JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, October 16, 2010

MELAYU BERLAGAK


Pagi ini aku bertanggung jawab untuk menghantar anak ke hospital kerana janjitemu dengan doktor pakar. Hospital Daerah dimana kesihatan manusia diperiksa, diuji, dipastikan boleh hidup dengan ceria sehingga ajal maut menjemput dan berkemungkinan boleh hidup ‘seribu tahun lagi’.   (ini lagi pelik, bila kecuaian kakitangan KK menyebabkan cacat kekal atau kematian dsb, semua manusia normal, sihat walafiat, waras tidak digagahi mana mana pihak boleh menyaman berjutaan ringgit. Siapa sebenarnya yang berkuasa?) Oleh kerana telah menjadi tanggung jawab ibubapa, saya pun memulakan perjalanan ke destinasi.

Aku agak terlambat sedikit, sekitar jam 10.00 pagi. Menggunakan Proton Saga Megavalve (edisi kedua dah melebihi 20 tahun pun). Pantang ada simpang, tentu ada lampu isyarat. Bila ada lampu isyarat, berebut rebut hendak memotong ‘BN’ (barisan nunggu hijau untuk berlePAS macam liPAS kudung!).  Jalan bandaran, mulanya satu lorong kini dah menjadi dua atau tiga lorong. Nasib baik menggunakan cat putih tanpa bonggolan yang menggetarkan. Perlahankan! Lorong untuk membelok rupa rupanya. Sekolah, taman perumahan, kilang, stesen minyak dan banyak lagi pembangunan yang sedang dirancang. (Alamak lubang, bank! Terlanggar. Elak sikit, kereta belok da.. beng! Belum sempat nak berfikir. Bong! Ekk! Elehh! Dah kena sondol).

Tetapi kali ini, aku amat bernasib baik. Dengan kelajuan 60 Kmph sesekali sampai 80 kmph dan paling laju 90 kmph (line clear, takde jem tapi TP skodeng cam, tunggu aje ler tumbuh ekor). Dalam 30 km jarak perjalanan, 15 minit sahaja masa dicatitkan. Sampai di persimpangan lampu isyarat, warna hijau dan begitu seterusnya lampu isyarat yang berikutnya. Ikut kesesuaian, dengan kelajuan 60 kmph adalah 1 jam. (Bayangkan campur terpaksa berhenti 19 kali kerana lampu isyarat, kenderaan nak membelok, Cainis tua Bangka ‘syok sendiri’ dengan kereta yang seusia dengannya, udah ler sepet, badak pekak pun tahu tak berani nak main kat jalan, bukan nak membelok, tapi signal lip, lap, lip, lap sebelah kanan. Mangkuk ayun bercinta pulak dah… kat tengah jalan, eeh! Mana datang ‘mat rempit’ ni pulak? Pak Aji berboncengan dengan Mak Aji  naik kapcai, Laaa!… macam kaki botol pulak, ini botol ‘oren bodoh’ laaa!)  Biasanya hampir satu jam baru sampai. Sebenarnya system jalan raya di Malaysia ini amat pelik. Terus menuju ke bahagian kecemasan, sebab pintu ke bahagian pakar dekat melaluinya. Lepas turunkan ibu dan anaknya, aku melilau mencari ruang meletak kenderaan. (Fuyooo! Hampir setengah jam wooo! Parking penuh, abis jugak minyak kereta aku ni kang! Buat bodoh jer, aku parking kat tempat menunggu yang ada gambar, ada line, ada ada aje lah. Datang pulak security guard. Buat pekak badak lak! Ehhh! Anak aku datang berlari lari. Senyum sahaja ibunya. Tak jadi periksa. Doktor pergi ujian, meeting adhoc katanya, bulan Disember nanti datang lagi, tak tau nak cakap apa).

Terasa lapar kerana belum bersarapan pagi. Cari tempat untuk bersarapan. Singgah kawasan gerai. Tempat letak kenderaan sedang di kerjakan oleh JCB. Tengok ruang yang berdekatan, bersesuaian, apa lagi ‘parking’.  Lalu aku pun menuju ke meja. Buat pesanan. Tiba tiba seorang pekerja menjerit dan mengarahkan aku meletak ditempat lain. Tuan punya hendak meletakkan kenderaannya. Aku terus bergegas, tiba tiba aku terfikir lalu aku lambai anak dan isteriku. (Pesanan aku tinggalkan begitu sahaja. Dari awal lagi aku dah melihat kesombongan layanan. Oh ya aku lupa, aku cuma orang kampungan. Sebagai pelanggan pun aku dipersalahkan. Duit tak laku agaknya. Aku diperingatkan kalau nak berniaga, biarlah ada ruang ‘parking’  mudah untuk pelanggan. Laaa! Rupa rupanya warong dia, tempat dia, dia punya sukalah. Blahhhh! Biasanya, disinilah aku bersarapan. Selepas ini aku serik, takut dan tidak akan berkunjung lagi ketempat itu).

Pusing ke tempat lain, ada kedai makan, ada ruang meletak kenderaan. Lega. Duduk dan membuat pesanan yang sama dengan warung tadi. Bila roti canai dihidangkan, apa lagi yang ditunggu. Jemput makan. (Marah punya pasal, lapar lagi, balun aje lah. Eeeh! Sama juga macam warung tadi. Sombongnya layanan. Tengah makan ni, sibuk menyapu pulak! Alamakk! Air minum tak cukup. Mintak tambah ‘teh peng’ satu lagi. Macam marah jer. Lagi sombong! Aku terperasan lak. Pinggan plastic, dammar ke, dah berlubang bekas cucuhan puntong rokok , hitam dan berlubang. Sekali lagi aku dihina. Malas nak gaduh. Tak pe lah budak kecil jer. Cukup sekali ini. Lepas ni gerenti, aku serik dan tak perlu singgah nak makan. Mahal macam tiga bintang. Taik bintang adalah. Kalau tahu, malas aku nak lahir ke dunia ini!?).

SEMALAM

Peniaga melayu yang sudah kaya, berjaya sekalipun hendak bergaya, biarlah orang percaya, janganlah sekali kali hendak menganiaya, apatah lagi mengundang bahaya.

HARI INI

Negara ini masih dikuasai, diperintah dan beradat resam melayu. Orang Melayu masih menjadi tuan di tanah tumpah darahnya sendiri.

ESOK

Mampukah semuanya dikekalkan? Selama hari ini, hanya orang melayu senantiasa memahami, membantu, menyokong, mendokong dan seribu satu perjuangan menegakkan kebenaran, keadilan serta menjayakan dalam memperkayakan warganegara. Setiap kali pilihanraya, pasti kerusi cainis bertambah, menteri mic pun bertambah walaupun kalah dalam pilihanraya. Dipinggiran manakah lagi bangsa melayu yang dilabel racist terus melukut menjadi penakut?

No comments:

Post a Comment