. Lantak kau lah! Kau tu 2K. Aku Ku2. Amacam, yang mana satu pilihan anda?
Aku dah bagi tiga cadangan. 

Buatlah pilihan yang menguntungkan. Bagi aku kan, kamera DSLR pertama yang aku telah terbeli adalah D7000. Eleh, gitu ajer! Dari tak tau, memang mudah giler nak ambil gambar pakai kamera digital. 

Tambahan untuk peringatan

Sekiranya anda ingin menceburi bidang fotografi, aku cadangkan belilah kamera nikon D300s atau pun yang setaraf dengannya. 

Namun jika kewangan dan minat hanya gitu gitu jer, D7000 dah cukup mahal wooo!

Apa apa hal pun, kesabaran adalah sebaik baiknya umat manusia. Baca semua yang ada kaitannya dengan dunia seni foto.

Pengeluaran dan Pembaharuan Nikon tidak akan terhenti. Kini D5100 pula 'mengancam' dengan LCD monitor yang berfungsi, berpusing pusing. menyenangkan.

N3 aku ini tidak selengkap dan sehebat mana. sebab itu digalakkan klik ke Nikon terus. Check product.


o.k. jumpa lagi lain N3

No comments:

Post a Comment