JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Tuesday, February 8, 2011

MISTERI CICAK

Foto hiasan sumber inspirasi biasan
Makhluk yang hidup dalam habitatnya.
Mungkinkah manusia juga dalam proses menjadi sepertinya?
Kisah 'Misteri Cicak' tu ada kat bawah ...
kita cerita bab politik dulu!

PERJALANAN KEHIDUPAN
******************************************************************
KEMBARA KEANGGUNAN

 DEBAT! DEBAB!!
 Orang kata! Manusia asalnya dari monyet. Itu dia lah kan!
Monyet itu asalnya dari manusia. Aku percaya, cuma... monyet yang mana?
Siapa monyet dan monyet itu kenapa?

DEMO, DEBAT! 

Itulah politik tanah air kita pada hari ini. Makhluk Pas ini sibuk nak berdemo ala Mesir.  Seboleh bolehnya nak berkuasa, merampas takhta dan mengumpul harta. Mengapa begitu lantang macam binatang? Sama jer dengan makhluk seperti foto diatas. begitu bangga dan megah mempertontonkan kebodohan dan ke'malu'annya? Itulah kata pariah sirayer adun penang!

Apakah dengan berdebat, menyelesaikan perbalahan jebat? Bukankah semuanya itu serupa sahaja musibat, saja nak jual ubat? Kesalahan apakah yang telah dilakukan oleh Tuah? Macamana pula dengan Jebat yang dituduh menderhaka?  oooouuuuuuu!

Apa apa pun baca dulu tulisan zul4kulim

 Jebat hendak membela Tuah. Sedangkan Tuah hendak menyelamatkan negara. Tuah tetap bertuah lantaran perjuangannya demi agama, bangsa dan tanah air. Jebat membela ketidak adilan, berdemo kot, beraja dihati ke, untuk dendam kesumatnya laaa. Masing masing ada kebenarannya yang tersendiri bukan! 

Tepok dada!! Laaaa, pekong penuh di dada rupanya.....

SUMO, SEBAT!!

Gusti ala Jepun yang popular. Saja nak beradu kekuatan. wwe. Pertunjukkan ala sarkas jer! Bukan ada apa apa pun. Saja nak kutip duit tiket. Bilion beb! Jadi tak salah, kalau ada parti serbanika nak sebat derma orang ramai kan! Kalau aku kan, buat 'parti geni' tiga hari, tiga malam, tiga dol, macam pr weiii! Aku dengar boleh 'kebal' tau. Tapi kan, aku lebih percaya kalau tambah bebal! mungkin jugak boleh dijadikan 'tumbal'. 

Apa pun, semuanya itu persoalan gombal!

Antara lawak antarabangsa, ciptaan kaum berok ala pas. Sandiwara murahan, arahan pemimpin gembel. Semuanya untuk menagih simpati rakyat. Memalukan atau memualkan? Jawab ler sendiri! Tidak mustahil, selepas PRU 13, kalau pr menang, negara huru hara, haru biru, rakyat akan berdemo macam kat Mesir sekarang ini! Jangan salah pilih! Pemimpin bertukar ganti, pilihlah yang bertamadun bukan macam pr jahiliah!!!

******************************************************************
MISTERI CICAK
Cicak yang menggamit persoalan dan misteri alam

Antara cerita paling popular! 

Kisah ini sebenarnya ada kena mengena dengan kehidupan kita hari ini.

Boleh percaya? Antara amanat orang tua dulu la kan. Kalau dapat tangkap cicak, 'sembret' atau koyakkan jer, mulutnya. Menyiksakan! Lebih baik terus bunuh sahja. Bagi makan kucing ke, atau bagi makan ikan haruan dalam kolam atau aquarium. Kawan kita tu, kaki pancing 'unjun' untuk menangkap ikan haruan di sungai. Cicak hidup, masih bernyawa, kesakitan di cucuk kat mata kail. Bukan nyawa ikan lagi. Memang buat makan ikan pon. Campak, lalu gulungkan, pemutarnya macam berjalan, lalu mengundang minat ikan haruan untuk menyambar. Cekuppp! Burrr!! seronoknya... 

Mana sama cicak kat Mesir dengan cicak kat Malaysia? Cicak yang kurang ajar tu dalam gua kat Arab sana, macamana cicak kat Malaysia dan dimana sahaja menjadi mangsa? Itulah antara kisah dimana, seorang teman, penyokong pas, memarahi aku kerana sembretkan mulutnya. Mana ada kena mengena dengan pahala membunuh cicak begitu?

Persoalannya, aku memang marah sangat dengan cicak. Tidak kira dimana, kat Malaysia inilah, celaka punya cicak, habis songkok aku diberakkan. Aku terlupa nak lipat sejadah, nak cepat la katakan. ek-eleh, tau tau dan ada taik cicak. Nak masuk ke bilik air, dalam besen, pun ada taik cicak. Nak minum, pun ada taik cicak kat bibir gelas. Diatas meja, hai dalam kereta pun ada. Sampai Masjid, pun ada jugak taik cicak kat carpet dan dimana sahaja asal ada lampu, bersepah sepah lah taik cicak. Suka hati dia sahaja, disitu makan, disitulah jugak dia berak. Yang aku paling sakit hati, bila kita bercakap atau bersembunyi, suka suka dia berbunyi. Memang geng setan. 

Siap kau! Aku dapat tangkap, maut!!

Kalau masaalah cicak, pun boleh membuatkan manusia berbunuhan. Apatah lagi manusia yang sememangnya suka berbunuhan. Lalu berapa ramai lagi manusia yang akan membela cicak? Aku cuma nak bagi tau, orang pas lah yang pertama berdebat dengan aku pasal cicak. 

Jika anda nak mempertahan hak asasi cicak, itu hak kamu lah. Yang aku tau, cicak ini amat mudah membiak. Macamana monyet monyet di kampung ku sekarang ini. Pembiakkan dan populasinya amat memberangsangkan. Satu koloni, satu dominannya mampu melebihi 50 ekor. Kemungkinan, bila sudah terlalu banyak, tidak mustahil, sekiranya koloni tersebut pun ada parti. Demontrasi akan berlaku untuk meminta hak penempatan dan hasil perkebunan kita. 

Manusia ini akan terus membuka dan meneroka setiap inci tanah di bumi ini. Jadi, kaum berok dan monyet ini akan memperjuangkan haknya. Bayangkan kalau PR = Puak Rimba berkuasa nanti, siapa yang akan jadi monyet dan siapa monyet sebenarnya! Aku cuma nak cakap, cicak pun ada yang jadi ahli pas dan tak mustahil monyet pun adalah kroni PR.

Misteri ini hanya sekedar renungan sahaja.

Negara kita adalah tanggung jawab kita. Mengapa mencampuri urusan negara lain? Rumah tangga jiran kita pun, tidak sewenang wenangnya kita dibenarkan mencampurinya. 

Mengapa tidak memperbetulkan diri sendiri sebelum menasihatkan orang lain?

Dimanakah akidah kita sebenarnya?

JAGALAH AKIDAH KITA. 
POLITIK MANA ADA AGAMA!!
KITA YANG MENENTUKAN, 
MENGKIBLATKAN PERJALANAN KEHIDUPAN INI.....

No comments:

Post a Comment