JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, October 28, 2010

MELODI KEHIDUPAN


RUKUN ISLAM


Mengucap Dua Kalimah Sahadah


'Sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, 
dan
Sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah'


Lahirku ke dunia ini sebagai manusia. Dilahirkan oleh manusia. Ke dunia manusia. Perjanjian ku, adalah sebagai hamba Allah. Perlukah aku bertanya lagi? Mengapa aku dilahirkan ke dunia ini? Dasar manusia yang tidak tahu keberuntungan, betapa bertuahnya menjadi manusia. Didalam diri manusia, dunia ciptaan manusia, ada sifat sifat kebinatangan. Manusia yang sempurna mampu melakukan apa sahaja. Kekuasaan, kekayaan, kecanggihan dan bermacam macam lagi kedurjanaan. 

Makhluk yang dinamakan manusia ini, beragama Islam adalah semulia mulia nya kejadian ciptaan Yang Maha Pencipta Allah SWT. Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya adalah yang terakhir dimana zaman dunia ini sudah menghampiri penghujungnya..... Terpulanglah kepada umat manusia ini sendiri. Apakah kehidupan di dunia ini sebagai 'hamba Allah'? Mungkinkah manusia ini lebih redha menjadi hamba nafsu, hamba duit, hamba kuasa dan tentunya seribu satu lagi hamba yang dilaknat.

Seandainya dilahirkan atau pun dihadirkan ke dunia ini sebagai selain dari manusia. Apakah kita tahu mensyukuri nikmat kebesaran yang telah Allah anugerahkan? Didalam dunia haiwan, tidak ada sifat sifat kemanusiaan. Tumbuh tumbuhan yang menghijau, menghiasi alam maya, bersujud dan bertakbir memuji Yang Maha Esa. Umat manusia dikurniakan dengan segala keunggulan yang dicemburui oleh semua makhluk ciptaan Yang Maha Kuasa. Apakah kesempurnaan yang dititipkan Allah ini hanya berkuasa untuk menjahanamkan dan memporak perandakan bumi ini? 

Kehidupan di dunia ini amat indah. Kehidupan di dunia ini hanya untuk sementara. Kehidupan di dunia ini terlalu kejam. Kehidupan di dunia ini rupa rupanya ada segala galanya. Yang Esa dan Yang Satu itu hanyalah milik Allah SWT. Sebagai hamba ciptaanNya kita menikmati segala galanya di dunia ini. Kehidupan di dunia ini ada kesedihan di sebalik keriangan. Kehidupan di dunia ini dijanjikan kebahagiaan tetapi di sebaliknya juga terkandung penderitaan yang amat memilukan..... Semuanya yang terjadi di dunia ini ada hikmahnya dan disebalik kejadian yang berlaku itulah menjadikan umat manusia ini lebih ketaqwaannya.....

Perjalanan kehidupan ini amat pedih berliku, berbahaya, penuh ranjau onak dan duri. Setiap detik kita hanya mampu menghitung sebanyak manakah amalan kebaikan. Disebaliknya juga kita merenung dan menempuhi kejahatan yang tidak pernah dirancangkan.....

Tidak semua yang dihajatkan menjadi kenyataan. Sesuatu yang dianggap mimpi mampu mejelma dan menjadi kenyataan. Kita akan terus berusaha, meniti dan bertatih menyeberangi sempadan mencari keredhaan di bumi yang gersang ini. Semua perjalanan menuju kehidupan yang abadi dan ketenangan yang hakiki. Itulah erti sebuah kehidupan.....

Perjalanan ini baru bermula rupanya......

No comments:

Post a Comment