JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Wednesday, March 2, 2011

Perjalanan Mencari Kesempurnaan

PERJALANAN KEHIDUPAN

KEMBARA MENITI SENJA

Hanya KepadaMu Aku Memohon.....

Hidup ini penuh cabaran. Hari hari yang kita lalui, penuh cabaran dan ujian. Bermacam macam dugaan mengiringi untuk mematangkan pemikiran. Kita hanya mencari keredhaan. Hidup ini hendaklah disyukuri. Kegagalan bukan untuk ditangisi!

Terlalu banyak rintangan yang mendatang. Silih berganti bagaikan siang dengan malam. 

Dalam memburu keduniaan, duniawi diutamakan, akhirat ditinggal tinggalkan. Kalau boleh, dunia kita dapat, akhirat juga kita sempat. Namun sebagai manusia, kita sering memperjudikannya. Sanggup menjadikan pilihan, akhirnya dunia juga yang diutamakan.

Kita dikurniakan akal dan fikiran.....

Mungkinkah, kita hanya akan terus berfikir, berfikir dan hari kian senja? Entah apa yang difikirkan. Fikiran kian kusut. Harapan tinggal harapan. Apa yang dihajatkan, tidak kesampaian. Sesuatu yang tidak diinginkan pula menjadi kenyataan.

Apakah perlu bersendirian di dunia yang fana ini? 
Omongan kosong insan yang kehausan kebahagiaan.
Di dunia ini kita dijadikan berpasang pasangan,
Ada masanya, kegembiraan mengiringi harimu,
Namun ada ketikanya, kedukaan memayungi perjalanan....


Bukan senang hendak senang
Semua Insan di dunia ini mencari kesenangan
Biar pun air mata berlinangan
kesengsaraan silih berganti kedukaaan menjadi bayangan setia
hidup ini perlu diteruskan.....

Selagi hayat dikandung badan.


Apakah ringgit dollar menjanjikan kebahagiaan?
Emas berkoyan menjadi pujaan, menjadikan syurga kehidupan
Impian menjadi kenyataan!
Manusia akan berbuat apa sahaja demi wang ringgit,
kuasa politik dan takhta.

Hidup ini untuk bertaqbir bukan?


Dimana bumi di pijak, disitulah langit dijunjung
Kita hanya bersujud kepada Ilahi.




No comments:

Post a Comment