JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, May 26, 2012

Dunia Mata Wang


Mata Wang  & Silap Mata


Wang tetap segala galanya.....

Duit, duit... di mana kau duit!


Matawang dunia

Dunia hari ini bertuhankan ringgit, dollar...
Manusia diperhambakan nafsu serakah.
Setiap masa, setiap saat, semuanya duit.
Kematian pun memerlukan duit..... 

Tenang atau Senang
Kesenangan belum tentu menjamin ketenangan
Insan sering memburu kesenangan
Insan sering lupa..... 

Hidup ini tidak pernah tenang,
Yang di kejar kemenangan,
Yang di kendong tinggal kenangan.....
Yang di kejar bintang di langit,
Yang di kendong biawak hidup!



Apa?
Hutang ku berbukit!
Dulu, kini dan selama lamanya,
Hutang negara, hutang rakyat, warga tersepit.

Hutang bagaikan kemestian dalam kelangsungan hidup

Sipemberi hutang berterusan mempermudahkan pinjaman. Namun bagi sipenghutang pula, keadaan dan perniagaan sering kali menjerat menggagalkan keuntungan. Bagaikan di jampi, mentera, mandrem dan kalau boleh declare tak mampu bayar. Kalau ada cagaran boleh di rampas. Kalau takde gadaian, nyawa, keluarga dan apa sahaja bakal menjadi pertaruhan. Mungkinkah ini silap mata memandang? Ya, mata hanya memandang, siapa pula yang membuat keputusan? Akal, ilmu pengetahuan, perasaan, nafsu atau apa sahaja yang mampu menguasai anda.

Tidak mengira, siapa yang memberi pinjam, meminjam dengan sesiapa pun. Kalau pinjam dengan bank, nama disenarai hitam. Semua kemudahan disekat. Melebihi had akan di bangkrapkan terus. Pinjam taikloong, sampai mati dikerjakan. Keluarga pun jadi pertaruhan. Pinjam TEKUN, pemberi pinjaman berlesen anak milik kerajaan umno, lagi dahsyat. Passport antarabangsa dirampas, bantuan persekolahan anak disekat. Nama blacklist. Bankrupsi?

Nasihat ikhlas buat pembaca budiman,
kembalilah ke pangkal jalan,
Bukan kemiskinan matlamat kehidupan,
Bukan kekayaan memayungi perjalanan.

Kehidupan ini berlandaskan keImanan,
Kita mencari keredhaan di bumi Allah,
Saling tolong menolong dan nasihat menasihati,
Senang susah kita layari bersama sama.....