JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, February 26, 2011

BLOGGER SYOK SENDIRI!

HIDUP INI AMAT INDAH
HIDUP INI CUKUP INDAH BILA BERTEMAN!
Di samudera luas, makhluk ini dijadikan berpasang pasangan.....
Pembaca blog kini telah berprestasi menurun. Penggemar internet lebih berminat ke FB. Twitter dan seumpamanya. Penulis blog sudah mula menggemari N3 yang ringkas dan padat. Mungkin cukup hanya video. Apa sahaja asalkan ada N3 yang bersesuaian. Yang penting, blog yang telah diwujudkan tidak terbiar, ianya perlu diuruskan dan diteruskan. 

Apa apa sahaja, yang kita fikirkan sesuai, betul dan berfaedah, teruskan. Ingat, cerita Luqman Hakim? Kisah keldai, seorang atuk dan cucunya? Aku rasa, biar apa pun yang aku ceritakan, ianya tidak akan lari dari konsep asal. Manusia yang dikeldaikan atau keldai yang dimanusiakan! Biar aku ulang cerita ini.
  • Ketiga tiga makhluk tersebut jalan bersama sama. Penegur itu mempersoalkan mengapa sanggup macam keldai kerana berjalan bersama sama. Sedangkan keldai itu untuk tunggangan.
  • Atuk dan cucunya pun naik keldai tersebut. Penegur seterusnya pula mempersoalkan mengapa tega mengenderai keldai yang tidak sepatutnya, kecil dan adakah tidak mengasihani?
  • Turunlah atuknya, biarkan cucunya menunggang, sambil dia berjalan bersama keldainya. Penegur ini pula mempersoalkan, mengapa cucunya tidak menghormati atuknya yang sudah tua?
  • Turunlah cucunya, lalu atuknya pula mengenderai keldai. Cucunya jalan bersama sama keldai tersebut. Penegur ini mempersoalkan, mengapa seorang atuk tidak mengasihani cucunya dengan membiarkan ianya berjalan macam keldai?
  • Bosan dengan segala teguran. Atuk dan cucunya pun terus mendokong keldai tersebut. Lalu keldailah pulak yang menunggang manusia. Aku ingat sampai setakat ini, semua orang akan terdiam. Masing masing tentunya 'naik hairan' kan! Siapa yang akan menegur lagi?
Jika anda ingin kisah selengkapnya, carilah sendiri. Cerita ini sudah biasa pun. Cuma komen anda mungkin luar biasa, agaknya. Kesimpulan kisah tersebut, jangan kisah dengan apa sahaja teguran. Yang penting anda tahu nak menjawab. Tetapi, mengapa kisah ini juga sering berulang ulang dalam kehidupan manusia? 

Siapa yang tidak suka menegur? Siapa pula yang suka ditegur?

Hidup di dunia ini, indah bukan? Bermacam macam ada!

Itulah kelebihan kita sebagai umat manusia.

Indah dan cukup indah kehidupan ini.

Pandai pandailah kita memahami keindahan hidup ini.
Pandai pandailah kita menyesuaikan dengan masa dan keadaan.



No comments:

Post a Comment