JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, February 3, 2011

BANJIR MELANDA LAGI.....

KONG HEE FAT CHOY

SELAMAT TAHUN BARU CHINA
SELAMAT MENYAMBUT BANJIR
 


BENCANA ALAM BERPUSING DAN MELANDA LAGI

Peringatan demi peringatan Allah turunkan.

Pembalasan dan malapetaka berulang ulang memperingatkan umat manusia.

Hanya kematian mengakhiri segala penantian dan penderitaan.

Banjir berulang, berpusing pusing tempat, pusat pemindahan, negeri dan parti perintah. Istilah bencana alam, bukan istilah bercinta, biarpun sengsara terpaksa diharungi jua. Banjir telah dan akan terus melanda selagi ada hujan dari langit. Selagi air terus mengalir dari tempat tinggi ke kawasan rendah. Apa apa pun, seandainya aku tersilap, tolong ketawakan. Boleh gitu! Aku pun bukan pakar. Aku sememangnya bukan apa apa pun. Oleh kerana dah ada blog sendiri, aku terpaksa isi, aku terpaksa tulis dan aku terpaksa buktikan yang aku memang penulis. Biar betul! Apa punya bangang, aku terpaksa? Siapa suruh buat blog? Dah bayor streamyx. Dah beli broadband. Apa lagi, enjin google pun dah stand by. 

Membaca tulisan para blogger. Dari dulu hingga hari ini, penceritaan, pemberitaan dan pemfitnahan bagaikan berulang alik di muat naik. Yang telah pergi, muncul kembali penulis blog baru. Yang sudah ketandusan ilham, terganti jua oleh penulis upahan totok yang tambah totoknya. Namun ada juga yang bangkit dengan identiti yang tersendiri. Tidak kurang juga yang menyendiri kerana sememangnya terasing terpaksa membawa diri. Macam aku, keasingan dalam duka. Hidup ini kerana bernyawa! He, he! Set! 

Banjir lagi! Hujan yang berpanjangan, sesekali lebat, renyai, lebat lagi, awan putih diawan sudah tiga hari berlalu. Esoknya mendung. Hujan sesekali. Hari ini panas terik. Tiba tiba, air mula naik, naik dan terus naik! Yang aku tahu, kalau sampai kat atas dapur, orang rumahku masak air nak buatkan susu untuk anakku. Kopi untukku. Tapi air ini naik ke lantai simen rumah, hilang tikar getah, tenggelam buku lali! Waaaa, banjir lagi ni macam tahun 2006/2007. Kat Tenang, Segamat sudah berlalu, BN menang lagi. Banjir mula surut tetapi melalui dan melimpah pula ke kawasan dan daerah lain. 
Banjir di Segamat foto Bernama
Banjir kini melanda berpusing di Negeri Johor,Batu Pahat bakal  mengalami 'Banjir Bertenang"

Laaaaaa, aku dah tak tau nak tulis apa lagi. Air terus naik. Peduli apa dengan blog. Besok, besok boleh sambung. Air terus mengalir masuk, naik dan terus naik. Selagi sempat, baik aku tulis dulu. PC ni bukan kena air pun. Air ini, sebenarnya datang dari mana? Orang PAS cakap, orang UMNO tak mandi wajib. Eh! Tak wajib mandi. Orang UMNO cakap, PAS tak pernah mandi! Biar bonar! Yang aku tau, budak sekarang ni, mana pandai berenang. Aku! Nak gaya apa. Kuak lentang, kupu kupu, menyelam sambil minum air, nak mampus! Air kencing tikus. Soalnya, aku dah bosan dengan politik konyol. Cakap tak serupa bikin! Dah tau banjir tu, pindah ajelah! 

Itulah sebahagian kekuasaan Allah. Politik tu, setakat mengkafirkan umat, bongok! Allah menguji umatnya, reti bersabar atau tidak. Bagi kekayaan, reti bersyukur, apa nggak? Udah miskin, papa kat dana, dana kebajikan, reti bersujud ke tidak? Ini baru diuji, kalah dan terus kalah, udah hilang kawan, hilang akal, hilang pedoman. Hei! Berapa banyak hilang laaaa! Buang aje laaa! Buang kawan, buang saudara, buang bangsa, buang agama, hoi! Buang tebiat la tu! Padan muka aku! Huwaaaa!

 Mereka, rakyat Malaysia yang berada di Mesir sibuk dipindahkan, dari Mesir ke Jeddah.

Orang PAS hanya pandai mengamuk, nak jadikan Malaysia macam Mesir jugak. 
Ramai orang PAS yang berada di Mesir minta diselamatkan, minta dibawa pulang segera.

Orang PAS hanya tahu mempergunakan kerajaan jahiliah untuk menyelamatkan dirinya. Menyalahkan semua orang dan pemimpin UMNO.

Berita lanjut BACA SINI

Pindah lagi. Makan nasi kawah. Tidur kat dewan. Mengharapkan bantuan. Kalau kat mesir, tidur kat dataran Tahrir. Banjir darah. Eh, itu kan kat medan Tian nan men. Kenapa PAS macam berdoa, supaya berlaku kat Malaysia? Dasar totok kawarij. Gila kuasa. Dasar kapir. Macam belondo dibagi tanah. RamPAS terus!! Sikit kasi, banyak mintak! 

Sebenornya, aku taklah marah sangat, cara berpolitik. Lantak kamu le! Negara Pertanian di dunia habis kena cuci, kena samak kut! Tak cukup ke lagi halalnya? Macam mana nak halalkan, asyik main ramPAS je, dah tu bagi kat politik jugak. Berpolitik lagi. Pokok lada dan tanaman kontan aku, habislah. Kena beli kalau nak makan. Banyak weiii, tanaman baru berusia tiga tahun, pokok buah buahan, pokok bunga? Habislah semua. 

Bencana alam, mana kira anda berpolitik apa. Kat mesir tu, kira bencana alam juga ke? Hei, mesti kira, melibatkan orang awam, harta benda weiii! He, he, he! Boleh gitu? Samdol! Kerana politik, tuhan marah. Bila tuhan marah, alamat bencana membawa petaka. Kini segala ujian getir dan malapetaka akan berlaku tanpa amaran dan firasat lagi. Sebab firasat sudah dirasai setiap hari. Hingga lali, bahaya dan derita sedang menanti. 

Wow, air banjir kian meningkat. Hujan tidak, tiba tiba air terus naik ni!

Pindah. Nak pergi daftar ni!

No comments:

Post a Comment