JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Tuesday, October 5, 2010

ROKOK NAIK! - Asap atau berasap?

Harga rokok naik lagi...... padan muka perokok semua! udahlah miskin, kampungan, tak sedor diri diuntung! Kemungkinannya teman pun seperti itu. Perokok tegar gitu! 

Toleh kanan, toleh kiri.... bukan melintas jalan pun. LRT lalu kat atas kepala. Rehat kat bawah rel LRT le. Tak kira dimana pun, asal sesuai nak meracun diri, bukan kawasan larangan dan yg penting tak ada IK atau Penguasa Tempatan, sebab kalau kena saman, salah lah tu! Kompaun RM 1000. Yg jelas teman tak le sebodoh tu, cuma bodoh perabis duit dok bakar selalu. Ngaku jugak bodoh. Penyakit  kronik dah tentu dapat, ehh! saman lagi, berapa banyak malang melingkari kehidupanmu wahai perokok? 

Jommmmmm... Lepas ni kita semua para perokok berhenti merokok. padan muka kat dia orang pulak! sape dia tu? Kerajaan pakatan haram le. ehh! bila pulak kita mengundi? Haiii! dah lupa? punya marah, asyikkk harga rokok naik, dengan kelambu sekali hang pergi bakar kenapa? laaa! yang berasap tu kelambu aku?  Huwaaaa! nangis le setengah gile, apa yang hang dapat? teman bukan nangis kenapa nape, sebab teman dah berhenti merokok. tak dapat nak padankan muka kat gomen dulu. Gomen baru dia nak buat apa dengan perokok baru, teman dah tak nak ambil port lagi. Yg penting anak cucu teman dari sekarang pun memang dilarang merokok sama sekali. Teman ingat harga ganja dah sama dengan harga rokok legal. 

Menyingkap tabir kehidupan masa lalu, bagaikan mimpi diulit intan. Cerita ayahku, perokok tengwe (lenteng dewe - gulung sendiri maa!) tembakau pun arwah ayahku tanam sendiri. kalau nak beli semua tu, pakai apa? pendapatan penoreh getah masa tu, banyak mana? nak buat getah keping, pagi pagi mesti sarapan 'lempeng' + ikan bilis atau lempeng atos (keras) tahan lama, lambat basi ler! Kat warong tu, jauh kat pekan, nanti lambat siap menoreh, bila dah siang, getah susu pun kurang, ayahku cakap! Pagi petang siang malam, kerja, kerja dan terus bekerja. Pada waktu ini kelapa sawit belum popular lagi. Petang ke kebun lagi, membersihkan kawasan tanaman spt pokok pisang, ubi kayu, keledek, pokok lada dan banyak lagi ler tanaman kontan. Bila musim panas kontang, Sampai musim hujan, banjir pulak! Pokok ubi kayu terpaksa tanam terbalik. Senang buat makan lusa, kalau tidak, bosok!

Untuk menyara kehidupan, berhutang lagi ler jawabnya. Kat kedai cainis di pekan. Teman masih ingat, beli tepong gandum satu karung 100 kati (sepikul) cap kunci, hari hari makan lempeng, cengkodok, sesekali buat apam, kueh lapis dan kira seronok le jugak! Sewaktu dengan tu umurku baru 7 tahun. Tukang tengok dan tolong pijak pijakkan sesiapa yang penat. Makan tanggung ewah...tukang picit, urut ke o.k lah jugak, ni paling senang tolong pijak pijakkan. 

Sewaktu dibangku sekolah rendah, punya le kampungan. Sikat belah tepi, tapi rambut macam landak. Minyak kelapa kat dapor. Ada duit lebih, ibu belikan minyak rambut dalam peket. Masa tu, belum ada pra sekolah. Jauh jugak berjalan, hampir 3 km ulang alik 6 km. Susah senang disaat itu, apa nak dikisahkan. Semuanya orang tua tanggung. Nostalgia ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dilubuk ingatan teman. 

Sewaktu sekolah menengah, aku duduk kat bangku bas sekolah le pulak. Kena bayar tambang bulanan. Average 8 km (5 batu) RM 6 sebulan. Semasa Tingkatan 1, sekolah sebelah petang, jadi pagi kena noreh le dulu. Hujung minggu kalau rajin boleh pusing kampung jual sayuran. Rokok 555 berharga 45 sen untuk 10 batang. Yg paling best, pun boleh tulis kat buku utang 555. Rokok Dunhill 12 batang 65 sen. Pada awalnya, aku selalu hisap daun rokok sahaja. Berasap jugak, daun untuk membungkus tembakau. Saje buat main main. Bila terjumpa rokok 555, buat buat takde tuannya, apa lagi, secara sembunyi sembunyi aku nyeret! Rupa rupanya bila dah berkumpul dengan teman sebaya yg berusia 16 tahun, merokok adalah saat yang paling indah.... remaja gitu! Belum lagi 'sweet seventeen'. Apa yang perlu direnungkan adalah, pada masa itu belum ada atau kurang berkemampuan untuk memiliki TV hitam putih. Hiburannya wayang atau funfair di bandar, dipadang sekolah pada waktu malam.

Bayangkan sebatang rokok boleh dibeli dengan harga 5 sen. Semua kedai memang ada menjual rokok sebatang sebatang. Terutamanya kedai cainis ataupun kat kedai hailam. Di kedai cainis atau hailam ini kekal sehingga kini, aktivitinya. Budak hari ini pun menjadi ketagih merokok kerana duit bekal yang berlebihan. Motorsikal pun ada yang memang untuk anaknya. Hampir sepanjang masa tersebut, aktiviti adalah kerana sokongan cainis ultra. Hingga kini anak anak melayu leka dan melukakan perasaan ibu bapa mereka.

Kini semuanya amat berbeza. Anak anak cainis yang dulunya bagaikan merempat, menumpang ditanah rezab gomen, kini sudah memilik tanah sendiri. Kereta bukan jenis impot, sport lagi. Lori dan semua hasil sawit hampir dikuasai cainis ultra. Yang peliknya, ada golongan kaya cainis ini tidak mengendahkan untuk memasang Jalur Gemilang pada hari kemerdekaan. Apa yang sering saya dengar pun, masih tetap menyalahkan pihak pemerintah. Rumahnya banglo memang berpagar, beranjing garang lagi! Susah nak jalankan bancian penduduk. Soalan dijawab dengan soalan.

Kekayaan yang telah dihimpun selama ini, adalah berkat usaha kaum melayu juga. Berapa ramai telah tergadai tanahnya, untuk membesarkan anak anak, menyekolahkan anak anak? Penguasaan ekonomi cainis telah dibuktikan pada hari ini. Kehadiran gergasi (hypermarket - Giant contohnya) meranapkan perniagaan golongan pertengahan. Jual beli pada hari ini bukan 'boleh tahan' pendapatannya, kenyataannya cuma 'boleh bertahan'. Bantuan modal agensi gomen RM 5000 dah dianggap besar, cuba bandingkan pelabur asing menggendong RM 500 juta? 

Para pelabur menikmati segala keuntungannya. Apa sudah jadi dengan skim bantuan kerajaan. Jangan cerita pasal untung, kebanyakan mereka tidak dikelentong pun sudah bernasib baik. Anak anak tempatan mula kabur dan berterabur, hanya menanti di kubur. Yang berjaya, mula lupa asal usulnya. Kalau tidak mengaku melayu, tak mengapa jugak, sebab dia orang jawa! Tapi kalau duit biasiswa pun disapu sekali?  Berdemontrasi, menyebelahi cainis ultra pulak tu! Tak ke berasap!

No comments:

Post a Comment