JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Wednesday, November 3, 2010

PAKATAN MENANG LAGI ......

 HARAM

PAKATAN HARAM SUDAH TIDAK HARAM LAGI
 DULU PAKATAN HARAM, KINI PAKATAN MELARAM
DULU HAMPIR KARAM, SEKARANG SUDAH MENGERAM
BIAR PUN MURAM, KALAU HARI HARI DISIRAM!
DULU SEMUANYA HARAM, SEKARANG SUDAH BANYAK MAKAN GARAM
 RAM RAM SOLERAM, INI YANG BUAT TAMBAH GERAM

Membaca, menganalisis, memerhati dan semua percaturan media arus perdana, semuanya memihak kepada pemerintah. Terlalu berat dan amat perit sekali bagi Pakatan Rakyat untuk memenangi atau mempertahankan kedua dua kerusi ini. Begitulah pula penulisan, percaturan dan segala macam bicara media pembangkang, semuanya optimis dan PRK bakal menjadi milik Pakatan Rakyat. 

UMNO BN dan semua parti komponennya, samaada berpura pura atau pun ikhlas, iramanya tetap sama dan tidak hairan jika kesemuanya tetap 'menyokong' BN. Menang atau pun kalah, di dalam BN tetap ada ruang, kerusi dan peluang untuk terus berkuasa.

ESOK 04 - 11- 2010 PRK DUN GALAS DAN PARLIMEN BATU SAPI

Bagi saya, secara umumnya, biarpun pahit untuk ditelan, hendak dibuang, tetap sayang. Saya menjangkakan kemenangan bakal memihak kepada Pakatan Rakyat. PAS akan terus berkuasa di Galas, PKR akan menang di Batu Sapi.

Rakyat Malaysia pada hari ini lebih rela perjuangan Pakatan Rakyat. Apa sahaja UMNO BN buat, kini PAS telah mencontohi dan mempraktikkan untuk memerangkap UMNO BN. Orang melayu pada hari ini telah menjadi racist, mereka sudah meluat melihat karenah bodoh segelintir pemimpin melayu yang membenarkan kelancangan kaum cainis. Orang UMNO pada hari ini hanya lantang di PAU PWTC. Ucapannya kelas satu, menggegarkan dan mencabar petualang bangsa. 

Dihadapan rakyat yang berbilang kaum Pemimpin UMNO BN bagaikan terkedu untuk melontarkan segala buah fikiran yang membina dan membangunkan 1Malaysia. Tersilap butir bicara, diexploitasi dan bakal memakan diri. Masih meragui kedudukan diri sendiri dalam menerajui negara.

Para blogger pro kerajaan masih dibayangi perasaan bersalah dan takut KDN bertindak. Begitu berhati hati dan amat berhemah dalam menyuarakan yang hak. Lihat blogger pembangkang, mereka bagaikan raja, bahasanya sembrono, menulis hentam kromo, pantang tersilap, mereka akan terus menghentam siang malam pagi petang. Bosan, benci, ekk eleh... hamPAS aku membacanya.

PASar yang mempromosikan fitnah telah berjaya mempunah ranahkan kekebalan UMNO Melayu dan BN. PoKeR terus melekakan dan melanyak depan belakang UMNO BN. DAPork pula telah menjadi santapan Pakatan haRam. KebiaDAPig amat disenangi dan disayangi kaum cainis, tambahan pula (Pork Key maRk) terus menggasak dari belakang dan PASar fitnah mempromosikan keindahan pembohongan bukan suatu kesalahan.

Amat menyedihkan, bila orang melayu sendiri telah mula mempertikaikan kredibaliti Bangsa Melayu. Apakah sebenarnya perjuangan UMNO Melayu BN? Gilakan takhta, tamakkan kuasa, diperhambakan harta? Kian mengguris dan mula memilukan apabila suara rakyat telah dinafikan. Rakyat pada hari ini hanya menanti sesuatu yang dianggapnya pelik, yang men'celik'kan minda, yang datang menggolek, senang runding diajak kedalam bilik dan kenyataannya semua yang boleh 'dapat balik'.

Sedih. Pilu yang amat memilukan. Berat untuk diluahkan apa yang terbuku. 
Mudah untuk memangkah. 
Doa dan harapan semuga semuanya akan menjadi iktibar. 
Kita kena terima apa sahaja keputusan oleh para pengundi semua.

No comments:

Post a Comment