JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Monday, March 28, 2011

Tanah Melayu Dalam Kenangan?

DULU
TANAH MELAYU @ SEMENANJUNG MELAYU
 Kini
SEMENANJUNG MALAYSIA @ MALAYSIA BARAT
Selama lamanya
MALAYSIA

Dari google

Tanah Melayu, Oh Tanah Air Ku.....

Kini, sudah bertukar .. Oh, Malaysia Tanah Airku...

Di manakah kedudukkan Tanah Melayu? Kenapa dipanggil Nusantara? Nusantara Melayu. Kepulauan Riau. Ole ole Temasik. heh, tak faham betul aku sejarah ni. 'Geragapi isteri' tahulah aku. ish. Geograpy dan History. Kalau sudah namanya Tanah Melayu, itulah asal usul aku sebagai orang melayu. Indonesia, Filipina,  Selatan Thailand, Brunai, Singapore dan yang sewarna dengannya adalah berbangsa Melayu. ha, yang ini aku tahulah. Tapi kan, waktu belajar tu, aku pulak tertidor. Nasib baik cikgunya tak meninggal. Meninggalkan kelas.

Kita orang semua ini kan, kulitnya sawo matang. Awet muda lagi!

Berapa jauhkah Tanah Melayu atau Melaka dari Tanah Besar Negara China? Kalau ikut kisah dongenglah, seperti yang pernah aku baca dalam buku, kira kira 50 tahun perjalanan woi! Dari budak memulakan perjalanan dan pelayaran, hingga tua dah jadi apik kerepot, pokok pun dah jadi bonsai, jarum peniti dah karat, 50 tahun pelayaran! Dahsyat! Dasar apa tu?

Sebagai pembalasan sebuah pembohongan, dikirimkan satu kapal sagu rendang. Begitulah ramainya penduduk Negeri Melaka di Tanah Melayu. Eh, masih tak puas hati lagi. Dikirimkan pulak puteri Hang Lipo yang putih melepak. Sebagai balasan dari Melaka, kirim rombongan untuk meminta maaf kerana terkeliru dengan peristiwa dalam penjara ketuk ketampi. Tahun bila ni? tu, yang pelik. Puteri Hang Lipo, tak pulak jadi kerepot macam nyonya parang tajam! Bukit Mertajam lah. 

Oleh kerana terlalu lama perjalanan nak balik kampung. Maka, mereka pun terpaksa bawalah sekali sekolah vernakular ke Malaysia. Buatlah mereka macam negaranya sendiri. aiman tak kisah! Ai Say Man, banyak cantik lu punya otak! berjambul.

Bagaimana pulak dengan kaum keling pariah ni? Di mana Negara keling? oi, India la! Berapa jauh pulak India dengan Tanah Melayu? Raja Suran kata, berbulan bulan jer, jalan kaki. Kita orang dari jateng, sampai kat Johor, eleh berapa hari jer naik rakit kayu balak.

Semenanjung Malaysia ini adalah Tanah Melayu.

o. k. N3 ini setakat ini dulu.

Saturday, March 19, 2011

Kebebasan Bersembang & Bersombong


Perjalanan Kehidupan

KEBEBASAN YANG TERKONGKONG

SEMBANG SOMBONG


Aku merasa heran, pelik bin ajaib. Tapi, bila aku halusi semula, itulah kebesaran Yang Maha Esa. Susah juga bila nak sebut perkataan ‘Allah’ bila sudah dipolitikkan. Sebagai manusia biasa kita seringkali lupa. Lupa! Leka, lalai, lali dan yang penting, ‘yo, ojo lali’ kepada Yang Mencipta kita. Gitu! 

Bila aku nak tulis, nak N3 kat blog, nak update gitu, wow, banyaknya tulisan yang serupa. Kita serupa ke? Memanglah, kita semua kan manusia. 

Puncanya, aku membaca semua blog yang sempat dilayari. Yang mana baik punya artikel, gua cilok sikit, cilok sana, cilok sini. Laaaa, lalok jugak kan! Aku ingat N3 sudah bagus la kan. Eh! Ada lagi N3 yang lagi bagus. Haaa, ini baru syokkk! Mencabar minda kan! 

Jadi, siapa yang tidak meniru, menciplak dan apa sahajalah untuk kepuasan diri sendiri. Setiap yang tertulis, pasti ada yang membaca. Setiap bacaan tentunya menimbulkan kesan. 
Keberkesanan itulah yang akan terus melahirkan, mewarnakan dan segala kemungkinan kehidupan di maya ini.

TSUNAMI 

Habis sebahagian kepulauan yang ‘cantik’ dan kemajuan sebuah negara. 

Itulah manusia. Lupa, leka dan selalu menganggap dirinya yang terbaik diantara manusia. Bila ujian datang melanda, tadah aja lah, tepuk dahi, urut dada dan termenung kan paling best. Bukan nak menghina, mengkufurkan apatah lagi mengkafirkan! Bukan kerja aku! Selisih! 

Yang Maha Kuasa telah menentukan segala galanya. Yang Maha Esa  jua Yang Maha Mengetahui. Yang hidup pasti mati. Yang berjaya akan menemui kegagalan jua. Yang degil dan tak tau bersyukur akan menerima balasannya. 

Permudahkan jalan ceritanya, di mana bumi yang tidak pernah ditimpa hujan? Senangkan, jawabannya!

Apakah, kita kini berada dalam situasi yang selamat? 

Bencana alam silih berganti, tidak mengira tempat dan usia. Semua yang berada di permukaan dunia akan berhijrah ke perut dunia. Eh, ada ke yang tercampak keluar dari muka dunia? He, he, he.

BENCANA LOJI KUASA NUKLEAR

Nukkiller. Nukliar. Nuclear. Mana satu ejaan Bahasa Melayu? Eh, Melayu ke Malaysia? Confuse lagi! Suka hatilah, apa aku nak tulis. 

Satu ketika, dunia bagaikan terlupa. Semua negara berlumba lumba membina loji kuasa nuklear. Masing masing ingin menjadi negara kuasa nuklear. 

Bila bencana alam, masing masing akan menuding jari ke arah manusia. Manusia ini lupa untuk bersyukur. Manusia ini terlalu tamak. 

Bila bencana ciptaan manusia pula memusnahkan manusia? Sekali lagi, manusia akan menuding jari ke arah manusia. Sebab, manusia ada jari! Jari manusia hanya akan menuding kearah manusia lain sahaja.

Politik Negara Kita.....

Senario pada hari ini, ramai yang bakal meninggalkan kerusi empok. Usia dan kesihatan yang bakal membantutkan perkembangan kemajuan negara, kini mempengaruhi faktor penentu oleh pengundi.

Disebelah, Parti Pemerintah akan diterajui oleh muka baru, lebih muda dan berketrampilan. Namun, ajal maut, bukan kita yang menentukan. 

Yang tua, pun masih boleh menongkat langit. Selagi hidup, selagi itulah terus berkuasa. Belum ada yang layak, masih disukai, disayangi dan diundi rakyat.

Contohnya, disebelah sana, pihak membangkang. Pantang undur. Pantang mengalah. Macam mentor dia orang, LKY. Biar merangkak, berkerusi roda sekali pun, ewah, terus berjuang. Alahai! Begitulah, bila orang sudah mabuk kuasa. 


Wednesday, March 9, 2011

Kebebasan Bersuara

KEBEBASAN MENULIS BLOG

SEJUTA KEMAAFAN SAYA POHONKAN

Pada permulaannya sewaktu menulis blog,
kebebasan adalah milik penulis blog.

Terdapat blog yang bebas dengan maki hamunnya
menggunakan foto superimpose
oleh itu saya ingatkan
kebebasan adalah dibenarkan.

Tanpa sedar saya telah meniru dan mengikuti segala kesilapan.

Maka, dengan ini,
Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi.

Kepada yang telah saya sakiti 
tiada apa yang dapat saya perkatakan.

Blog ini akan saya rehatkan buat sementara
mungkin seterusnya

Saya terlupa, leka
peraturan telah dikuatkuasakan.....


Sunday, March 6, 2011

Aduan DMCA

 MISTERI DALAM MISTERI

Entri seperti tajuk ini telah dilenyapkan dari blog penulis.

Penulis tertanya tanya, ingin sekali mengetahui apakah implikasinya. 
Penulis mempertahankan Seruan Azan.



MISTERI AZAN 2

ISLAM DAN AMALAN


NOTA PENULIS

Sebenarnya, aku hanya menulis untuk menyampaikan. Menyampaikan perasaan yang mendongkol. Ada masanya menyampaikan kebenaran juga. Semuanya mesti seimbang.

Apa apa pun, terlebih dahulu penulis memohon maaf. Kemungkinan tanpa disedari, penulis telah melakukan kesilapan. 

Cuma penulis merasa terkilan, kerana tidak diberitahu kesalahan yang telah dilakukan. 

Apakah kehendak aduan tersebut. Masaalahnya penulis sendiri bagaikan budak baru belajar. Penulis sendiri baru sahaja hendak memahami penggunaan blog. Pandai pandai sendiri sahaja.

SEKIAN.
HARAP MAAF.

Thursday, March 3, 2011

Antara Bencana Dan Angkara Manusia

BENCANA ALAM UJIAN TUHAN

KEJADIAN YANG BERLAKU DI DUNIA INI
SUKA DAN DUKA ADALAH ANUGERAH TUHAN
MANUSIA HANYA PERLU MENGINSAFINYA

Kota Mekah

Apa sahaja yang terjadi, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Disebalik kedukaan terkandung beribu juta nikmat kesyukuran.
Disebalik kegembiraan tersirat berjutaan sikap kekufuran.
Susah senang, bahagia dan derita menjadi tohmahan punca perbalahan.....

Air yang tenang menggenangi Masjid!

Apakah hujan dari langit itu angkara manusia?
Bila kemarau berpanjangan, projek hujan tiruan diciptakan oleh manusia.
Bila hujan bercurahan, empangan menjadi tadahan, banjir.....
Air mengalir ke lautan, membanjiri lurah laluan sepanjang dataran,
Daratan mahligai kediaman insan ditenggelami air,
Banjir termenung membuatkan insan menjadi bingung!


Banjir akan terus melanda, bila hujan berpanjangan, bercurahan,
Sebagai penghuni bumi, kita punya akal, ilmu dan pengetahuan,
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan adalah lebih baik,
Ingatlah kesusahan diwaktu kita dalam kesenangan.

Mengapa perlu diperdebatkan, dipertikaikan, kekuasaan Tuhan,
Kealpaan, kelekaan adalah kelemahan umat manusia,
Manusia akan lupa, terlupa dan dilupakan,
Tetapi manusia tidak pernah lupa menyalahkan tuhannya!


Bila bencana datang menguji umat manusia,
lalu bermacam macamlah hujah manusia mempertahankan dirinya.
Sejuta macam persoalan menghujani ketidak puashatian.
Seolah olahnya manusia ini tidak punya kelemahan.....

Mengapa buat rumah di tanah rendah? Senang nak dapatkan air dan tanahnya subur mudah dikerjakan. Kenapa tidak buat rumah panggung, supaya bila banjir tidak banyak kerosakkan barang berharga? Sudah lama tidak berlaku banjir. Kayu semakin mahal, tak mampu hendak buat rumah kekal sepenuhnya. Kena buat dua tingkat, agaknya. Tidak ada lagi kawasan tinggi. Bukit dah bagi kat cina. Tanjung dah diambil keling!

Mengapa tidak menanam pokok besar disekeliling rumah untuk mengurangkan penangan angin ribut? Kalau pokok tumbang, ranap juga rumah kita. Pendek kata, semuanya yang berlaku itu ada jawabannya. Cuma manusia itu sendiri yang tidak tahu, kerana pelupa, lupa menguasai dirinya , mengapa ianya dilahirkan sebagai manusia?

Masjid Di Rusia. Bukan Rusila!
Antara Masjid Di Dunia INI!

Mengapa dilahirkan sebagai 'Orang Melayu'?

Sudah Taqdir!

Bagi diriku, persoalan mudah yang sengaja di susah susahkan. Soalan pendek yang sengaja dipanjang panjangkan. 

JUMPA LAGI KALAU BELUM MATI!

Wednesday, March 2, 2011

Perjalanan Mencari Kesempurnaan

PERJALANAN KEHIDUPAN

KEMBARA MENITI SENJA

Hanya KepadaMu Aku Memohon.....

Hidup ini penuh cabaran. Hari hari yang kita lalui, penuh cabaran dan ujian. Bermacam macam dugaan mengiringi untuk mematangkan pemikiran. Kita hanya mencari keredhaan. Hidup ini hendaklah disyukuri. Kegagalan bukan untuk ditangisi!

Terlalu banyak rintangan yang mendatang. Silih berganti bagaikan siang dengan malam. 

Dalam memburu keduniaan, duniawi diutamakan, akhirat ditinggal tinggalkan. Kalau boleh, dunia kita dapat, akhirat juga kita sempat. Namun sebagai manusia, kita sering memperjudikannya. Sanggup menjadikan pilihan, akhirnya dunia juga yang diutamakan.

Kita dikurniakan akal dan fikiran.....

Mungkinkah, kita hanya akan terus berfikir, berfikir dan hari kian senja? Entah apa yang difikirkan. Fikiran kian kusut. Harapan tinggal harapan. Apa yang dihajatkan, tidak kesampaian. Sesuatu yang tidak diinginkan pula menjadi kenyataan.

Apakah perlu bersendirian di dunia yang fana ini? 
Omongan kosong insan yang kehausan kebahagiaan.
Di dunia ini kita dijadikan berpasang pasangan,
Ada masanya, kegembiraan mengiringi harimu,
Namun ada ketikanya, kedukaan memayungi perjalanan....


Bukan senang hendak senang
Semua Insan di dunia ini mencari kesenangan
Biar pun air mata berlinangan
kesengsaraan silih berganti kedukaaan menjadi bayangan setia
hidup ini perlu diteruskan.....

Selagi hayat dikandung badan.


Apakah ringgit dollar menjanjikan kebahagiaan?
Emas berkoyan menjadi pujaan, menjadikan syurga kehidupan
Impian menjadi kenyataan!
Manusia akan berbuat apa sahaja demi wang ringgit,
kuasa politik dan takhta.

Hidup ini untuk bertaqbir bukan?


Dimana bumi di pijak, disitulah langit dijunjung
Kita hanya bersujud kepada Ilahi.