JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, March 19, 2011

Kebebasan Bersembang & Bersombong


Perjalanan Kehidupan

KEBEBASAN YANG TERKONGKONG

SEMBANG SOMBONG


Aku merasa heran, pelik bin ajaib. Tapi, bila aku halusi semula, itulah kebesaran Yang Maha Esa. Susah juga bila nak sebut perkataan ‘Allah’ bila sudah dipolitikkan. Sebagai manusia biasa kita seringkali lupa. Lupa! Leka, lalai, lali dan yang penting, ‘yo, ojo lali’ kepada Yang Mencipta kita. Gitu! 

Bila aku nak tulis, nak N3 kat blog, nak update gitu, wow, banyaknya tulisan yang serupa. Kita serupa ke? Memanglah, kita semua kan manusia. 

Puncanya, aku membaca semua blog yang sempat dilayari. Yang mana baik punya artikel, gua cilok sikit, cilok sana, cilok sini. Laaaa, lalok jugak kan! Aku ingat N3 sudah bagus la kan. Eh! Ada lagi N3 yang lagi bagus. Haaa, ini baru syokkk! Mencabar minda kan! 

Jadi, siapa yang tidak meniru, menciplak dan apa sahajalah untuk kepuasan diri sendiri. Setiap yang tertulis, pasti ada yang membaca. Setiap bacaan tentunya menimbulkan kesan. 
Keberkesanan itulah yang akan terus melahirkan, mewarnakan dan segala kemungkinan kehidupan di maya ini.

TSUNAMI 

Habis sebahagian kepulauan yang ‘cantik’ dan kemajuan sebuah negara. 

Itulah manusia. Lupa, leka dan selalu menganggap dirinya yang terbaik diantara manusia. Bila ujian datang melanda, tadah aja lah, tepuk dahi, urut dada dan termenung kan paling best. Bukan nak menghina, mengkufurkan apatah lagi mengkafirkan! Bukan kerja aku! Selisih! 

Yang Maha Kuasa telah menentukan segala galanya. Yang Maha Esa  jua Yang Maha Mengetahui. Yang hidup pasti mati. Yang berjaya akan menemui kegagalan jua. Yang degil dan tak tau bersyukur akan menerima balasannya. 

Permudahkan jalan ceritanya, di mana bumi yang tidak pernah ditimpa hujan? Senangkan, jawabannya!

Apakah, kita kini berada dalam situasi yang selamat? 

Bencana alam silih berganti, tidak mengira tempat dan usia. Semua yang berada di permukaan dunia akan berhijrah ke perut dunia. Eh, ada ke yang tercampak keluar dari muka dunia? He, he, he.

BENCANA LOJI KUASA NUKLEAR

Nukkiller. Nukliar. Nuclear. Mana satu ejaan Bahasa Melayu? Eh, Melayu ke Malaysia? Confuse lagi! Suka hatilah, apa aku nak tulis. 

Satu ketika, dunia bagaikan terlupa. Semua negara berlumba lumba membina loji kuasa nuklear. Masing masing ingin menjadi negara kuasa nuklear. 

Bila bencana alam, masing masing akan menuding jari ke arah manusia. Manusia ini lupa untuk bersyukur. Manusia ini terlalu tamak. 

Bila bencana ciptaan manusia pula memusnahkan manusia? Sekali lagi, manusia akan menuding jari ke arah manusia. Sebab, manusia ada jari! Jari manusia hanya akan menuding kearah manusia lain sahaja.

Politik Negara Kita.....

Senario pada hari ini, ramai yang bakal meninggalkan kerusi empok. Usia dan kesihatan yang bakal membantutkan perkembangan kemajuan negara, kini mempengaruhi faktor penentu oleh pengundi.

Disebelah, Parti Pemerintah akan diterajui oleh muka baru, lebih muda dan berketrampilan. Namun, ajal maut, bukan kita yang menentukan. 

Yang tua, pun masih boleh menongkat langit. Selagi hidup, selagi itulah terus berkuasa. Belum ada yang layak, masih disukai, disayangi dan diundi rakyat.

Contohnya, disebelah sana, pihak membangkang. Pantang undur. Pantang mengalah. Macam mentor dia orang, LKY. Biar merangkak, berkerusi roda sekali pun, ewah, terus berjuang. Alahai! Begitulah, bila orang sudah mabuk kuasa. 


No comments:

Post a Comment