JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, January 14, 2012

Dunia Olimpik - Kemuncak Sukan Dunia

PINGAT EMAS 2012



Badminton dan ‘Menaruh Harapan’ rakyat Malaysia kepada Datuk Lee Chong Wei.

Permainan dalam kejohanan siri badminton super kian mendebarkan. Kemenangan dalam pertandingan pembukaan bagi kalendar 2012 Terbuka Korea dengan mengalahkan musuh tradisinya Lin Dan.  Terbuka Malaysia pula memperlihatkan Lin Dan di’undur’kan lebih awal. 

Kemuncak segala super siri ini tentulah Sukan Olimpik London 2012. Muncul sebagai juara sekali gus dikalungkan Pingat Mas Olimpik 2012 acara Badminton, diiringi Lagu Negaraku. Itulah sejarah yang perlu dilakarkan. Direalisasikan. 

Tidak bermakna, hambar, sebagai Pemain No.1 Dunia, menjuarai kejohanan berprestij tetapi gagal dikalungkan Pingat Emas Olimpik. Macam Indonesia, walaupun menjadi juara keseluruhan Sukan Sea, tetapi gagal dalam acara bolasepak, terasa hampa dan kecewanya. Tetapi jangan lupa plak, Taufik Hidayat adalah Juara Olimpik, pemenang Pingat Emas Olimpik 2004 acara Perseorangan Badminton.

Kehebatan Datuk Nicol Ann David diharapkan sebagai dividen untuk Pingat Emas ke dua negara. Mungkin juga tidak keterlaluan jika Malaysia bakal mampu meraih dari acara lain juga seperti Lumba Basikal dan semuanya itu sebagai bonus mungkin untuk Pingat Emas ketiga, keempat dan kelima. Waa! Hebat bukan!?

Sebenarnya, tidak kira siapa, asalkan ahli sukan Malaysia mampu memenangi acara yang di pertandingkan dan seterusnya mengibarkan jalur gemilang di iringi Lagu Negaraku di pentas Olimpik, kini terbukti sudah Malaysia adalah jaguh sukan dunia. 

Sampai bila? 

2012 berakhir satu penantian?

Saikologi Permainan

Kehebatan kuasa badminton Negara China, amat sukar untuk ditandingi apatah lagi untuk diramalkan.
Kegagalan Lin Dan untuk beraksi dalam perlawanan akhir Super siri Terbuka Malaysia ada rahsia disebaliknya. Dengan penyertaan secara maksimum pemain China dalam sukan olimpik nanti, bakal mendominasikan penguasaan China dalam acara badminton. 

Lin Dan, Chen Loong dan Chen Jin pemain perseorangan badminton dunia akan memastikan Pingat Emas tetap milik negara mereka. Siapa juara yang di nobatkan, tidak perlu didebatkan. Itulah kehebatan dan semangat kenegaraan mereka. Mereka membayangi Lee Chong Wei dan sewaktu dengannya ingin terus mengecewakan untuk menjadi lagenda badminton. 

Malaysia boleh? Sehingga kini pemain perseorangan kedua negara masih dicari cari. Bila kita ada seorang juara, maka juara itulah sahaja yang akan ditatang sepenuhnya. Selagi juara ini masih mampu ‘jumping smash’ selagi itulah pemain baru terpaksa pulak ‘jampi menyampah’ lantaran gagal mengisi juara yang di kosongkan.

Di mana ‘class’ kita? 

Seketika kita di kejutkan, bila jaguh dan pemain No.1 dunia kita gagal lalu diketepikan oleh pemain muda China Chen Loong. Permainan naik turun Lin Dan masih mampu menggegarkan dan menguasai kejohanan elit, tetapi China terus melahirkan pemain terbaik dunia. 

Jika di bandingkan penduduknya, sememangnya China terlalu jauh ke depan. Bakal menjadi negara kuasa ekonomi dunia. Mungkinkah kita hanya setakat ini sahaja? Setelah menjadi negara kuasa dunia badminton suatu ketika dahulu, ternyata kini kita menjadi pasukan elit yang tidak bergigi. 

Piala Thomas kian jauh pula meninggalkan. Hanya ada satu pemain terbaik dunia, lalu ke mana pula empat lagi perlawanan yang perlu di harungi?

Misbun mampu mencernakan dunia badminton?

Kepakaran dan  bakat semula jadi Misbun kini di tagih. Ternyata Chong Wei mengakui keunggulan Datuk Misbun. Tetapi kemana pula menghilangnya jagoan ala mohican ini? 

Saya amat menyanjung kegigihan Datuk Misbun. Walau pun beliau gagal menjuarai kejohanan berprestij yang sewaktu dengannya, tetapi permainannya adalah menunjukkan jatidiri sebenar anak Malaysia. Bukan hanya kerana beliau adalah anak Melayu Malaysia.

Razif – Jailani pasangan beregu yang digeruni suatu masa seangkatan dengannya. Keluarga Datuk Sidek, siapa yang tidak mengenalinya? 

Sehingga kini anak Malaysia masih kempunan untuk dikalungkan Pingat Emas Olimpik. 

Mungkin kita tidak akan faham dengan badminton. Hanya mereka yang berkecimpung dan berkemahiran dalam bidang nya mampu untuk menjawabnya. 

Jatuh bangun, maju mundurnya hanya mereka yang tahu. Dengan mengekalkan jawatan yang disandang Datuk James Selvaraj, seolah olahnya permainan ini tetap satu permainan dan hanya permainan.

Berjaya atau gagal memenangi Pingat Emas Olimpik London 2012, kita akan melalui masa yang panjang untuk bangkit semula menjadi kuasa badminton dunia. 

Silih berganti pemain muncul tetapi gagal untuk meraih kemuncak Juara berprestij lalu menjadi lagenda dunia.
Mungkinkah harapan tinggal harapan? 

Kejayaan ke dua dalam Terbuka Malaysia, walau pun semasa penulisan ini, perlawanan akhir belum berakhir, namun prestasi Chong Wei di tahap kemuncaknya. Inilah yang bakal menjadi pengukur Olimpik London. Apa yang boleh di perkatakan, tunggu dan lihat. 

Permainan pemain no.1 dunia ini memang membanggakan.



No comments:

Post a Comment