JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, October 21, 2010

THE CORN IS TALL

Amaran kepada semua pembaca! Anda hanya dibenarkan untuk membaca sahaja  didalam hati dan tidak dibenarkan sama sekali memperdengarkan atau mengangkat suara anda! 

Sebagai penulis blog untuk go...blog. Pada permulaannya agak sukar untuk menyesuaikannya. Bagaikan rusa masuk kampung. Fulamak! Tercengang bangang dunia awang awangan sebegini rupa. Bengong sudah menjadi tongong bila membaca artikel dan berjuta juta lagi paparan. Kehebatan manusia sememangnya amat menakjubkan. Makhluk ciptaan Yang Maha Esa, paling berkuasa di atas maya ini dan selayaknya menjadi Khalifah di atas dunia ini. 

Klik sana, baca sini, klik sini, tonton sana, klik, klik, klik dan terus klik.....

Macamana insan seperti aku, yang serba kekurangan, mampu melayari dunia tanpa sempadan? Tiada ungkapan yang paling sesuai selain dari lagu 'Namun ku punya hati'. Sebagai orang melayu, anak kampungan, hidup bergelandangan sekadar mencari ketenangan diri. Biar pun bermacam macam halangan, bagi diriku semuanya itu sekadar permainan duniawi. Semestinya aku amat bersyukur, berterima kasih dan bersujud kepada Mu Ya Allah. Aku mampu menikmati segala kurniaan Mu di bumi yang bertuah ini. 

Pada permulaan, semuanya berbahasa inggeris. Bila mengetahui ada pilihan di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, semuanya menjadi amat jelas. 

Sekali lagi aku perjelaskan. Sebenarnya aku kurang suka dengan Bahasa Inggeris. Nak tahu kenapa? Diperingkat awal, pengenalan demi pengenalan identiti saya. Aku masih tidak memahami semua yang dipaparkan. Kita berjagung jagung dulu sementara menunggu padi masak. Telah banyak bahan bacaan, namun setakat ini masih belum mencabar minda yang kehausan tulisan hebat. 

Bahasa Inggeris. Hebat sangat ke? Pertama sekali yang aku akan ingati adalah... 'The corn is tall.' Kita tanam jagung lama kelamaan pokok jagung akan tinggi dan berbuah le! 'corn tall'. Sebagai umat Bangsa Melayu, kita mesti ada keyakinan diri. Hari ini PM sudah menjelaskan tentang 153 PP dimana hak dan ketuanan melayu tidak boleh dicabar lagi. Siapa nak mencabar, berdepan dengan para blogger, kita berentap dulu sebelum pihak kerajaan bertindak. ('corn...tall...laaa') Jangan jadi biaDAP! Setakat tukang kiPAS hingga melePAS! 'Pork Key maRk...deeR'. (hoi! corn...tall...laaa... lu)

SEMALAM

Aku masih tercari cari identiti.

HARI INI

Aku sudah mengenali rentak penulisan. Tulisan mereng, sama lah tu dengan tuannya yang mereng, dah tu berwarna merah, marah kot!

ESOK

Siap lah semua. Kalau tak berani kena hentam, mengapa menulis hentam keromo je! Kalau sudah makan cabai, jangan takut kena tibai, sebab tetap kena 'mark key hammond' paling tidak pun 'kaninawu cau.......bai'. 'Corn... tall... laaaa!'

No comments:

Post a Comment