JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Wednesday, June 29, 2011

Dunia Nafsu Manusia


RANTAI KEHIDUPAN
Dunia Nafsu Berantai

Dunia kian ganas, dahsyat, sadis dan kian panas menuju menjadi lahar membakar.
Bukan sahaja surat berantai, apa sahaja kini berantai rantai membantai dan membadai kehidupan normal.

RANTAIAN MAKANAN

Sajian pemakanan umat manusia sahaja, berantai rantai nilai kalori lemak dan kolestrolnya. ‘Cost to cost’ tau, bukan ‘buffet’ bukan ‘nasi ambeng’ jelasnya, lepas makan ikan bakar cicah sambal limau, makan daging panggang macam satay ke, bbq ke, lepas tu bebola sotong goreng, datang lagi ayam goreng macam kfc, baru nasi putih atau paprik makan dengan sup tomyam dan yang terakhir cuci lah mulut tu! Amacam, rantaian makanan yang penuh kolestrol berkalori banyaknya tanpa ‘control’. Aku tulis ni, sebenarnya bedal jer, sebagaimana aku bedal semua makanan yang dihidangkan silih berganti ikut menu, ikut kos perbelanjaan dan ikut suka hati! Negara aman damai, ramai rakyatnya mati kerana kekenyangan terlebih ‘die’betes. 

Ilustrasi dari Google

Keenakan makanan bagaikan tanpa perhentian. Kalau hujan, sudah pun berhenti. Selera makan sukar dikawal. Jumpa kawan lama, makan kat ‘rest house’. Rumah jer rehat, makan tak rehat lagi. Kenal kawan baru, makan lagi kat Kampung Baru. Runding nak jual minyak urat, urut urat laa... makan lagi kat kedai mamak Lorong Haji Taib. Kawan telefon, dia tunggu kat Plaza Bukit Bintang, Medan Selera. Makan lagi. Amacam! Hujan dah berhenti beb! Itu belum, Naib Ketua Bahagian buat jamuan di Restoren Nelayan. TPM. PM punya jamuan? 

Semua makanan jenis goreng. Pisang goreng, tempe goreng, cempedak goreng dan semuanya yang di goreng garing. Tapi tetap berminyak. Cicah sambal kicap bergula. Minum teh tarik. Bila makan malam pula, telor dadar, tomyam, ayam goreng dan nasi paprik. Dalam sehari sahaja, kita telah menelan, melahap macam ular sawa menghadam seekor ‘pandi kutti’. Lepas tu boleh ‘ngorok’ bukan jadi ular orok orok! Makan sepinggan bro! Kita boleh tidor dan ngorok sebantal tetapi mimpi tetap asing asing kan! 

Pandai makan pandai simpan lah kan! Tapi sudah nasibnya, bila kenyang terpaksa menunjuk. Celaka punya jantan! Jadi, kalau berlaku kes ‘buang bayi’ salah siapa? Bayi yang ingin mengecapi kesenangan dunia terpaksa menanggung bala. 

Di sini ada manusia yang mewah hingga makanan berkawah kawah penuh kuah.....
Di sana ada insan gelandangan yang merintih tanpa pitih hingga matanya putih,
Di situ ada umat yang beringat, berkeringat menanti hingga kiamat.....
Di si’nun’ jauh saujana mata memandang menginsafi kebesaran Mu Yang Maha Kuasa


RANTAIAN UBAT UBATAN

Perubatan untuk umat manusia juga berantai rantai panjangnya! Lepas ubat kencing manis, ubat darah tinggi, lepas tu ubat sakit jantung pulak, lepas three sakit pinggang, lepas four sakit ‘masuk kubor’ la terus. 

Yang takde penyakit, saje cari penyakit. Laaaa, ubat tahan lama pun di ‘order’. Amenda la punya manusia. Iklan ubat tersusun dalam laman blog. Keburukkan dan gejala ‘site effect’ bakal mengundang ‘down sindrom’ sebelum waktunya. eks, kalau tua sebelum waktunya?  

Sampai ubat awet muda pun ada? Mungkin macam MJ, nampak muda, umur pun baru 50 tahun jer. Tau, tau dah meninggal ‘overdoss’. Yang salah, dokter. (Badok banter – makan membujur lalu, berak laju. Bedal apa saje. Mat pit yang main cocok kat lengan pun ‘glem’ dan dipanggil ‘dokter’ gitu!). Rantai dadah yang bertali arus dan terus menerus menerobos sehingga manusia overdos. Tapi yang peliknya susah pulak nak pupus!


RANTAIAN PINJAMAN KEWANGAN

Terkini, hutang @ pinjaman ahloong rupa rupanya ‘berantai’ juga. Terkejut ‘berooook’ oi, sampai terpaksa ‘kenduri tahlil’ untuk orang yang belum mati. Tapi dah mati akalnya. Wow! Penangan hutang zaman internet. 


Kalau aku pun, mati akal dibuatnya. Namun mendekatkan diri ke hadrat Yang Maha Esa, adalah jalan yang sebaik baiknya. Biarkanlah dunia dengan perundangan dunia jua yang mengadilinya. Kita sebagai umat ‘M’ tentunya perundangan syarak lebih bermakna. Ingat sebelum kena, kalau dah terkena, hidup pun merana, cerita pun dah tak guna, tembak pun tak kena. Sudah selesai jer, bayar ansuran yang mencanak, senak macam nak beranak dibuatnya. Awas! Begitulah penangan bahasa yang lunak. Sewaktu hendak meminjam, semuanya memang lunak enak. Bila kita berjaya melunaskannya, hai... pandai pandai pulak ‘lahabau ahloong’ ‘bank in’ sekali lagi. Bila nak habis beban al-bebal ni? Biawak idup! 

Semua institusi kewangan sama jer. Siap boleh ‘overlap’ lagi! Aku ingat ‘fullback’ jer boleh ‘overlapping’ lalu ‘score goal’. hai, dalam pinjaman pun ada ‘overlap’? Bila nak habis bayar hutang? Tepok dada tanya ‘pocket’! Pokaiii, bro! 

Keadaan cuaca tidak menentu. Ada kalanya meteorlogy pun tertidorlogy. Ingatkan banyak ikan  kat kawasan pantai, satu rezeki anugerah tuhan macam dsai, laaaaa.. rupa rupanya belerang jadi memerang. Ketakutan ikan hidupan lautan, nak lari ke daratan? Habis sudah satu episod bila tsunami menenggelami daratan... Satu ujian? Satu peringatan? Sendiri mau ingat.....

RANTAIAN NAFSU SEX 

Untuk menyambung zuriat atau baka sebelum kita menetap di alam Baka’ (Alam Baqa) dan sementara kita masih di alam fana cinta ini, insan mestilah ‘berkahwin’. You know ‘kahwin’? I know, tak payah cakap, tak payah belajar, tak payah nikah, hoi! pun boleh kahwin. Dahsyat! Asalkan ada nafsu syahwat, tak payah pakai cawat, boleh ‘bubuh dakwat’ asalkan jangan ’liwat’. orait? set! kita boleh kahwin! 

Kalau nak cerita pasal nafsu syahwat makhluk di muka bumi ini, tak cukup muka surat beb! Belum lagi yang bermuka muka. Lain di mulut lain di dalam seluarnya. Jangan bagi muka, nanti teruk dia ‘makan tuan’ atau pun ‘lawan tokeh’ kan! Pasal sex, manusia boleh jadi ‘maniac’. Tak pun, jadi ‘perogol bersiri’. Bukan drama tv jer bersiri, demo pun bersiri. Apatah lagi sex beb, dia punya siri ada sirip. Pasal berenang di daratan, kelemasan bersama, tapi yang menanggung sakit dia orang perempuan ‘seorang’! Itulah sebabnya, lelaki dibenarkan kahwin empat atau pun berpoligami. Tapi jangan ‘tiru macam saya’ SY la tu. o.k. la tu. 

Kalau ada kemampuan, boleh menanggung ramai perempuan, tentunya di dunia ini tidak timbul soal kempunan. Hidup tidak keruan. Susah senang kita bersama sama. Bila senang, ramai kawan taulan mendampingi. Bila susah, semua kawan cabut lari. Bersatu teguh, bercerai? ewah, kawin lagi..... 

Belum kahwin, tak kahwin pun, hutang keliling pinggang. Bukan sakit pinggang lagi tu, memang hidup pun di atas panggang. Tersilap langkah tunggang langgang. Saper nak tanggung?

MALAYSIA SEMALAM

RANTAI. Ukuran untuk mengukur jarak. 66 kaki sama dengan 1 rantai. 

Pada zaman basikal, ianya di kayuh dan berantai. Berbasikal mengenali sanak dan saudara. Persaudaraan dan kemasyarakatan seiringan tuntutan Iman. Walaupun lambat perjalanan, tiada pencemaran malahan mesra alam, mesra pergaulan yang pasti asalkan selamat. 

Basikal kayuh di zaman moden, rileks.
Senang, senang, tapi terlambat, rileks.

MALAYSIA HARI INI 

Rantai, surat berantai, sms berantai dan kini hutang pun berantai..... 

Dunia hari ini hanya penuh dengan tipu daya. Manusia bertelunjukkan iblis menggunakan setiap peluang yang mendatang. Kealpaan anak cucu Adam yang kehilangan petunjuk Yang Maha Kuasa menjadi tunggangan, santapan dan bakal mengisi neraka jahanam. 

Semuanya terlalu pantas berlalu, berbagai bagai jalan pintas dan memerlukan penyelesaian hingga tuntas. Cantas mencantas adat berpolitik untuk merentas kekuasaan. Manusia telah kehilangan segala galanya. Hanya insan jauhari yang mengenal maknikam.

MALAYSIA ESOK 

Manusia yang engkar leka akan mendapat balasannya. Buat mereka yang gilakan rantaian kemewahan, rantaian keenakkan makanan dan rantai emas yang meliliti leher akan pasti dengan balasannya. 

Kita hanya mampu merancang sebaik mungkin!

Sunday, June 12, 2011

Dunia Wang - Hutang


Dunia Hutang

   HUTANG, HUTANG DAN... HUTANGKU BERBUKIT! 

Hutang pada keluarga, hutang pada kawan, hutang pada kerajaan, hutang persekolahan, hutang pada bank, hutang perumahan, hutang kenderaan, hutang perabut, hutang kedai runcit, hutang ‘ah loong’ dan berjuta juta lagi hutang. 

Hutang hendak hidup berbintang bintang. Bukan sekedar, lima bintang, lapan bintang, kalau boleh hidup ini di pagari bintang. Kemewahan hanya seketika, sementara berada di dunia ini. Tamak haloba, nafsu serakah memburu segala ‘cikah’. Hidup bersuami isteri, melampiaskan nafsu tanpa nikah, hidup bermukah dan penuh bergelumang noda berdosa. 

Lantaran berhutang, sanggup jatuh terlentang. Pantang ditentang pasti ‘loktang’! Pemberi hutang al-pemiutang, bagaikan binatang al-lintah darat korporat keparat! Sudah dasarnya umat manusia, pantang di tawarkan. Sememangnya ‘pantang’ jumpa.... Yang penting, ambil dulu, soal hutang, lain cerita, lain kali dan lain lain hal. 

Hilang segala galanya. Hilang wang. Hilang keuntungan. Hilang kawan. Hilang saudara. Hilang ke’malu’an!.... Ayat apa ini? Ayat ayat cinta ke? Ada kemaluan lagi! Hilang maruah. Hilang harga diri. Habislah... Jual longgok pun tak laku. Jangan cerita jual untuk berniaga, bagi percuma pun orang tak hendak, buang bagi kat anjing, anjing pun lari.... ketakutan! ‘tergolek dog’. Siapa? Begitulah manusia bila berhutang, hutang keliling pinggang, tak mampu nak bayar hutang..... jatuh terlentang masuk longkang comberan.

 ihsan google
Rumah ni tak perlu dapur.
Semua Raja Rimba ada.
Harimau lambang duit kita.
Singapooora pura pura, Raja Rimba
DAN BER UANG...
HUTANG RUMAH 


Membicarakan soal ‘hutang rumah’ yang menjadi lagenda. Kalau lagenda yang baik ‘takpe’, ini lagenda turun temurun anak cucu pasal hutang rumah yang tidak selesai. Kononnya bernasib baik kerana ada insurans yang ‘cover’. Bila rumah terbengkalai, terbang kulai ke, amacam? 

Rumah tak dapat, hutang perlu dijelaskan? Insurans dah bayar belum? Duit ‘loyar’ dah settle? Wang pendahuluan dah jelas kerana dah bergolok bergadai. Semuanya sudah jelas biar pun bergolok bergadai. Cuma, yang belum jelas, disiapkan, rumah untuk kediaman yang dijanjikan hingga kita pun tersadai. Yang belum kita lakukan sebagai penghutang, bergolok hingga tenggorok terburai, terbarai. Masih ada Iman. Masih ada undang undang. Sampai bila? Sabar separuh dari Iman, tetapi sewaktu dengannya, kesabaran juga ada batasannya. 

Dari hukum syarak, pandangan Islam dan hukum akal orang orang yang waras tentunya sudah mengerti natijahnya. Ini adalah persoalan untung dalam perniagaan. Bagi pemaju, tamak dan silap perhitungannya adalah amalan biasa. Dasar ‘lintah darat’, selagi ada darah, selagi itulah naluri ‘mentekedarah’ al-drakulanya mempersetankan hak orang lain. Pihak bank, walaupun atas nama Islam, demi keuntungan ‘matlamat menghalalkan cara’ tetap dipraktikan. 

Dua pihak telah ‘terselamat’ dari menanggung kerugian. Kina hanya pihak ketiga iaitu pembeli yang ghairah ingin memiliki rumah. Demi ingin memiliki rumah dan hartanah, pembeli merangkap pengguna merangkak pengundi, sanggup berhutang keliling pinggang. Kesabaran dalam debaran, akhirnya menjadi mangsa manusia tamak haloba. 

Sebenarnya, pembeli sebagai rakyat tidak ada imuniti dan hak asasinya sering tercabul. Inilah kelemahan perundangan ciptaan manusia. Adakah Islam perlu diseret untuk mencari penyelesaiannya? Secara asasnya, dari awal lagi, Islam tidak memainkan peranannya. Siapa pemajunya? Betulkah bank mengamalkan syariat Islam? Apakah pembeli juga mengamalkan Islam sebenarnya? Persoalan Islam tidak perlu dirumitkan dengan hanya berurusan untuk mampu milik rumah. 
Harap maaf, keterlanjuran ini akan terjawab dan terungkai dengan sendirinya dalam artikel lain.


HUTANG KERETA 


Bagi yang kaya raya, kereta mewah sporty bagaikan barangan koleksi. Tidak cukup sepuluh, penuh satu gudang untuk menyimpan semua kenderaan. Mungkin mereka tidak berhutang seperti mana simiskin menandatangani berpuluh terma dan syarat hanya untuk mengguna pinjam sebuah kenderaan bermotor. Sikaya hanya klik dan order, terus mengada ngada! Bermacam macam ada, pun masih mempersenda. 

Buat golongan rakyat yang susah al-miskin tegar, kereta nasional kian antik berusia melewati tiga puluh tahun, menjadi kesinambungan kelangsungan kehidupan. Tidak cukup dengan kemelaratan untuk hidup, dibebani lagi dengan insurans ‘first party’ siap dengan ‘tendang bola’ dan terus di tendang terajang ke onak berduri ‘tanpa harga diri’! Itu belum lagi saman ekor!! Parking yang buat buat terlupa untuk bayar. 

Yang aku pelik, soal bayaran. Sistem membebankan lalu membebalkan peminjam dengan bermacam macam ‘bunga’, sikit kaya bayar, itu pokok boleh terus simpan... Biar pun bayaran sepenuhnya dilunaskan, apakah pihak bank berpuas hati dan memberikan kredit kepada sipenghutang?

HUTANG DALAM HUTANG 

Bila kita berurusan dengan bank, sebagai peminjam, kita hanya diibaratkan sebagai timun sahaja. Kalau ada pun, timun hanya enak dimakan dicicah begitu sahaja. Kalau takde, siapa nak kisah? Bank mempunyai aset ‘berbilion dollar’. Kalau setakat pinjam RM seratus ribu beli MPV, alah... macam timun dah layu jer! Ini, hutang RM sepuluh ribu CGC ‘tolong’, jangan cerita ribak, nak bayar hutang pun terpaksa berbaris panjang. Kereta di luar dah lah kena hujan panas dan kena saman lagi! 

Bagaikan permainan anak anak jer. Saje nak bagi pekerjaan kepada rakyat. Menjana ekonomi negara. Disebaliknya, pinjam RM sepuluh ribu, kita terpaksa membayar faedah dan lain lain ‘overhead’ menjadikannya RM dua puluh ribu. Ada kita nak kisah! Terlambat bayar, ansuran bulanan meningkat, faedah keatas faedah berganda, surat register, belum lagi surat guaman. Semuanya kita kena bayar. Walaupun kita jelaskan sepenuhnya, tepat pada masanya yang dijanjikan, kelewatan dalam sebulan itu, pihak bank pula ‘merompak’ sewenang wenangnya peminjam tanpa belas kasihan. 

Sepatutnya dan berkemungkinan, bila rakyat sebagai pengguna mula bijak berfikir atau pun pihak bank ‘tersepit’ barulah pengguna akan menikmati ‘kebajikan’ yang kerajaan janjikan. Peminjam yang melunaskan hutangnya tepat seperti yang dijanjikan, akan menerima bonus. Setakat ini hanya pihak kewangan sahaja yang terus menerus membelasah dan membalun peminjam tanpa belas dan kasihan. Sebab, duit dia yang kita pinjam. Dia boleh buat apa yang dia suka.

Antara pengalaman yang amat memilukan, kelewatan membayar ansuran bulanan. Masuk bulan ketiga, hutang bulanan meningkat. Peningkatannya akan mendadak, bermacam macam bayaran dikenakan. Kalau sebulan kena bayar RM 300, tiga bulan RM 900 lalu dicampur dengan bunga, buah dan akar tunjang, belum campur batang pokok, hutang kita akan menjadi RM 2000. 

Sekiranya aku gagal membayar semuanya, tindakan mahkamah akan dilaksanakan. Bayangkan hutang RM 2000, aku akan dibangkrap al-muflisin. Kereta dirampas al-sita menunggu lelong. Kebiadapan hitlerian menjadi nadi perbankkan masa kini. Hutang hanya sekecil itu, rakyat miskin tegar, terus dihimpit dan dibebani hutang. Ada dia orang nak kisah? 

Bersusah payah, bergolok bergadai menjelaskan hutang. Penipuan berleluasa. Rakyat juga yang merana menanggung natijahnya. Siapakah sebenarnya ‘dajal jalang’ @ dalang disebalik semuanya ini? Akhirnya aku berjaya menjelaskan hutang sepenuhnya, tepat pada masanya iaitu bulan ke 60. Selesai. Apa yang aku dapat selain dari kereta? Ada pihak bank nak bagi bonus? Haram! Namaku disenarai hitam, dalam sipenghutang yang bermasaalah, adalah. 

Sebaik baiknya, jangan terpedaya dengan omongan kosong dan janji manis pihak bank. Mereka juga sama dengan ‘gores dan menang’, MLM dan apa sahaja bentuk perniagaan untuk mengaut keuntungan. Rakyat merangkap simiskin tegar juga yang mengkayakan mereka semua. Menyumbangkan untuk mangsa bencana alam pun bersikap prejudis, membezakan antara kaya dan miskin, antara kampung dan suka hati dia, kerana duit dia. Tetapi bila hendak mengaut keuntungan, semua dilahap semacam sahaja. 

Terlalu banyak cerita yang tidak baik, memualkan dan yang jelas, banyak pembohongan, penganiayaan sesama insan.

HUTANG PERKHIDMATAN

Aku merasa bosan yang menyedihkan. Syarikat korporat alkeparat, menyediakan perkhidmatan internet, prabayar, jalur lebar dan stesen tv berbayar. Mereka hanya disatu pihak yang mengaut keuntungan. Pengguna sepenuhnya terpaksa membayar menanggung segala kos perbelanjaan dan cukai perkhidmatan. 

Jika kita terlambat bayar bil. Bukan sahaja tunggakkan, kos perkhidmatan pun ditokok tambahkan. Mengarut. Perlukah kita berundur dua tiga langkah ke belakang? Tapi, jangan pandang belakang. Sasau juga dibuatnya. Kenaikkan taarif berlagak arif.

ANGKARA HUTANG 

Bila gagal menjalankan tanggung jawab dan amanah, mula lah mempersalahkan rakyat. Rakyat lagi yang bersalah. Paling mudah, salahkan parti pemerintah. 

Secara asasnya, pengalaman telah mengajar erti berhutang. Jika sifat kesabaran mengatasi segala galanya sebagaimana tuntutan Islam, kejelekan sebegini tidak akan berlaku. Banyak pun kenderaan yang murah dan mampu milik. 

Rentetan dan ringkasan cerita ini. Tak payah berhutang! Jangan cuba cuba dan berjinak jinak dengan berhutang. Dalam Islam sendiri, jelas! Ribak. Pelajari, hayatilah keindahan dan tuntutan Islam yang sebenar benarnya. Elakan dan jauhilah hutang. Hutang boleh menjadikan kekufuran. Tidak perlu ‘matlamat menghalalkan cara’ hanya hendak hidup bersenang lenang. Jika menyalahi hukum syarak, haram dan berdosa, apa lagi, tinggalkan sahajalah. 

Sabar dalam hidup ini bagaikan selendang penampilan diri. Ketrampilan dalam menangani segala cabaran. Berkat kesabaran pasti hidup ini bertambah kesuboran. Sabar jadi subor, gitu. 

Hidup ini tidak pernah kecukupan. Ada sahaja yang kekurangan. Terlalu mengikutkan nafsu. Pantang terlihat, terdengar, terbaca pada bila bila masa dan di mana sahaja, pasti sifat ingin menyamai atau pun untuk melebihi terus membuak buak. Sanggup berhutang hanya ingin melayani nafsu yang beraja di mata.


WANG 

Keluarga bagaikan enggang, adik beradik menjadi renggang, hidup menjadi tunggang langgang. Jangankan kawan menjadi lawan, kerana wang juga adik beradik sanggup berbunuh bunuhan. Wang adalah kekayaan, kekuasaan dan segala galanya di dunia ini. Sekali lagi ya, di dunia... dunia ini, o.k. Dunia. Jangan cerita lain. Wang adalah segala galanya di dunia ini! Itulah Dunia punya cerita.

ISLAM 

ISLAM tidak pernah menyusahkan kita. Kita juga tidak menyusahkan Islam. Islam hadir untuk menyinari kehidupan umat. Hutang boleh dihalalkan dengan bermaksud bukan untuk bermegah megah. Bila berhutang, mungkinkah umur masih ada bila esok menjelma? Perlukah kita memikirkan hari esok yang tidak kunjung tiba? Hutang lebih banyak mendatangkan kekufuran dari keredhaan dan ketenangan. 

Hutang mendekatkan kekufuran, kesabaran membawa kemenangan dan ketenangan..... 

Aku menasihatkan diriku sendiri.....

Segala kebaikkan tuntutan Islam sepanjang zaman.....

Kekufuran bisikkan syetan menyesatkan umat hingga kiamat.

MALAYSIA SEMALAM

Tidak banyak syarikat perniagaan berlandaskan keuntungan. Asal usulnya pun sistem tukar barang. Kehidupan untuk mencari sesuap nasi, kais pagi makan pagi, kais petang, bayar hutang, ops, dulu mana ada hutang! Kais petang elakkan berhutang...

MALAYSIA HARI INI

Fulamak! Mengalahkan cendawan tumbuh musim hujan. Syarikat perniagaan berlumba lumba mengaut keuntungan. Beli satu dapat dua. Tambah duit tunai sebagai wang saku, kononnya. Pantang ada duit, kad kredit dan asalkan boleh jadi duit, ‘dunia ini ana yang ampunya’. 

Hutang Negara. Hutang anak cucu tanggung. Hutang subsidi, ada ke? Negara boleh bangkrap. Kalau boleh bukan ‘sesuap nasi’ malahan ‘sekawah’ nasi siap buat jamuan selalu.

MALAYSIA ESOK 

Seandainya umat ‘M’ mahu berfikir, beriman dan hidup dalam kesederhanaan, maka akan banyaklah syarikat yaang berlandaskan keuntungan akan ‘gulung tikar’ dan menyalahkan kerajaan. Aku tak campur! Orang bagi aku tak tolak, orang tak bagi aku tak menyalak! 

Semuga ‘Negara Berkebajikan’ yang dijanjikan benar benar menjamin kesejahteraan insan. Maka, akan bertambah ramai rakyat yang merempat di tanah airnya sendiri. Hendak berniaga, bangkrap tiada pelanggan. Pelanggan sudah pandai. Hyper market main politik dalam berniaga untuk menguasai pasaran. Peniaga sederhana jadi peniaga kecil. Korporat terus keparat. 

Sekiranya umat manusia ini kian sombong, bongkak dan angkuh ingin terus melawan arus kehidupan, biar papa asalkan bergaya, hidup hanya sekali, memang patut pun di landa tsunami atau pun gempa lalu ditelan bumi. Wow! kasarnya? Itulah... jadi manusia jangan degil sangat, dengarlah nasihat dan ikutlah kehendaklah ugama Islam. 

Apa apa pun, Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui, kita adalah hambanya..... 

Bila merancang, seolah olahnya kita akan hidup seribu tahun lagi.....

Bila beramal, untuk mereka yang nak beramal! 


Tuesday, June 7, 2011

Dunia Islam


Dunia Islam

ISLAM – UGAMA SUCI LAGI MENYUCIKAN 
Berfikir dan kita akan terus berfikir......

Sesungguhnya Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah..... 
Dan Sesungguhnya Nabi Muhammad Itu Pesuroh Allah.....

Kemuliaan Nabi Muhammad SAW adalah kemuncak kehidupan manusia di akhir zaman. Junjungan Mulia, Penghulu kepada para Nabi, insan penuh berhemah membawa keberkatan dan ketaqwaan.  Al-Quran adalah mukjizat sepanjang zaman.

 Kafir mempercayai teori ini.... 

ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA
IBLIS SYETAN DILAKNAT

Kembali kepada asal usul kejadian manusia. Syaitan telah di rejam dan di laknat Allah SWT lantaran keengkarannya sujud menghormati kejadian manusia sebagai khalifah di dunia ini. Syaitan lebih mengetahui dan lebih merasakan kejadiannya lebih baik dari manusia. Iblis syetan tidak akan mempercayai umat manusia lantaran kejadiannya yang amat sempurna. Kesempurnaan umat manusia telah melahirkan sikap keangkuhan dan akhirnya hanya akan menghancurkan dunia yang indah ini. Kiamatlah segala galanya.....

MAKA, berjanjilah para iblis untuk menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat. Kini iblis syetan bermaharajalela di dunia ini untuk menyesatkan seluruh anak cucu Adam. Namun, Allah Maha Mengetahui, buat hambaNya yang sholeh Syurga Firdausi menanti kehidupan yang abadi di alam Akhirat.

Mustahilkah, iblis syetan mampu berkuasa, sakti mandraguna hingga setaraf tuhan?

Sebagai manusia yang dianugerahkan akal, ilmu dan pengetahuan..... Pilihan kita sendiri, samaada diperhambakan syetan atau kita sendiri yang menghambakan diri kepada Yang Maha Esa. 

Manusia selalu lupa, walaupun kita adalah sebaik baiknya kejadian, secara berpasangan, kita juga dianugerahkan ‘nafsu’. Nafsu yang bisa menjadikan umat manusia lesu. Nafsu berahi, nafsu serakah, nafsu buas dan segala nafsu naluri kemanusiaan. Peperangan yang paling hebat, dahsyat dan menggerunkan adalah ‘peperangan hawa nafsu’.


DUNIA DALAM GENGGAMAN

Apakah sebenarnya tujuan kita hidup di dunia ini? 

Hidup untuk makan, bersuka ria, menghabiskan waktu, lalu tidor dan bangun lagi meneruskan ritual harian hingga mati macam monyet? 

Apakah kita keturunan monyet? Bukankah monyet itu asal usulnya dari manusia yang tidak berperaturan? Sumpahan dan kerana sumpah lah manusia itu hidup menjadi sesumpah. 

Alahai, menyampahnya!  

Hidup ini bukan sekadar doa, mati pun bukan kerana sumpah. Kehidupan ini mengabdikan diri kita ke hadrat Yang Maha Kuasa. Memohon, bermunajat dan sering berdoa. Makanya, bukanlah kita hidup ini lantaran terlalu banyak berdoa. Segala galanya telah ditentukan oleh Yang Maha Pencipta. 

Lantaran sumpah, manusia mati macam sampah? Sesuka hatinya, manusia melafazkan sumpah macam ‘nenek sihir’? ‘Ada gadabrah!’ lalu menjadikan manusia ‘gabrah’ menjadi monyet? Mitos, ‘endas mu atos’
Begitulah episod hidup yang terus kusut menjadi busut. 

Bersumpah pun di bakul sampah kan..... 

Berdoa pun tidak berkat macam insan yang sengaja terencat, teraniaya konon.....

Dimanakah sebenarnya kebenaran? Benarkah kebenaran yang diperjuangkan? Untuk apa memperjuangkan kebenaran? Hidup ini satu ibadah. Apakah sebenarnya yang dicari? Sementara dengan izinNya, kita hanya hambaNya, hidup insan ini hanya mencari keredhaan demi ketenangan yang abadi. Menjauhi kemungkaran. 

Mengerjakan segala perintah tuntutan Ugama Islam. 

Selain dari itu, bisikkan syetan pasti menyesatkan. 

Dalam kita menjadikan dunia ini ‘sebuah perjalanan’ buat sementara ‘mencari bekalan’ menuju ke alam Barzakh, ‘nonton barenglah’ segala sandiwara, drama ciptaan alam yang terkembang. Susah sangat ke, hidup ini? 

Dunia dalam gengaman kita, atau kita menjadi hamba kepada dunia ini? 

Wah, wah, ewah ewah, syoknya hidup ini! Lalu, mengapa sengaja mencipta masaalah. Jika mengikut ajaran ugama Islam, Sunnah wal jamaah, InsyaAllah, hidup ini akan diberkati. Ugama Islam tidak pernah mengajar kita menjadi teroris al-pengganas. Nauzubillah.

 Ciptaan sebuah kemajuan umat manusia....

DUNIA AKHIR ZAMAN

ISLAM. Adalah ugama yang diredhai di akhir zaman ini. 

Sesungguhnya Islam itu Benar. 

ISLAM adalah ugama di akhir zaman. Segala keistimewaan, keunggulan dan kemukjizatannya telah dinikmati oleh insan yang ‘sholeh’. Islam adalah segala galanya. 

Sebagai Ugama Umat Manusia di akhir zaman ini, Islam memiliki segala galanya. Hanya insan yang mengakui, menghayati, beramal, bersyukur dan sentiasa sujud bertaqwa sahaja yang menikmati segala kurnia dan anugerah Yang Maha Esa. 

Persoalan Islam perlu di sesuaikan dengan keadaan semasa adalah mengarut sama sekali. Islam perlu mengikut peredaran zaman. Kolot dan tidak masuk akal. Islam adalah Islam dan tidak perlu di kaji selidik kebenarannya. 

Islam Berdiri dengan sendirinya. 

Manusia yang beriman mempercayai kewujudannya. 

Islam adalah Ugama untuk umat manusia di akhir zaman. 

Bersyukurlah dan insaflah kerana kita adalah umat yang beragama Islam di akhir zaman ini. Tiada kesombongan dan keangkuhan mengiringi umat Islam di dunia ini. Kita hidup saling membantu, rukun damai dan mencari keredhaan. 

Segala cara kehidupan, ketuhanan dan amal kebajikan hendaklah di sesuaikan dan berlandaskan Islam. Tidak ada matlamat serta cara dan sebab untuk kita mendahulukan selain dari ajaran Islam. 

Sesungguhnya, Hidupku dan Matiku kerana Allah SWT.

 Bencana Alam Tsunami