Dunia Basikal Tua
BADMINTON DAN BASIKAL TUA
Dulu, Kini dan Selama
lamanya
Nostalgia
Kecanggihan Berterusan
Merentasi Sempadan
Usia
Masa
KLIK |
BADMINTON PROFESNAL
Skill, kemahiran pemain badminton kita antara
paling ‘class’ di dunia. Pemain kita bertaraf dunia. Kemudahan asas boleh
mengasuh pemain berbakat untuk melahirkan jagoan dunia. Apa sahaja berkaitan
sukan badminton, Malaysia disegani, digeruni kerana sentiasa di ranking paling
atas. Kita tidak ketandusan pemain tetapi kita sering kali ketandusan,
kegersangan jagoan untuk menakluki kejuaraan.
Negara di ranking terunggul, seringkali gagal
mempertahankan kejuaraan. Begitulah nasib pasukan hebat di dunia ini. Brazil
adalah negara elit juara bolasepak dunia. Para pemainnya berada dalam kelasnya
yang tersendiri. Namun seringkali kali kecundang. Kehebatan pemain badminton
perseorangan di ranking No.1 dunia tanpa pelapis yang hebat tidak mampu
dinobatkan sebagai Juara Piala Thomas atau Pingat Emas juara berpasukan.
Pingat emas olimpik London 2012 menjadi
matlamat unggul Negara Malaysia. Acara badminton menjadi keutamaan dan paling
berprestasi tinggi. Namun, aku mengharapkan acara basikal boleh mencipta
keajaiban. Waaa, syiok laa, teringat masa aku kecil dulu berbasikal keliling
kampung terutamanya masa raya ‘baraan’ laa. Masa tu juara sukan lumba basikal,
pemenang pingat emas Sukan Asia Tahun 1970 Allahyarham Daud Ibrahim pun berasal
dari Batu Pahat. Aku selalu tengok M Kumaresan berbasikal sendirian
mengelilingi daerah Batu Pahat. Lalu depan rumah aku, aku ingatkan siapa dia
ni. Orang terkenal, oleh kerana aku tak kenal, ‘no signal’. Apa pun aku pernah
juga ngoberol dengan M Kumaresan semasa perkahwinan abangnya dengan awek melayu
dan abang Kuma ni memeluk Ugama Islam.
BASIKAL TUA
Itu kisah global. Ini kisah gombal gembel
pulak. Masa tu aku darjah 5. Zaman tu Peperiksaan Penilaian lagi untuk pelajar
darjah 5, bukan UPSR darjah 6 sekarang. Waa, aku di kira top 5. Kira pelajar
yang terbilang laa. Jadi, aku dibelikan basikal sendiri. Second hand pulak tu.
Kalau tak silap mata aku laa kan, harganya RM 5 jer. Basikal pompuan. Yang basikal lelaki ada palang bukan batang
tau. Mula mula belajar, senang guna basikal ‘lanang’ ni. Sengkang namanya. Dah
pandai sedikit mengimbangkan, duduk laa atas palang tu, belum boleh duduk atas
tempat duduk. Itu pun kaki masih di atas pedal kayuh separuh jer. Asal boleh
jalan, sudah laa.
Tahun 1970, Allahyarham Daud Ibrahim sudah
menggondol Pingat Emas Sukan Asia. Aku baru darjah 5. Tengah kemaruk dengan
basikal buruk! Orang dah bercerita pasal emas, ke bulan macam Amtrong Tahun
1969. Motorsikal tu golongan kaya. Paling tidak cikgu cikgi. Bila mengajar di
kampung, musim hujan, jalan lecak berlumpur, kena naik motor. Jangan motor, basikal pun bila dah masuk
selut, kena tanah merah baru tampal untuk jalan, huwaaa, nangis weeii sepanjang
jalan. Bukan apa, penat buang tanah yang melekat kat rem menyumbat kat sepit
udang. Baju nak pergi sekolah jadi kotor, basah berpeluh, memang dasar
kampungan. Punya terer merer masa tu, lebih sayangkan kasut dari kaki. Sebab,
kaki boleh pinjam ‘kaki ayam’. Itulah fatwa pujangga yang sudah di bakul
sampahkan. Kalau kasut kotor, nanti bilik darjah jadi kandang kambing. Habis
cikgu mengembek sepanjang hari persekolahan.
Kasut masuk dalam beg plastik. Beg sekolah
ikat dengan tali getah yang di buat dari getah tiub basikal. Kalau tiub bocor
atau meletup kerana tayar sudah haus/botak, jangan buang, belah buat tali
pengikat serba guna. Tiub zaman dulu ni, getahnya bagus, boleh meregang dan
kuat mengikat barang. Macam tayar beca Ali Baba bujang lapuk yang meletup tu.
Tiub sekarang, harga ojol jer yang melambung. Getah bila di buat tayar, tiub
ke, kurang mantul/melambung. Cepat putus bila ditarik kuat sedikit. Sesuai
untuk membakar kebun yang tanam semula.
Orang zaman dulu yang dah bersekolah, tak
kisah soal kasut. Setakat kaki ayam, dia orang tu boleh redah semak belukar,
hinggakan lalang muda tajam pun boleh dipijak begitu sahaja. Untuk ketenteraman
awam di sekolah, kami anak kampungan tak sanggup terganggu dengan masalah kuno
begitu. Biar kaki aku babak belur memijak duri sembilu di tepi jalan, yang
penting, kasut aku tak basah, selesa dipakai dan nanti tak bacin laa. Malu woo
dengan awek cun, anak dara sunti teman sekelas.
Oleh kerana peredaran masa tidak boleh
berhenti, basikal buruk pun kian tua, usang dan bobrok. Basikal ni ada sayap
tapi tak boleh terbang. Cuma untuk menahan air hujan dari terus terbang
mengotorkan baju. Kalau juara menggondol pingat emas, aku ada basikal ‘gondol’
tau. Bukan Gondola Nite Club, macam kat Wisma Century Taman Abad, Johor Bahru.
Masa remaja aku merantau ke Singa pork, tapi aku duduk menyewa di JB. Kawan aku
band boy, jadi ‘residen artis’ kat gondola tu. Nak tau, siapa dia? A. Ali
gitarist kumpulan Kembara. Tapi, aku kawan dan duduk serumah dengan drummer dan
basist kumpulan itu laa kan. A. Ali ni macam suka suka jer join dia orang. Tak
glem kot. Masa tu, A. Ali ni, orang Stulang Laut, Kampung Pak Wali, tempat
abang aku duduk. Kawasan setinggan beb.
A.Ali ni memang hebat. Pernah join Sweet
Charity. Bila keluar sahaja album Kembara ‘Hati Emas’ wow, meletup letup macam tayar basikal tua aku
laa kan. Kehebatan A.Ali dengan Gitar Utamanya, S.Sahlan dengan suara emasnya
dan teraju utamanya M.Nasir yang tak berapa suka dengan irama dangdut. Masa tuu
laa kan. Ntah sekarang ni? Apa yang aku tahu, nama sebenar A.Ali ni, kurang glem. Ala, dah lupa pulak
nama sebenor dia. Bila S. Sahlan bersuara lantang gemersik, ntah apa lagi
terasa kecil hati monopoli M. Nasir, lalu keluar laa dia dari kembara. Selepas
album kedua ‘Perjuangan’, S.Sahlan buat album sendiri.
Sebagai pemain gitar terbaik dalam zamannya.
Setaraf Ritchie Blackmore Deep Purple, bila berpecah lahir laa pulak Rainbow.
Begitulah A.Ali, yang dikatakan lebih mirip dangdut iramanya, biarpun rocker
yang dah terlewat di zaman kemuncak rock kapak, akhirnya melahirkan ‘Pelangi’
bersama John Goh. Rock pun, tapi iramanya tetap kemelayuan noooo! Waaa, lepas
tu, tree laa kan! Tree? Pokok? Laa, habis laa kalau pokoknya ditebang? Ini
sebahagian kisah aku waktu muda zaman rock kapak. Sekarang dia orang semua dah
mula beralih arah join politik laa pulak. Aku pun aktif jugak dalam politik ni.
Sila KLIK
Itu cerita gondola nite club. Ini cerita
gondol, basikal aku yang gondol atau togel. Bukan kaki sondol tau. Macam gambar
di atas, itu dah di kira advance. Cuma, tentang togel, tanpa sayap, carier,
brek, mirip laa basikal tua aku. Handle aku masih standard. Sebab belum ada
orang buang stering kereta. Macam kawan tu, dia pasang stering kereta kat
basikal dia. Tapi, seksa laa kan, berat.
Basikal gondol = tanpa brek angin, brek
tangan, takde brek! Takde sayap untuk terbang. Bukan sayap, abu sayap. Basikal
zaman tu, penting semua keadaan. Bila hari hujan kalau takde sayap, habis
basah, air berpusing ikut tayar depan belakang. Takde peti untuk melindungi
rantai dari cepat karat lalu mudah putus. Tak pun, nanti orang curi buat ngukur
kebun. Zaman tu, ukuran ikut batu, rantai,
ela, kaki dsb. Aku tak kisah pun, kalau 1 rantai = 66 kaki. Yang aku terbayang,
bila di sebut 1 rantai = panjang rantai basikal tu laa kan. Kalau orang tanya,
berapa rantai dari rumah engkau ke sini? Selamba jer aku jawab, 1 rantai.
Lepas ini, kita akan terus mengembara,
bergelandangan, berpetualangan dan apa sahaja dalam keamanan, keharmonian untuk
sebuah kehidupan yang sempurna. Buat semua pemilik blog basikal, maka dengan
ini aku minta izin untuk link dalam blog ini. Kalau ada yang marah, tak puas
hati ke, sila belasah aku dalam komen. Kalau suka, naik basikal tepok tangan!
Tang ni, yang aku masuk parit bila kawan terlanggar belakang semasa aksi lagak
ngeri lepas tangan. Masa tu baru darjah 6 Tahun 1971. Berita terkini, basikal
tua menjelajah Malaysia 2500 km KLIK
Haa, macam ni laa basikal tu. Basikal pompuan.
Bila adik aku, pompuan laa kan, dah boleh bawa sendiri. Baru laa aku dapat
basikal jantan. Sebiji macam di atas tu. Advance rupanya. Bukan advance sahaja tapi
memang fesyen sepanjang zaman. Zaman dulu, pasal aku anak orang miskin, adik
beradik ramai, tak mampu pasang asesories. Kini, basikal seperti tu rupanya di
gunakan oleh jagoan dunia. Bezanya, teknologi, bahan yang di gunakan, ketahanan
dan yang penting ‘branded’ bukan lefthanded, ewah, bukan second hand.
Nak buat cerita lawak laa kan. Basikal gondol
aku tu, tak boleh bawak laju laju. Takde brek. Brek original. Pakai kaki tapi
mesti berkasut, tempel kat tayar belakang, seeeeeeet! Lama lama tapak kasut aku
macam longkang, cepat pecah, berlubang, berangin weeii. Tapi tapak kasut dulu,
getahnya bagus woo. Loceng pun takde. Pun original jugak. Bunyi macam lembu,
sensitif tau. ‘Hoi, nak mampus ke?’ haa, ni original, sampai sekarang evergreen
dan untuk selama lamanya sampai jadi kenyataan!
Takde lampu. Bapak aku pasang lampu jugak,
tapi pelita pakai minyak tanah. Cucuk kat tempat lampu tu jugak, siap tempah
tuu. Mancis atau gesek, bapa ku smoker jugak, bukan smoke on the water macam
aku kena tipu dengan kawan aku tu. Menoning aku sehari, lalok, nasib baik tidor
dan sampai pagi. Bila sampai surau, lebih kurang 1 batu jer jauhnya, agaknya
sepuluh kali kut dia pasang balik pelitanya. Kelajuannya, jalan kaki langkah
panjang, berlari anak ke, gerenti sampai dulu. Lampu basikal pakai delmo, kata
orang kampung aku. Delmo tu berpusing ikut tayar, terang macam letrik jugak.
Memang letrik pun. Sekarang di panggil jana kuasa. Sape yang reti tolong
ceritakan. Maaf laa, aku belum berkesempatan untuk melayari semua blog basikal.
Apa pun, terima kasih kepada blog NBT (Nostalgia Basikal Tua) yang baru jumpa
bila tanya google.
Tayar pun botak! Tu yang laju semacam. Apa
pun, sehingga kini dan bermula kembali, selain warga vietnam, myamar, bangla
dan warga malaysia juga bakal berbasikal kembali. Nak kata minyak dah di sedut
habis, tak tau laa kan. Namun, yang pasti, bila berbasikal, tak kena saman, tak
bayar tol, takde cukai jalan, free parking, minyak semakin mahal kut!
Mungkinkah insurans kenderaan makin mahal? Kemalangan sukar dielakkan? Kerejaan
akan buat alternatif untuk penunggang basikal dengan laluannya sendiri.
Perjalanan jauh, Highway Star, opocot! Highway
PLUS, jalan jalan utama hanyalah untuk
penghubungan kenderaan empat roda.
Keutamaan buat penunggang basikal, untuk
senaman, walaupun menonggeng bila nak memecut, itu bukan lgbt (lenggang goyang
bontot tonggeng) atau protes perbandaran yang kotor. Bukan protes bersih. Jadi,
kalau nak kutuk tunjuk ponggong secara berhemah, sopan dan susila, kita
tonggang basikal depan orang yang kita benci. Orang tak kisah, kita pun tak
susah, orang tak belasah.
Apa pun, seandainya pasukan Lumba Basikal
Kebangsaan mampu mencipta keajaiban, kejutan dalam Olimpik London 2012 dengan
menggondol Pingat Emas Pertama negara, pastinya basikal akan menjadi pujaan
untuk selama selamanya. Maka meriah laa Malaysia dengan sistem berbasikal.
Negara maju, tapi guna basikal. Jadi, BN tak payah sibuk sibuk nak control
harga siap subsidi, untuk menurunkan harga petrol. PR kalau kekal membangkang
pun tak payah risau, sebab minyak akan turun harga.
Memang
sudah popular pun.
Negara
akan menjadi pusat rekreasi. Kita boleh ubah demi kesejahteraan rakyat. Jalan
jalan tertentu akan di tutup pada waktu siang dan berjadual. Semuanya agar
pengguna berbasikal dapat berkayuh dengan aman.
Yang penting, pembaziran,
pemborosan dapat dikurangkan. Tak tau pulak sape yang untung?
BADMINTON
Sukan yang aku minati. Paling mudah nak buat
gelanggang. Tak payah bersimen pun boleh. Kat sekolah, gelanggang badminton pun
ada. Itu laa sebabnya, jagoan kita tu hanya bertaraf kampung jer. Sekarang,
kita sudah jauh ke depan, mengepalai pertandingan. Bukan menguasai lalu
menjuarai pertandingan.
Kalau betul apa yang diperkatakan simamat ni
tentang badminton kita, memang memualkan laa. Rupa rupanya, sabotaj ni, memang
tidak mengenal hukum. Jatuh bangun itu adalah lumrah dalam kehidupan. Motif
sebenar menjadi misteri.
Siapa pun yang mewakili negara dalam sukan,
semangat kesukanan merentasi masa, adat dan usia. Matlamat untuk memenangi
Pingat Emas pertama Sukan Olimpik mesti direalisasikan. Lagu Negaraku mesti
berkumandang di arena sukan antarabangsa.
Dalam Meniti Usia Senja
Semuanya bagaikan baru bermula
Sumber Ilham Ku
SALAM PERKENALAN
SALAM KEMAAFAN SEBAGAI MANUSIA YANG TIDAK SUNYI DARI KESILAPAN
INSAN DENGAN SEGALA KELEMAHAN
No comments:
Post a Comment