JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, December 23, 2010

BAHANG PIALA AFF


Rileks sekejab!!!

BOLASEPAK PIALA AFF

Kisah bola, bola, bola, bolasepak, sepakbola, bolalah .....

Indonesia dijangka memenangi pertandingan Piala AFF  ini. Hampir 90% memilihnya. Begitulah peminat di Indon sekarang. 

Jangan lupa ya pak! Indon rakyatnya seramai 500 juta orang ops betul ke? Alah! Kira menang ajer lah kat dia! Kat padang, lain... kesebelasan pemain lawan kesebelasan pemain lah... siapa score gol, dialah menang!
Semua rakyat 1Malaysia, kiralah 30 juta orang, termasuk peminat Malaysia luar negara Bangla, Nepal dan lain lain. Kalau semua rakyat Indon peminat setia tim bola dia? Ramai kannn!!

Peluang Malaysia hampir tiada. Setelah dibaham 5-1, tentu anak buah Rajagobal agak gigil untuk menyaingi reputasi garuda. Apatah lagi Malaysia berkebetulan menang 2-0 pun di rumah sendiri. Wow! Main laser lagi! Nasib jer, kancil boleh menang. 

Fulamak! Penyokong Garuda. Bapak Menteri pun ramai yang bakal turun kat Stadium Nasional untuk sokongan padu pasukannya. Pantikan ganyang Malaysia, didepan penyokongnya sendiri. Peluang untuk menggambarkan betapa Gagah, BANTENG nya rakyat Indonesia dalam semua bidang.

Walaupun, perjuangan sebenar adalah semangat kesukanan. Tetapi disebalik pertandingan,  terselit sesuatu dendam yang tidak kunjung padam. Secara terbuka komen peminat bola Indon melangkaui batasan kesukanan. Kebencian kepada Malaysia menjadi sandaran untuk melepaskan perasaan yang mendongkol. Kekalahan Pasukan Malaysia mesti dijelmakan.

Budak budak yang cuba untuk menguasai, bangkit menjadi idola, bakal disegani lawan, tidak seharusnya  dibiarkan menjadi kanyataan. Ganyang, ranapkan, orak arik, biarkan kijang terus kejang, kalau boleh bikin terus telanjang!!! Maaaakkk! Ojo koyo ngono, kang! terajang kang!

Melihat, kegigihan dan semangat juang anak muda kijang MAS ini! Semuga kemenangan akan mengiringi kesukanan. Wow! Kijang MAS! Boleh gitu!

Kekalahan di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti, adalah lebih baik. Bagi lah 1 gol, depa menang. Pelajarilah rentak sebenar permainan. Kawal permainan. Saikologi. Bagi semangat penonton membuak buak. Menjerit jerit. penyokong kijang menjerit marah, penyokong garuda menjerit gemblong sakan banget!

Buat pemain lawan kucar kacir. Lari keliling padang, segenap penjuru mengejar bola. Jangan sampai nasib tak menyebelahi pulak! dah takde nasib, apa nak dikata!!

Wow! Macam pro Raja Bola. Raja pawang ops ‘pau wang’. Kan kita ada K Raja Gobal! Jurulatih team kita. Anggap saje pemain garuda tu, budak belasahan. Susah sangat kijang mas pulak jadi budak belasahan. Nasihat aku, kalah jer kat gelanggang sendiri. Kalau nak betul betul disanjung, dijunjung setinggi langit. Belasah garuda di Stadion Bung Karno, kata dialah.

Dia skor 1 kat tempat kita, kita skor 2 kat tempat dia. Masa masa kecederaan pulak tu. ‘Golden goal’ gitu. Semua sekali, hang tutup mulut dia orang. Jaringan Mas, barulah betul kijang mas.

Secara saiko, dipihak garuda, mereka mengharapkan seri di Bukit Jalil. Sekali pun anda berjaya menjaringkan 55 – 0. Apalah ertinya, anda terkaku di Bung Karno, 56-0 pulak dia orang balas. Dia tetap jadi juara bro! Anda akan menjadi belasahan semua penulis rakyat 1Malaysia. Aku ingat budak prasekolah pun belajar menulis, kutuk kau orang. Blogger, siaplah dengan segala falsamfah berjela jela, boleh giler loooo!

Aku cakap ni, sebab aku teringat, lagenda bulu tangkis Yang Yang. Jagoan Badminton mana yang boleh angkat ‘jumping smash’. Dia bersara sewaktu di kemuncak. Puncak jumping smash. Jadi, sebelum tergolek. Terkehel kaki, bagi menang percuma ke! Budak ingusan dari singapork pun boleh kalahkan dia, dia bersara. Duduk Malaysia, kat Batu Pahat. Keras jadi lagenda!

Ringkaskan cerita, kalau anda boleh ayam ayam kan timnas, ‘confom’ andalah juara.

Sepanjang pengetahuan aku, kau orang bakal menjadi juara. Tak tau bila? Juara apa, ntah tak tau. Sebab semuanya itu, anda sendiri yang menentukan. Berlatih, bermain, berjuang hingga ke wisel penamat. Kalah menang adat permainan. Sotong Paul dah tak ada, yang ada kaki judi kaut untung! 

Ini peluang untuk anda menjadi juara!

Aku sebenarnya adalah ‘kaki bangku’ bangku kayu yang jual lelong, tak laku jugak. Tapi pernah juga skor gol! Lepas tu kena hamun, sebabnya, gawang sendiri. 

MALAYSIA JUARA!!!

Aku bukan kaki bola. Aku kaki kelentong. Kaki Temberang jer!

No comments:

Post a Comment