JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, March 3, 2011

Antara Bencana Dan Angkara Manusia

BENCANA ALAM UJIAN TUHAN

KEJADIAN YANG BERLAKU DI DUNIA INI
SUKA DAN DUKA ADALAH ANUGERAH TUHAN
MANUSIA HANYA PERLU MENGINSAFINYA

Kota Mekah

Apa sahaja yang terjadi, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Disebalik kedukaan terkandung beribu juta nikmat kesyukuran.
Disebalik kegembiraan tersirat berjutaan sikap kekufuran.
Susah senang, bahagia dan derita menjadi tohmahan punca perbalahan.....

Air yang tenang menggenangi Masjid!

Apakah hujan dari langit itu angkara manusia?
Bila kemarau berpanjangan, projek hujan tiruan diciptakan oleh manusia.
Bila hujan bercurahan, empangan menjadi tadahan, banjir.....
Air mengalir ke lautan, membanjiri lurah laluan sepanjang dataran,
Daratan mahligai kediaman insan ditenggelami air,
Banjir termenung membuatkan insan menjadi bingung!


Banjir akan terus melanda, bila hujan berpanjangan, bercurahan,
Sebagai penghuni bumi, kita punya akal, ilmu dan pengetahuan,
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan adalah lebih baik,
Ingatlah kesusahan diwaktu kita dalam kesenangan.

Mengapa perlu diperdebatkan, dipertikaikan, kekuasaan Tuhan,
Kealpaan, kelekaan adalah kelemahan umat manusia,
Manusia akan lupa, terlupa dan dilupakan,
Tetapi manusia tidak pernah lupa menyalahkan tuhannya!


Bila bencana datang menguji umat manusia,
lalu bermacam macamlah hujah manusia mempertahankan dirinya.
Sejuta macam persoalan menghujani ketidak puashatian.
Seolah olahnya manusia ini tidak punya kelemahan.....

Mengapa buat rumah di tanah rendah? Senang nak dapatkan air dan tanahnya subur mudah dikerjakan. Kenapa tidak buat rumah panggung, supaya bila banjir tidak banyak kerosakkan barang berharga? Sudah lama tidak berlaku banjir. Kayu semakin mahal, tak mampu hendak buat rumah kekal sepenuhnya. Kena buat dua tingkat, agaknya. Tidak ada lagi kawasan tinggi. Bukit dah bagi kat cina. Tanjung dah diambil keling!

Mengapa tidak menanam pokok besar disekeliling rumah untuk mengurangkan penangan angin ribut? Kalau pokok tumbang, ranap juga rumah kita. Pendek kata, semuanya yang berlaku itu ada jawabannya. Cuma manusia itu sendiri yang tidak tahu, kerana pelupa, lupa menguasai dirinya , mengapa ianya dilahirkan sebagai manusia?

Masjid Di Rusia. Bukan Rusila!
Antara Masjid Di Dunia INI!

Mengapa dilahirkan sebagai 'Orang Melayu'?

Sudah Taqdir!

Bagi diriku, persoalan mudah yang sengaja di susah susahkan. Soalan pendek yang sengaja dipanjang panjangkan. 

JUMPA LAGI KALAU BELUM MATI!

No comments:

Post a Comment