JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Friday, February 11, 2011

Misteri Azan 4

ISLAM ADALAH SEGALA GALANYA

ALLAH YANG ESA

PERJALANAN KEHIDUPAN
******************************************************************
KEMBARA KEANGGUNAN

KEUNGGULAN AZAN

Mendengar laungan suara Azan, bergema dan memecah kesunyian di waktu pagi, amat menenangkan dan keredhaan mengiringi perjalanan kehidupan hari ini.

Azan akan terus berkumandang. Menyeru Umat Muslim menuju kejayaan. Menyeru Umat Muslim menunaikan kewajiban Lima waktunya. Peringatan demi peringatan Allah turunkan. Banjir, rusuhan dan seribu satu bencana silih berganti diantara waktu dan tempatnya. Setiap tempat dan lokasi dengan berbagai bagai punca serta sikap biadap angkuh manusia itu sendiri.

Sebahagian penduduk di Malaysia, digenangi air bah. Kedinginan diiringi kerusakkan harta benda. Di Mesir meneruskan kebejatan penggulingan presidennya. Nyawa tidak berharga lagi. Hidup penuh penderitaan. Mati pun berterusan siksaan. Di Indon pula muncul agama baru. Gereja diserang. Semenanjung Korea menunjukkan belang dan taring. Thailand dan Kemboja berebutkan warisan. Tunisia? Lagi, berapa banyak? 

Manusia terus menuntut hak, adil dan yang penting demi kehidupan. Mungkin perjalanan kehidupan ini masih terlalu jauh. Masih banyak lagi yang perlu dipertahankan. Masih bersemangat memperjuangkan segala  keperluan, keduniaan. Yang pasti semua manusia di dunia ini, bangkit dari tidurnya akan berjuang dan terus berjuang.....

Sebahagiannya dengan kesengsaraan. 
Namun sebahagian juga terus leka diuliti kesombongan.

Mendengar Seruan Azan, matahari mula condong ke barat, Dzuhor sudah tiba rupa rupanya. Kita berehat seketika. Sujud kepada Yang Maha Kuasa. Hampir sebahagian hari ini telah dilalui.....

Bagi Umat dan Negara Islam yang memahami dan mengerti tentang 'valentine day' sedaya upaya menghindari umatnya terjebak. Kaum Kristian menjadikannya perayaan berkasih kasihan. Generasi muda bagaikan kehilangan peduman. Dimana ada 'syurga' di situlah 'tuhannya'. Amat malang sekali, parti yang memperjuangkan Islam kononnya terjebak dalam keserakahan nafsu untuk berkuasa.

Haiwan sendiri tahu untuk berkasih sayang. Menyayangi anaknya. Mengapa Manusia tergamak membinatangkan dirinya? KLIK Mungkin hanya sebahagian binatang yang tidak berperi kebinatangan. Namun sebahagian manusia juga yang berakal, berilmu dan beragama Islam tetap berperikemanusiaan.

Seketika, Azan berkumandang lagi. Telah masuk waktu 'Asar. Empat Rakaat ditunaikan. Hari ini hanya tinggal suku sahaja. Mungkinkah kita dalam kerugian?

Suasana petang masih bermentari lagi. Mungkin disana sedang bermandikan hujan dan air banjir. Tidak cukup itu, masih ada yang tergamak memercikkan darah merah. Membangkitkan kemarahan. Menanti senja melabuhkan tirainya.  Seketika membaca di Negeri Selangor. Rahsia disebalik rahsia. Mungkinkah rahsia yang separuhnya, sebenarnya bukan Khalid gagap MB Selangor? Depan semua rakyat, inilah pemerintahan PR di Selangor. 

Hari semakin petang. Kerajaan PR di Selangor ni, sudah lama ke belum? Masih belum cukup balun? Bukankah lebih mudah, 'bubarkan dewan'? Apa, bubarkan dewan pun perlu 2/3 ke? 

Azan Maghrib berkumandang dikecerahan awan barat, di kaki langit. Seketika jua, malam akan menjelang. Hari ini telah dilalui sepenuhnya. 

Didalam kita melayari internet, serata dunia telah dilawati. Mungkinkah hari ini, sehari melayari internet? Hampir seluruh berita di dunia ini telah dibaca. Sebahagian berita semalam. Sebahagiannya juga hari ini. Tetapi kebanyakkannya, apa yang telah dibaca dan dilawati adalah berita semalam. Cerita semalam. Kisah semalam. Diktator dulu. Pembangkang dulu. Bencana di zaman dulu. 

Sekarang kita sedang berada di waktu Maghrib. Singkat dan sebenarnya hanya seketika kita bersujud kepada Yang Maha Esa. Masihkah kita memikirkan hari esok? Apakah itu esok? Kemanakah arah dan kiblat kehidupan kita? Apakah kita masih tercari cari? Ops piramid 2 akan diteruskan jika perlu. Demo pas tak tahu sampai bila. Semakin merapu adalah! Demi kuasa, hari kekasih pun jangan dilupa. Pakatan PR ni, hanya berkasih sahaja selama lamanya. Ulangtahunnya mudah le, 14 febuari. 

Rupa rupanya masih terlalu ramai yang tidak pernah puas dengan hari ini, sebelum datang hari esok yang sakit! Esok tidak pernah menjanjikan keindahan hingga ke petang. Dunia ini sentiasa berputar. Putaran masa yang dipertontonkan oleh jam dinding adalah 'benar'. Kalau sengaja anda putarkan lebih setengah jam ke, habis bateri ke dan anda telah tertidor untuk selama lamanya? Azan tetap berkumandang tepat pada waktunya.

Azan dilaungkan buat kali ke lima dan terakhir pada hari ini. Solat Isyak akan mengiringi tidor kita. Itupun jika anda memilih untuk berehat lalu tidor. Jika masih hendak menghadap PC, berdangdut ke, mesyuarat AJK dan suka hati anda hendak mencorakkannya. Malam masih muda katakan!

Esok sedang menanti. Untuk siapa? 

Patutkah kita menanti hari esok, berjaga sepanjang malam? Tak kuasa aku! Bila dah jumpa bantal, tak tau nak belayar di arena mimpi pulak! Sudah penat seharian main internet. Malam bermain dengan mimpi! Esok kalau tuhan masih sayangkan kita, kita akan bangun lagi. Sepatutnya seruan Azan ini mengiringi anak yang baru dilahirkan. Bukan dicampakkan sewenang wenangnya macam kotex.

Kebiadapan manusia yang beragama lain, semuanya berpunca dari pemimpin dan ahli pas yang sesuka hatinya menghina agama, bangsa, tanah dan air orang melayu ini. PKR yang sememangnya parti cap 3A sepenuhnya membenarkan pemimpin dan ahlinya menginjak injak agama Islam. Kini UMNO adalah musuh kepada semua manusia yang gilakan kuasa, takhta dan harta di Tanah Melayu ini.

Malam sememangnya untuk tidor. Oleh itu menafaatkanlah sepenuhnya. Bagi yang terpaksa berjaga malam, maaflah ya, siang anda boleh tidor. Jika sempat, solat tengah malam. Kalau tidak, tunggulah sehingga.....

ITULAH SERUAN AZAN!
Membezakan kita dengan lain lain umat manusia.

Bagi insan yang tidak mengerti dan menghayati kekuasaan Penguasa Semesta Alam, tentunya merasakan suatu gangguan dalam tidornya. Jika kita sendiri asyik memikirkan keduniaan, pastinya masa ini dilalui dengan begitu pantas sekali. Apa apa pun, anda sendiri yang mencorakkan kehidupan anda. 

Mungkinkah seruan azan perlu diperlahankan atau dipertahankan? Pertikaian adalah disebabkan bacaan Al-Quran sebelum masuk waktu. Jika speaker terlalu lantang, lalu max volume, mungkin bacaannya tidak jelas dan lebih menyakitkan telinga. Bagi orang yang tidak beriman dan kaum kafir tentunya mengganggu keselesaan tidornya. Wajarkah bacaan ayat suci diperdengarkan sekuat kuatnya hingga mengganggu?

Sewaktu seorang muslim sedang solat, kita tidak dibenarkan meninggikan bacaan ayat suci Al-Quran atau suara kita hingga mengganggu solatnya. 

Azan Wajib di kumandangkan sekuat kuatnya dengan jelas!

Bercerita tentang kemungkaran, seolah olahnya berkemuncak pada 14 febuari. 

Pada tahun 2011 ini Sambutan MaulidurRasul jatuh pada 15 Febuari. Maka dengan itu, terjaga kita dari tidor, hari hari yang penuh penyiksaan, bangkitlah umat Muslim sempena kelahiran Nabi Besar Junjungan kita ini.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H

Mudah mudahan Allah merahmati kita.....





No comments:

Post a Comment