JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, October 16, 2010

HARGA GETAH MELAMBUNG

OJOL - GETAH BEKU SEKERAP - BEKU CAWAN - BEKU - OJOL
Wow! Harga getah ojol sekarang ini telah melepasi harga RM 5 sekilogram. Suatu ketika dahulu hanya berharga lima puluh sen sahaja sekilogram. Satu hektar (2.5 ekar) kebun getah hanya menghasilkan sekitar 20 kg sehari sebab purata ini sekadar untuk makluman kasar (senang kira aje, dah kebiasaan orang kampong, kalau nak tepat, periksa kat Risda. Aku fokus apa yang aku, baca, lihat dan dengar jer. Sebab lain kebun, lain pokok, lain penoreh dan lain lain hal, lain kali... lain pulak kiraannya. Ada juga yg dapat 10 kg sahaja sehari menoreh/mengajar sebanyak 400 'anak murid', itu pun kalau tak dibaham cendawan, tumbang ke, 'masam masam manis' ke!).

Pendapatan penoreh getah pada hari ini, khas buat para ibu bapa yang 'tak pencen' (kalau pencen habis 'mis suru' beb! Dah lah duduk kat rumah panggung sebesar besarnya, berdua aje beb! Pengantin baru katakan! Ada astro lagi tapi cuma mangkuk ayun kat atas tu aje! Anak tolong bayar, bila malas nak bayar potong ler.. balik kampung bawa aje kad. Dalam meniti senja, kedamaian, nostalgia dan kepuasan menjalani hari hari terakhir dengan badan yang sihat..... bukan menyerah dipembaringan .....) Pendapatan secara purata, penoreh getah hari ini boleh memperolehi RM 100 sehari. Sepuluh hari dalam sebulan pun sudah memadai. (Tapi kalau tak hujan, tak penat ke, tak payah beli baja, jual lagi baja subsidi, woi! dah takde kerja lain ke? Alamat le hidup ni nak tongkat langit kot! Kalau lebih, beringat simpan looo... Bank kan ada. Cabai boleh tanam sendiri, nasib cendawan yang belasah pokok getah tak boleh 'tibai', itu pun cendawan 'gerigit' yg tumbuh kat pokok getah tumbang, masak tumis cili api, makan tak nampak telinga, berasap, terangkat weh).

Mengapa harga ini tiba tiba meningkat? Spekulator? (Hoi! Ini bukan duit la! Memang dah naik pun). Betul ke? Eksport komoditi  ini banyak ke Negara China dan Korea. Seperti yang disebut oleh pengilang ketika dikunjungi pembeli dari negara tersebut. Keadaan ini agak menggusarkan dan menyeramkan.  Ingatan buat penoreh getah semua, jangan terlalu bergembira sakan sehingga terlupa bila hari hujan nanti, seandainya harga jatuh merudum.....? Sememangnya menjadi harapan agar harga sebegini akan terus berkekalan.

Aku masih ingat, ketika Sukan Olimpik akan berlangsung di Negera China. Harga besi tiba tiba melambung. Besi buruk mencecah RM 1 sekilogram. Sekarang tinggal 10 sen agaknya. (Budak budak hindraf yang menyusur pelusuk kampung, habis basikal buruk, asal besi jer, angkut. 'Contang' susu, zink karat pun sapu. Sabit jangan main main beb! Sebenarnya pun kita perlu beringat, jangan biarkan sewenang wenangnya mereka menyusup seluruh kampung, habis barangan hilang. Belum lagi 'mat gian' yg professi nya pun).

Secara peribadi, apa yang saya rasakan adalah..... Nilai matawang sebenarnya sudah menurun......

SEMALAM

Masa aku kecil dahulu. Duduk dekat rumah sahaja, dikelilingi ojol bawah rumah, getah keping SMR jadi siling rumah dan air busuk meresapi longkang. Masa ini rumah panggung, angin keliling dari segenap sudut atas bawah dan yang pelik bau yang harum kurang seperti sekarang ini. (Lalu sahaja 'alam flora' terpaksa - tutup hidung, lalu perarakan pengebumian cainis ultra - tutup telinga, lalu sahaja ahli politik - tutup mata yang sepet!) Sekarang rumah panggang (keliling batu, Ya Allah! panas berapi, bukan sauna pun) seperti rumah taman, bandaran dan sentiasa berbahang. (Patut la bil letrik mencanak. Aku kat kampung, berjimat - bukan macam kerajaan pening penang. Gratis you! Sambung lagi ke?) Macam ini pun masih menyalahkan orang melayu UMNO BN. 

HARI INI

Mana penoreh getah? Mak Nenek, cikgu! Hai... Orang lama rupanya. Nasib baik masih ada kebun getah lagi. Sekarang ini pekebun kecil lebih berminat menanam pokok kelapa sawit. Menanam pokok getah agak tinggi risikonya. Cendawan menjadi pembunuh utama hingga ke akar umbinya, terlambat merawat habis satu kebun layu dan kering.

ESOK

Mana pokok getah? Dekat Negara China cikgu.... Mungkinkah pemilik ladang, penoreh getah sudah baik kampung? Sebenarnya di negara China pun sudah mengorak langkah dalam penanaman getah. Mungkinkah kita masih hidup rukun dan damai?

No comments:

Post a Comment