JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, September 8, 2011

Dunia Dan Kehidupan

Dunia bukan sekedar mengumpul harta!
Dunia ada segala galanya.
Hidup di dunia hanya sekali!
*********************

Ikhlas, Tenang dan Redha

Maut @ mati sememangnya tunang kehidupan

tiba saatnya kita pergi jua.....

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN

Sukarelawan insan prihatin lebih mementingkan ketuhanan. 

Buat insan ini, kematian bukan penghalang untuk menabur khidmat bakti. Segala galanya di serahkan kepada Yang Maha Kuasa. 

Di sana, di Somalia, setiap hari pasti ada nyawa yang kembali. Namun, penderitaan untuk menghadapi sakratul maut amat menyiksakan. Kebuluran. Kematian bukan apa apa buat mereka. Pastinya kematian penamat segala sengsara.

Insan sukarelawan, dengan tanggungan sebagai jurufoto, ingin berbakti mengabadikan kesengsaraan disaat saat maut menghampiri. Kepada keluarganya diharapkan kesabaran dalam menghadapi hari yang mendatang.

Siapa? 

Kalau cabai tahu bila nak mati, di mana, macamana, pasti telah disediakan liang lahadnya. 

Ini! Siapa yang tahu? 

Jangan menuding jari! 

Ariel Sharon dah mati ke belum? Cabai kampungan ni, tak ingat laaa! Kalau hidup menyusahkan orang, nak mati pun susah! Kita tolong orang, mati dalam perjuangan membantu mereka yang susah agar senang, biarlah pemergiannya juga dengan tenang. 

Bantulah pula keluarganya yang memerlukan. 

Mungkinkah dengan membantu rakyat kita, membasmi kemiskinan tegar, tiada kematian? Tangisan, rintihan dan kekesalan bukan jalan penyelesaian.

ops sikap!

Ya! Jalanraya maut. Pemandu kenderaan beroda menjadi peluru sesat. Pelik. Madang sesat memanjang, panjang darul jem, biar pun di siang bolong, kemalangan maut terus meragut nyawa. Jalanraya bukan ‘jalan’ untuk menyelesaikan masalah.
Negara ku yang dianggap aman, tetap menjadi pusara aman. Sedih, bila Bukit Aman pulak bakal memerangi semua pesalah jalan raya. Tanggung ler sendiri!
Kematian boleh dihindari? Bior betul! Kemalangan boleh dielakan, ini boleh diterima oleh akal yang waras. Kemalangan maut di jalanraya boleh di kurangkan. Mungkin tidak mustahil pun kalau memang ditaqdirkan tiada kematian di jalanraya tahun itu. 

Yang cabai nak tibai, sesama pengguna di atas jalanraya. Sememangnya ada pemandu yang kurang ajar dan biadap. Pantang jem, kenderaan perlahan, tidak kira atas bukit, garisan berkembar, main redah jer. Potong. Tak boleh potong kanan, masuk sebelah kiri. 

Sewaktu puncak, kesesakan al-macet di sana sini. Bila perayaan, setahun sekali sahaja dan kalau ada pun perayaan tertentu sahaja. Tolong jangan terlalu membebankan rakyat dengan saman mandatori, boleh tak?
Kerahkan keseluruhan kekuatan PDRM bahagian trafik untuk mengawal lalulintas di seluruh negara. Link komputerised ke seluruh pusat kawalan. 

Apa pun, perkembangan kawalan lalu lintas terkini, agak membanggakan. Kemungkinan pengguna merancang perjalanan juga mesti diambil kira. Tahniah buat pengguna jalanraya yang berhemah mematuhi syarat, isyarat dan masih larat memandu. 

Terkilan bila sebahagian kemalangan ngeri, berpunca bila pemandu gagal memotong lalu bertembung dengan kenderaan yang bertentangan. Kalau sudah ajal, bukan sahaja di Somalia, di mimbar dan sehingga ada yang meninggal di’atas perut’ bukan dalam perut tau! 

malaysia semalam

Semalam, pra sejarah ke, mana ada Malaysia. Yang ada, Persekutuan Tanah Melayu!

Cuba kita kembali kepada zero.

Jangan berlagak hendak menjadi hero lalu memutar belitkan fakta sejarah.

Satu pihak merasa terbela, sedangkan disatu pihak yang lain pula disula. Siapa yang sanggup mengaku kesilapannya, apatah lagi melibatkan maruah dan harga diri? 

Semua pasti ingin mengundurkan masa. Kalau boleh ingin menjadi manusia yang terbaik, paling sempurna, berIman dan (bagi cabai) tanpa kominis dan iblis!

*********************

 
Terkini, kamera nikon D7000, harga sekitar RM 3999 sahaja.
Masalah jaminan dan teknikal, hanya dalam keadaan & tempat yang tertentu sahaja. 

*********************



Tapi buat cabai, tetap meminati dan ingin memiliki D 300s.
Dapat kamera D300s jadilah!