JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, October 30, 2010

MELODI KEHIDUPAN 202

SOLAT

KEWAJIBAN DAN TUNTUTAN TUNAI

Sehari semalam sebanyak lima waktu..... Hanya Lima Waktu..... Wajib ditunaikan..... 
Wajib ditunaikan. Perkataan 'tunai' tentulah membawa maksud, tidak boleh hutang, apatah lagi bayar secara beransur ansur. Sebagai seorang Muslim wajib menunaikan Solat Fardhu. Bagaimana sekali pun ayat dan susunan kata, perkataan tunai itu telah menjelaskan segala galanya. 

Tunaikanlah Solatmu sebelum kita menunaikan Solat buat kali yang terakhir..... 

Sampai sahaja waktunya, terdengar berkumandangnya seruan azan, tinggalkanlah kepentingan duniawi, jual beli dan tunaikanlah solat. Setelah menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim, maka bertebaranlah kita di muka bumi ini mencari kurniaan Ilahi. 

Jangan ditangguhkan, 'nanti dulu lah!', 'sekejap lagi...', 'nak siapkan kerja ni, sikit jer lagi', 'takpe lah kita solat kat mesjid depan lagi....', 'alah Solat Isyak kan panjang waktunya, sampai subuh lagi...', alasan demi alasan hinggalah kebosanan. Pantang disorongkan bantal, lalu terlelap. Ingatkan sekejap sahaja. Subuh baru sedar dan bangun untuk beralasan lagi! 'Sejuknya, nanti lah dulu!', 'kejaplah, 5 minit jer!', nanti, nanti, nanti nasib baik belum mati dan sehingga tengahari..... lagi..... Bukankah boleh Qadha.....? Amboi! Senangnya jawaban! Tanggungan saban hari, setiap saat tidak tertunaikan. Masa terus berputar, tidak pernah menunggu dan sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Seandainya ajal datang menjemput..... sesaat tidak dipercepatkan dan sesaat juga tidak dilambatkan.....

Sebagai seorang 'hamba Allah' tentunya manusia ini amat bersyukur sentiasa. Seandainya berkiblatkan nafsu, menjadi 'hamba ringgit', 'hamba kuasa', 'hamba tebusan' dan hamba yang 'tuan hamba' tentukan. Semuanya berlandaskan nafsu serakah, kegelojohan umat manusia mengikut telunjuk syaitan! Nafsu! Peperangan yang paling dahsyat dalam sejarah umat manusia adalah memerangi 'hawa nafsu'. Manusia akan lesu, bisu dan kemungkinan juga jadi 'ultra kiasu'! 'Huwaaaa!' Apa punya samsu?  Menangislah sebelum anda ditangisi.....

Kita mampu merancang....., hanya tuhan menentukan..... takdir penentu segala.....
Merancanglah sebaik mungkin sebelum anda dirancangkan.....

Permata hatiku didalam Solat.....

Solatlah kita sebelum kita di solatkan.....

No comments:

Post a Comment