JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, November 6, 2010

KEBANJIRAN MENANG MENANG

BANJIR , OH! BANJIR.....

Musim tengkujuh telah bermula......
Saat yang paling getir dalam perjalanan kehidupan,
Ini tidak sehebat sejarah, sewaktu banjir besar di zaman Nabi Nuh.....
 Sekedar peringatan kecil dalam proses sebuah kehidupan yang harmoni
Menyuburkan tanah tanih untuk kesejahteraan umat manusia jua.....
Menyucikan karat dihati manusia yang terlupa untuk mensyukuri nikmat Yang Maha Esa.....
Menyatukan umat, mengenepikan ideologi sempit.... 1Malaysia
Adil dan Maha Kaya Kebesaran Yang Maha Kuasa..... Sujud dan Taqwa......

Menakjubkan. PRK yang membebankan (bebal kot!) baru berakhir . Kemenangan yang sudah saya jangkakan (kita orang saja je bagi sokongan kat pakatan, sebab disebaliknya kita orang dah merasakan PR bakal kecundang teruk. Pada kebiasaannya dengan sikap pesimist begitu perasaan angkuh dan sombong dapat disembunyikan - itulah manusia seperti kita orang - kalau orang lain macam PASar, DAPig & PuKiR hanya mementingkan kuasa dan tahta). Tiada beban, Batu Sapi di Galas. Berapa banyakkah telah dicurahkan untuk memenangi hati dan undi rakyat? Terasa benar ingin memaki hamun, 'namun ku punya hati' dan kita orang juga pernah dilanda banjir yang menguji erti ketabahan, kesabaran serta seribu satu ketaqwaan pada MU yang Maha Esa.

Menyedihkan dan amat memilukan hati dan perasaan. Agaknya aman duduk didalam gua macam Penghuni Gua. Kita orang tabik, nota anda amat mengguris perasaan 'lamunan terhenti'! Ingatkan kemenangan di kedua dua PRK sudah cukup menginsafkan untuk insan yang memperjuangkan 1Malaysia. Ternyata kebanjiran kemenangan tidak mampu dibendung lagi. Kemana perginya slogan, konsep keIslaman dan seribu satu 'janji manis mu'? Mengapa kini hanya tinggal 'madah berhelah'? Bagaikan tidak cukup tangan UMNO BN menghulurkan segala bantuan, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

UMNO BN  dengan lantang PM bersuara 'ketepikan ideologi politik' kita semua masuk barisan, ops! Kita semua bersatu, makan sepinggan, sama sama susah, tidur sebantal, pokok persoalannya kita semua pindah dulu ke tempat yang lebih selamat 1Malaysia. Lepas banjir nanti kita sambung PRU 13, kapir mengkapir lagi... tunggu sehingga banjir besar Nabi Nuh pulak meng'kiamat'kan kesemuanya..... (huwaaa! tak paham lagi.... uwaaa... nangis la...) Ini baru setinta air lautan, ledakan Merapi hingga menggelapkan/memutihkan angkasa?

Amat malang, tragis dan menyayat hati bilamana Pakatan haRam dengan sengaja menyembunyikan segala kedunguannya dalam menangani bencana alam ini. Entah kemana perginya YB, agaknya yb = yang berbohong untuk Pakatan haRam. Berita pun disembunyikan, apatah lagi sumbangan, bantuan dan  Perasaan sebak masih menebal disanubariku, sewaktu banjir 2006/2007, tergamak orang PAS menyelewengkan bantuan yang patut diagihkan dan diterima oleh semua mangsa banjir. Yang menghairankan, masih terus merapu, menganalisis PRK 'batu sapi di galas'. Bukankah kemenangan UMNO BN kini kian berganda?

Ketepikan semua persoalan yang mengundang bencana. Bencana alam ini hanya sekedar menguji keimanan umat Islam. Sikit je tu! Selama ini dan setakat ini sudah berapa banyak umat manusia mencabar keagungan tuhan? Siapa yang kapir, tapir ke, tenokk!?

SEMALAM

Banjir yang baru berlaku masih terasa ke'karam'an yang menyelubungi, menyedarkan dan menginsafkan. Pernahkah kita memikirkan kesihatan sebelum datang hari sakit? Ingatlah muda sebelum datang hari tua. Ingat kesusahan sebelum datang bencana alam.

HARI INI

Hari ini pun banjir melanda di bahagian utara semenanjung. Ingatkah semua rakyat Malaysia banjir pada tahun 1969/1970?  Mungkinkah membersihkan peristiwa berdarah 13 mei 1969? Banjir yang kita hadapi ini adalah seperti biasa yang berlaku saban tahun. Adakah ini tanggung jawab Kerajaan Persekutuan sahaja? Apakah kerana sengaja tidak dimasukan dalam manifesto pilihanraya, maka bukan tanggung jawab pembangkang? Dari itu, wahai semua warga Malaysia, ingatlah bila hendak memilih pemerintah. Janganlah memilih yang hanya pandai berjanji itu dan ini. Yang hanya gila untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk kepentingan diri sendiri. Siang malam memikirkan, mengkafirkan bangsa seagamanya sendiri. Hanyutkanlah  bersama sama air bah yang melanda ini.....

ESOK

Menara 100 tingkat sudah tentu ada ciri ciri keistimewaannya. Mengapa membangkang mem'babi' buta, menjadi 'cina buta' apakah sememangnya 'dasar auta'? Apakah fakta yang anda utarakan? Banggakah menguburkan PPSMI? Putra Jaya diibaratkan 'Mahligai Titisan Air Mata Rakyat' oleh pembangkang sewaktu pembinaannya. Kini (esok) siapakah yang akan terus menitis air mata kempunan hendak bertakhta? Negara Malaysia adalah negara kita dan menjadi tanggung jawab kita untuk mencernakannya kerana kita adalah 1Malaysia.

Falsampah.....
Harap maaf, saya budak baru belajar, kalau salah harap maafkan. Esok lusa buat salah lagi..... Lepas tu minta maaf, minta maaf, minta maaf sehinggalah kita dimaafkan.....

Wednesday, November 3, 2010

PAKATAN MENANG LAGI ......

 HARAM

PAKATAN HARAM SUDAH TIDAK HARAM LAGI
 DULU PAKATAN HARAM, KINI PAKATAN MELARAM
DULU HAMPIR KARAM, SEKARANG SUDAH MENGERAM
BIAR PUN MURAM, KALAU HARI HARI DISIRAM!
DULU SEMUANYA HARAM, SEKARANG SUDAH BANYAK MAKAN GARAM
 RAM RAM SOLERAM, INI YANG BUAT TAMBAH GERAM

Membaca, menganalisis, memerhati dan semua percaturan media arus perdana, semuanya memihak kepada pemerintah. Terlalu berat dan amat perit sekali bagi Pakatan Rakyat untuk memenangi atau mempertahankan kedua dua kerusi ini. Begitulah pula penulisan, percaturan dan segala macam bicara media pembangkang, semuanya optimis dan PRK bakal menjadi milik Pakatan Rakyat. 

UMNO BN dan semua parti komponennya, samaada berpura pura atau pun ikhlas, iramanya tetap sama dan tidak hairan jika kesemuanya tetap 'menyokong' BN. Menang atau pun kalah, di dalam BN tetap ada ruang, kerusi dan peluang untuk terus berkuasa.

ESOK 04 - 11- 2010 PRK DUN GALAS DAN PARLIMEN BATU SAPI

Bagi saya, secara umumnya, biarpun pahit untuk ditelan, hendak dibuang, tetap sayang. Saya menjangkakan kemenangan bakal memihak kepada Pakatan Rakyat. PAS akan terus berkuasa di Galas, PKR akan menang di Batu Sapi.

Rakyat Malaysia pada hari ini lebih rela perjuangan Pakatan Rakyat. Apa sahaja UMNO BN buat, kini PAS telah mencontohi dan mempraktikkan untuk memerangkap UMNO BN. Orang melayu pada hari ini telah menjadi racist, mereka sudah meluat melihat karenah bodoh segelintir pemimpin melayu yang membenarkan kelancangan kaum cainis. Orang UMNO pada hari ini hanya lantang di PAU PWTC. Ucapannya kelas satu, menggegarkan dan mencabar petualang bangsa. 

Dihadapan rakyat yang berbilang kaum Pemimpin UMNO BN bagaikan terkedu untuk melontarkan segala buah fikiran yang membina dan membangunkan 1Malaysia. Tersilap butir bicara, diexploitasi dan bakal memakan diri. Masih meragui kedudukan diri sendiri dalam menerajui negara.

Para blogger pro kerajaan masih dibayangi perasaan bersalah dan takut KDN bertindak. Begitu berhati hati dan amat berhemah dalam menyuarakan yang hak. Lihat blogger pembangkang, mereka bagaikan raja, bahasanya sembrono, menulis hentam kromo, pantang tersilap, mereka akan terus menghentam siang malam pagi petang. Bosan, benci, ekk eleh... hamPAS aku membacanya.

PASar yang mempromosikan fitnah telah berjaya mempunah ranahkan kekebalan UMNO Melayu dan BN. PoKeR terus melekakan dan melanyak depan belakang UMNO BN. DAPork pula telah menjadi santapan Pakatan haRam. KebiaDAPig amat disenangi dan disayangi kaum cainis, tambahan pula (Pork Key maRk) terus menggasak dari belakang dan PASar fitnah mempromosikan keindahan pembohongan bukan suatu kesalahan.

Amat menyedihkan, bila orang melayu sendiri telah mula mempertikaikan kredibaliti Bangsa Melayu. Apakah sebenarnya perjuangan UMNO Melayu BN? Gilakan takhta, tamakkan kuasa, diperhambakan harta? Kian mengguris dan mula memilukan apabila suara rakyat telah dinafikan. Rakyat pada hari ini hanya menanti sesuatu yang dianggapnya pelik, yang men'celik'kan minda, yang datang menggolek, senang runding diajak kedalam bilik dan kenyataannya semua yang boleh 'dapat balik'.

Sedih. Pilu yang amat memilukan. Berat untuk diluahkan apa yang terbuku. 
Mudah untuk memangkah. 
Doa dan harapan semuga semuanya akan menjadi iktibar. 
Kita kena terima apa sahaja keputusan oleh para pengundi semua.