JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Friday, December 31, 2010

AMBANG TAHUN BARU


AMBANG TAHUN

2011

Antara kisah menarik sepanjang tahun 2010

Berita Nik Aziz meninggal dunia. Laaaaaa..  rupa rupanya Nik Aziz bukan MB Kelantan. Rakyat biasa kerana kemalangan. Bukan main main,  membangkitkan kemarahan TGNA hingga tidak akan memaafkan penyebar fitnah tersebut. Penulis terasa pelik. 

Suatu ketika, jika seseorang itu dikabarkan meninggal dunia, walhal kejadian sebaliknya yang berlaku. Itu menggambarkan, orang tersebut sebenarnya panjang umur – memang pun, sebab, ‘laaa, idup lagi kamu rupanya’. Kenapa? Semua sudah bercerita tentang kemangkatan saudara ke alam barzakh. Sebenarnya tidak!! Bukankah, itu tandanya anda panjang umur. Kena aku!

Biasanya bila ada kematian, adalah kenduri arwah, majlis tahlil.  ‘Wong jowo’ buat majlis tahlil, jamuannya ‘Nasi Ambeng’. Tapi pada hari ini, ejaannya Nasi Ambang. Bila terpandang Ambang Tahun Baru 2011, teringatlah penulis pada ‘Nasi Ambang’ lalu teringatlah pasal kematian almeninggal dunia.

Terbaharu. Maizawati bekas isteri Akhyl Hay pun dikhabarkan meninggal dunia. Laaa.. ‘Nasi Ambang’ lagi. Pun, berita palsu jugak.

Selepas pertengahan bulan Syaaban, hendak menyambut bulan puasa Ramadhan AlMubarak. Kebiasaannya, terdapat Majlis Kenduri Punggahan. Doa kirim arwah juga lah. Setiap rumah, secara kebiasaannya bergilir gilir, hampir setiap malam hinggalah bermula malam Solat Terawikh. Jamuannya, biasalah ‘Nasi Ambang – ambeng” . Ada serunding, mee hoon goreng, yang sedap menambah perisa ikan kering bulu ayam, satu lagi itu sambal goreng. Kalau tak tahu, kalau rindu ke, bolehlah bertanya kepada sesiapa atau penduduk dan tempat yang masih mengamalkan tradisi ini. Sebab ada juga kaum Pas yang manyangkal kenduri tahlil ini. Waullahualam. Namun di kampung penulis masih mengamalkan semangat tradisional ini.
Apa pun yang paling menggembirakan rakyat Malaysia,

JUARA PIALA AFF 2010
TAHNIAH  !!!

Mengalahkan timnas Indonesia dengan Aggregate 4 – 2

Saat yang dinanti nantikan, setelah kemarau berpanjangan. Sukan yang mencetuskan berbagai kontroversi. Pasukan belasahan. Terpojok didada akhbar menjadi belasahan penulis dunia sukan. Silih berganti teraju mencari formula, resepi yang secukup rasa. Namun kecundang jua. Stadium menjadi lengang. Peminat mencemuh.

Pemain import dipersoalkan. Ditamatkan kontrak. Akhirnya muncullah, pemain yang bakal di hormati di rantau ini. Tanpa Jurulatih dan pemain import, Negara Malaysia mampu muncul Juara di Asia Tenggara. Itu tidak boleh dinafikan lagi.

Apa yang amat membanggakan, Gagasan 1Malaysia menjadi kebanggaan yang menyatakan hasrat sebenarnya. Hilang seketika semangat kenegerian. Kita 1Malaysia.

Di arena politik, kejutan demi kejutan menyesakkan nafas. Semuanya bakal mewarnai arena politik negara. Semuga semuanya berjaya diharungi dan diselesaikan dengan semangat 1Malaysia.

Isu agama, akan berlarutan. Masing masing dengan perjuangan untuk mencari kebenaran yang hakiki.

Islam adalah Agama Rasmi Negara Malaysia.

Kebebasan beragama adalah hak rakyat Malaysia.


No comments:

Post a Comment