JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Friday, October 29, 2010

MERAPU MERAPI MERAPIK

DUNIA AKHIR ZAMAN

Permulaan dalam penghujungnya.....
MERAPI ATAU MERAPU

Aku sebenarnya baru bersemangat hendak menulis. Almaklumlah baru buat blog sendiri. Tidak pernah terlintas  di fikiran sebegini rupa dipenghujung dunia ini. Sekadar menumpang di sudut dunia, mencari ketenangan.....  sampai masa ku pergi juaaaa.....

Di Indonesia Gunung Merapi meletus lagi. Ratusan jiwa menjadi korban. Akhirnya Mbah yang menyembahyang memohon malapetaka beredar menjauh, sujud buat selama lamanya. Hanya PadaMu, Ya Allah aku berserah dan Yang Maha Mengetahui segala galanya. Kita hanya mampu merancang..... Nasib baik aku dijadikan sebagai hamba Allah yang seringkali gagal dalam ujian.... Kalau aku berjaya, kalau aku kaya dan terlalu banyak ya.. ya.. ya.. katanya tidak bertitik? Oh, itu dot agaknya! Kegagalan yang mencekalkan, sehingga noktah terakhir.

Apakah perbezaan dengan Malaysia Hari Ini? Semalam! Esok? Merapi..... Api.. Api.. Api.. Jeritan dan teriakan silih berganti. Teringin sekali untuk melihat dengan dekat peristiwa ini. Mungkin disuatu hari nanti, tempat yang ingin aku lawati di Indon, tentulah Gunung Merapi! Ledakkan yang manyayat hati. Merenung jauh keajaiban, menghayati kebesaran Maha Pencipta, mungkinkah meratapi pemergian insan insan yang berjiwa jiwang, berhati walang? Percintaan pada mu alam, kecintaan padaMu Tuhan. 

Malaysia semalam hari ini esok..... Semalam tetap kedengaran merapu parang sekeperrrrgh! Hari ini semakin lantang merapu, meroyan bagaikan tempayan yang dicurahkan airnya. Esok tetap milik Yang Maha Esa! Persoalannya adalah hari ini. Kita masih mampu bangkit menghirup udara segar. Kita meneruskan kegentayangan diatas dunia ini. Percakapan, perbicaraan tentang keadilan. Perjuangan meniti kehidupan yang kesamaran puncaknya bagaikan di puncak Merapi..... Kemana, dimana, bagaimana, macamana dan ditutur bicarakan pun sudah tidak berguna..... Kedegilan umat manusia tidak pernah memperdulikan kematian..... Hidup ini tunangnya mati. Mati tetap menjemput kita. Kita tetap akan mati.

Percaturan untuk meletakan dirnya di aras yang tertinggi, mungkin juga di puncak Gunung Merapi. Kenyataannya kita sebagai rakyat Malaysia hanya 'terror meror' merapu sakan sahaja! Setinggi mana sekali pun cita cita dan hajat dihatinya,  jatuh tetap ke bawah ke dalam tanah jua. Sehebat mana merapu sekali pun cita citanya, hanya mampu menawan Putra Jaya dan pada masa yang sama memuntahkan lahar merebahkan Menara Warisan Merdeka. Ada yang kegembiraan melampaui batas dan semestinya ada yang menderita menanggung segala kedukaan. Itulah peristiwa 'the 13 th of Friday' 13, 13 dan 13 yang kononnya angka sial, suwei.. horror.. horible.. terible.. terror.. terrorist.. Mungkinkah PRU 13!?

Aku rasa dan aku cadangkan supaya PRU 13 ini kita batalkan sahaja. Tidak berbaloi untuk menanggung segala natijahnya, sumpahannya dan kemungkinannya juga kekalahan kepada hawa nafsunya sendiri... Gelombang kehidupan sebagai negara maju, tentunya amat laju dan kehilangan hala tuju... Macamana kita terus je ke PRU 14? Suka hati kepada semua yang setuju dan sudah tentunya semua mengatakan ini kerja tahyul, khurafat, tidak masuk akal dan trilion sumpah seranah, memaki hamun lantaran merapu sesuka hati sahaja. PRU 13 sudah bersemadi bersama sama Merapu Parang Sekeper....

Seandainya Pembangkang pada hari ini, berjaya menerajui negara menjadi pemerintah, mungkinkah keamanan keharmonian dan kekayaan mampu dinikmati bersama? Janji pilihanraya amat manis, amat indah dan tentunya amat mengasyikkan. UMNO dan BN tetap menerajui kepimpinan dan rakyat. Barisan Pembangkang hari ini telah bersemangat dan mendapat sokongan padu rakyat yang mendambakan perubahan. Tidak keterlaluan jika dikatakan, cainis ultra menanti saat ini untuk bertindak mengenepikan 'orang melayu'. Dalam Pakatan Haram, biaDAPork lebih dominan. Dua parti gabungannya pintar mendominasi orang melayu. 

Dalam BN, MCA sendiri sudah dianggap 'duri dalam daging' dan perlakuannya hampir senada dengan biaDAPork. Namun kemarahan segelintir dengan tambahan sifat kiasu, cainis malaysian ini pasti menangguk diair keruh dan seterusnya akan mengambil peluang yang tersedia. Apa halnya dengan MIC pula? Terlalu banyak parti mewakilinya termasuk yang bersama PKR. Di dalam Bangsa Melayu terdapat ramai etnik seperti Melayu, Jawa, Banjar, Boyan, Bugis, termasuk orang asal dan semua suku kaum pribumi yang berasal dari Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Semuanya itu menerima UMNO sebagai perjuangan bangsa. Ketidak puashatian segelintir kaum melayu lalu melahirkan parti serpihan.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pemimpin pemerintah hari ini, bakal menjadi tanda aras sokongan para pengundi. Ahli UMNO seramai 3 juta itu belum tentu boleh menjamin kemenangan BN. Terlalu banyak faktor yang akan menentukan 'sebuah' kemenangan. Begitulah sebaliknya, kekalahan amat perit untuk diterima dan amat sukar juga untuk dibayangkan.

Semuga semuanya ini hanyalah fantasi, khayalansi, imaginasi seorang blogger.....

Siapakah yang bermula dan siapakah yang berakhir.....


No comments:

Post a Comment