JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Sunday, June 3, 2012

Dunia Badminton Masa Kini




KECUNDANG

Piala Thomas gagal lagi untuk di bawa pulang ke Malaysia.

Misi Pingat Emas Sukan Olimpik London 2012 terus mendebarkan.

Badminton Piala Thomas

Akhirnya kita tersungkur lagi. Kegagalan Pasukan kita di suku akhir kepada China sudah di duga. Kekalahan kepada Denmark di peringkat kumpulan menyatakan ranking sebenar pasukan kita. Kini Malaysia dan Indonesia, senasib. Tumbang di suku akhir dalam perebutan Piala Thomas. Dua pasukan elit yang saling bergilir menjuarai Piala Thomas. Namun kehadiran Pasukan Negara China, semuanya telah mengubah suasana. Keunggulan pemain China terus mendominasi kejuaraan. 

Denmark dan Korea Selatan adalah dua pasukan yang saling mengekori ke pentas semi final. Setakat ini mereka masih gagal untuk dinobatkan sebagai juara. Kemunculan Negara Jepun melengkapkan pentas separuh akhir. Menjuarai Piala Thomas lima kali berturut turut dan di barisi pemain ranking terbaik dunia, hampir pasti kejuaraan berprestij bakal dimonopolinya.

Bukan buruan kilauan emas sahaja menjadi ukuran, komitmen dalam melahirkan jagoan bertaraf dunia laa sepatutnya menjadi kenyataan. Kita bagaikan ketandusan pemain berkaliber. Hafiz Hashim mencorot dan tenggelam timbul prestasinya. Liew Darren sudah mula mempamerkan kejaguhan. Pemain ini perlu dan sepatutnya sudah terlatih untuk menundukkan juara dunia Lin Dan dan sekali gus membayangi Chen Long. 

Jurulatih profesnal menjadi jurulatah mengusutkan lagi keadaan. Pemergian Rexy Mainaky untuk melatih pemain negara lain menjelaskan betapa buntunya untuk bersama pemain Malaysia yang senantiasa di rundung malang. Kecergasan, kejayaan dan kemenangan bagaikan jauh panggang dari bara. Hanya membara, namun terus kecundang jua. 


Lagenda Dunia Yang Yang, yang pernah menyuarakan pendapat tentang juara kita Rashid Sidek sewaktu di puncak kegemilangannya, sepatutnya menjadi iktibar dan BAM terus mengorak langkah merealisasikan. Bukan membiarkan Lee Chong Wei terjerit jerit kesakitan lalu membiarkan dan berserah pada nasib menentukan pasukan. Sepatutnya Hafiz Hashim bukan lagi sandaran mahu pun pelengkap pemain. Menumpukan kepada satu pemain sahaja, kekalahan amat pahit untuk di telan. 

Kita masih mampu melahirkan, mengasuh dan menjuarai kejohanan berprestij dunia. Pemain yang  gagal untuk meneruskan kecemerlangan, sepatutnya sudah boleh dibersarakan awal atau menumpukan kerjaya masing masing. Bukan bertelagah, tunjuk gagah di luar gelanggang, tapi tetap kecundang di pusingan awal dengan pemain tidak ternama lagi. 

Lumrah kehidupan ini, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Bila pemain muda atau baru muncul, lebih bertenaga, berkeupayaan menjadi juara dunia, maka dengan sendirinya pemain yang statik boleh memikirkan masa depannya sendiri. Tetapi, bila pengganti yang di cari, yang diharapkan datang bergolek, tidak kunjung tiba, yang ditatang pula jatuh tergolek, memang nasib malang akan berpanjangan. Barisan pelapis, pemain muda bagaikan di anak tirikan. Bukan 22 tahun lagi untuk merangkul Piala Thomas, mungkin akan kempunan sepanjang zaman untuk dikalungkan Pingat Emas Olimpik. 

China bakal membariskan Lin Dan (2), Chen Long (3), Chen Jin (4) dimana mereka adalah didalam ranking terbaik dunia badminton. Datuk Lee Chong Wei (1) Dengan dibayangi kecederaan, dimamah usia, masihkah kita mengharapkan suatu keajaiban? Kesabaran dalam debaran, kita masih mampu menerima hakikat, biar apa pun keputusannya, terimalah dengan semangat kesukanan jua.

Juara & Kuasa Badminton 


Ferarri. BLG 1 (Badminton Lagenda Gold?)

Sebagai peminat utama sukan badminton, aku amat mengharapkan kemajuan dunia masa kini terus mengiringi kegemilangan kita. Bukan hanya pemain sahaja yang menjadi elit dan ego dengan sekelumit pencapaiannya. Para pemain mampu hidup mewah dengan ganjaran kejuaraan yang mampu digondolnya. Kenyataan sebenar, negara ketandusan untuk melahirkan juara dan menguasai arena badminton.

Kalau aku ingin bercakap laa kan, memang di benarkan untuk bercakap. Aku ingin berkata ; 

“Seorang Datuk Sidek, mampu melahirkan 5 jagoan badminton bertaraf dunia. Misbun, Razib, Jailani, Rashid dan Rahman bin Datuk Haji Sidek. Maaf, kalau ada anak lain yang tidak dikenali, apa pun aku menyanjung keluarga tuan. Cuma, aku terkilan amat sangat laa kan, mengapa 5 Jaguh pemenang Pingat Perak, Pingat Gangsa Olimpik, Juara Piala Thomas gagal untuk melahirkan 25 jagoan badminton?” 

Malaysia adalah kuasa badminton dunia. Indonesia mampu menguasai kejuaraan berprestij. China terlalu unggul dalam melahirkan juara pelapis, juara baru dan bagaikan tunas yang tidak berhenti untuk menakluki dunia badminton. 

Sebenarnya, ketiadaan Malaysia dan Indonesia di pentas akhir Piala Thomas, bagaikan kejohanan tanpa bintang. Sebab itulah Li Yongbo, boring, bila Lin Dan terseliuh, dikenakan tindakan. Tidak pula kepada Chong Wei dan pemain wanita Indonesia yang menarik diri kerana terpelicuk agaknya. Walau pun berjaya menjuarai buat kali ke lima berturut turut, China tetap tidak puas kerana Chong Wei gagal untuk di tundukkan secara permainan. 

Tanpa barisan pemain remaja yang mantap dan menyengat, apa lagi sandaran untuk kebanggaan dunia badminton?  


 
Mengapa 5 orang Juara Dunia ini tidak di pecahkan ke seluruh Malaysia, utara, selatan, timur barat dan center? Mengetuai atau membina tapaknya sendiri. Dengan di bantu pasukan negri tertentu yang berminat, tajaan dan penubuhan syarikat. Mungkin ternak ayam sendiri buat ‘bulu tangkis’ kot! 

Sebagai rakyat biasa yang tentunya hanya peminat sukan badminton, tentunya aku merasa seronok melihat, pada hari ini adalah jagoan yang dilahirkan oleh mereka pula menguasai arena badminton negara dan dunia. Namun apa yang aku tahu, sehingga kini masalah peribadi dan krisis dalaman bertambah parah. Walau pun semua sudah bertukar dan silih berganti, masalahnya tetap sama, lagu lama juga. 

Kita hanya mampu melihat, menyokong dan menulis apa yang tersurat. Mungkinkah kita juga hanya berhak untuk menumpang kegembiraan yang telah dirancangkan? Mereka yang menentukan menang kalah negara di persada antarabangsa, tentunya ada agenda tersendiri. Kita tetap sebagai penyokong, penonton dan peminat sahaja.  

Hidup Sukan untuk Negara!