JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Saturday, January 15, 2011

MISTERI SERUAN AZAN


 ANTARA KEBESARAN ISLAM

AZAN @ BANG 

Azan Solat sebentar lagi, menandakan masuknya waktu Solat..... bagi kawasan ini dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya.

SERUAN AZAN @ BANG WAKTU

Bila berkumandang sahaja, suara azan, secara automatik umat Islam terhenti untuk seketika, menghormati dan memberi laluan sepenuhnya.

Bila terdengar sahaja azan berkumandang, umat Islam telah mengetahui waktu pada masa tersebut. Bila azan subuh dialunkan, bagi yang tiba tiba terjaga, tentunya bingkas bangun untuk menunaikan solat. Tanda kesyukuran ke hadrat Yang Maha Esa lantaran masih bernyawa untuk meneruskan kehidupan ini. 

Bila azan Dzuhur pula berkumandang, berhentilah untuk seketika. Setelah sebahagian dari hari ini berlalu sudah. Matahari telah pun condong ke barat. Apa sahaja kebertanggung jawaban kepada umat manusia, agama, bangsa dan tanah air telah tertunai sudah. 

Menanti berkumandangnya azan ‘Asar. Umat Islam bersujud buat kali ke 3 pada hari ini. Waktunya agak terbatas. Sesungguhnya Manusia itu di dalam kerugian. Tanda kesyukuran padaMU yang Berkuasa.

Berehat seketika menanti waktu Maghrib. Melihat keindahan alam berlalu. Keindahan hari ini akan berakhir. Azan Maghrib berkumandang lagi. Waktu untuk menunaikan kewajiban ini amat terhad.

Waktu yang terbatas ini amat sesuai untuk mendekatkan diri, memohon segala keampunan pada Yang Maha Kuasa. Bergema sahaja laungan azan ‘Isyak, maka sebahagian hari ini telah kepenghujungnya. Kita akan tidor. Mungkin untuk selama lamanya.

Apabila terdengar sahaja azan berkumandang, kaum Muslim telah mengetahui waktu dan peringatanNya.

Adalah amat celaka, bilamana jahanamewee yang mengaku 1Malaysia sesuka hatinya mempersendakan laungan azan. Sewenang wenangnya mohon maaf. Benarkah ikhlas keterlanjurannya? Mengapa foto budak celaka itu menghiasi ruang utama Agenda Daily?

Itulah seruan, lambang keagungan Yang Maha Esa. 

Bagiku diriku, sebagai manusia biasa, hidup bergelumang dosa, amat terasa bila terdengar seruan azan. Inilah keindahan kehidupan di Malaysia.

walau pun di dalam keadaan tidak bersedia, tetapi dengan sendirinya kita akan bersedia untuk menunaikan kewajiban kehadrat Yang Maha Esa. Hidup ini adalah untuk bertaqbir bukan untuk melawan taqdir. bukan untuk menyembah yang lain. mencari agama lain. bagi mereka itulah agama mereka. bagi ku adalah Agama Islam segala galanya....

 keindahan alam hiasan kehidupan dan penulisan

kehidupan ini begitu indah, syahdu dan nyaman sekali
kita hanya mampu untuk merancang keharmonian

Bagiku yang tidak seberapa pengetahuan agamanya, Sesungguhnya, Hidupku dan matiku adalah kerana Allah.....

Mengingatkan peristiwa Bilal Bin Rabah. Bila dikaji selidik, kafir setan laknat akan menumpang sekaki memperbodohkan umat Islam. Mengapa sebagai Umat Islam, kita leka Untuk menghalalkan cara, demi kuasa, harta dan segala kemungkinan untuk menghina umat Islam akan dilaksanakan. Pada dasarnya, PAS seolah olahnya, memperjuangkan Islam. Sebenarnya hanya pada nama sahaja. Sebab itulah, lahirnya, aku menulis bukan kerana nama. Aku berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

Oleh itu, jika anda berjuang demi parti, kuasa dan temboloknya, berjuang lah macam Mat Jenin! ‘Suka hati korang mencorakkannya.’ PR akan menang. PR akan memerintah. Tahukah nasib kamu PAS? Kampung akan tergadai, umat melayu akan ditindas. Jelasnya, Malaysia hari ini akan berubah mengikut acuan biaDAP pula. Itulah PAS yang menganggap dirinya amat bertamadun, sehingga mampu menjamin ‘syurga’ kepada pengikut dan pengundinya. 

Dari nama sahaja, PAS adalah sebuah parti Islam. Perjuangannya demi Islam. Ketuanan Islam. Sama ada sedar atau tidak, PAS telah tenggelam kedasarnya. Dasar perjuangan Islamnya, kini telah sampai penghujungnya. Islam hanya sekedar, permainan politik. Demi kekuasaan, harta dan segala galanya. PAS merelakan partinya untuk menjadi tonggengan dalam PR. 

Siapa boleh percaya, PAS akan merampas semua kerusi yang ditandinginya untuk menumbangkan UMNO? Sekiranya ada 100 kerusi Parlimen yang ditandingi UMNO, termasuk di Sabah. Mampukah PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi UMNO? Dengan cara berkempen, kemampuan rohani dan jasmani, mampukah PAS menumbangkan UMNO? Memang tidak mustahil. Mampu menguasai 60 kerusi, adalah mustahil tetapi boleh menjadi kenyataan. Kedudukan 60 kerusi Parlimen sebagai bekalan menduduki Putra Jaya, mungkinkah PKR dan DAP akan mengutamakan PAS bilamana kerusi utama adalah milik PKR dan DAP? 

BEGITULAH HUJAH SAUDAGAR MIMPI!!!

Bagi PAS semuanya halal. Apa sahaja, demi undi dan kuasa. Untuk menguatkan hujahnya, PAS pimpinan ketua am nya, rela mengatakan mereka bukan orang melayu. Apa hal nya pula, dengan Presiden PAS, menganggap melayu UMNO itu tidak bertamadun? 

PAS beranggapan, melayu itu, adalah melayu UMNO. Tidak ada kaitannya dengan perjuangan parti. Semuanya ini hanyalah, omongan kosong dimeja politik. Politik ini didefinasikan, hanya sebagai kisah ‘Pak Kadok naik junjung yang dipegang dan dipanjat bersama sama Mat Jenin.’

Telah menjadi lumrahnya. Kelumrahan kehidupan. Di Malaysia ini, orang melayu khasnya, mereka mudah lupa. Bijak pandai, kaya raya dan segala galanya. Orang Melayu ini mudah di tipu, diputar belitkan, masukkan dalam bakul lalu timbang kilo sahaja. 

MCA yang berjuang bersama sama dalam BN, tidak perlu melanggar kontrak sosial. Bersama sama melangkah maju, mentransformasikan Gagasan 1Malaysia. Ini adalah persoalan individu. Sikap ultra cauvanis racistnya telah mengheret politik kedalam bilik tidornya!. Peguam? Pembelit? Penipu? Pembohong? Apa sahaja!! Sukarkah menjadikan biliknya kalis bunyi?
Kalau di Malaysia tidak boleh tidur lena, kenapa tak balik sahaja ke pergunungan kampung halamannya? Bukankah banyak lagi tempat yang sunyi dan aman! Dasar ‘loyar buruk’ anak beruk!! 

beruk ini hanya sengaja hendak mempolitikkan. sengaja menggeletek kaum melayu supaya melatah. selepas ini minta maaf. tak tau pulak ada Agama Islam. biar pun bagi mereka, tuhan mereka boleh dipersenda, dikencingkan kerana tak betul bagi nombor 4d, tetapi janganlah sekali kali menyentuh sensitiviti Agama Islam. dalam gurauan, kita boleh bergurau senda, tetapi bab agama terlalu sensitif.

Bila tiba, Tahun Baru Cina, Kong Hee Fat Choy, dentuman mercun menerjah ruang angkasa. Bunga api dan sebagainya untuk memeriahkan suasana Tahun Baru Kaum Tiong Hua. Ada orang melayu memprotes? Seronok bersama sama memeriahkan, telah menjadi adatnya. Perintah dan larangan disejuk bekukan walaupun sementara.

Tidak cukup lagi kah sifat toleransi kaum melayu?

 itulah dasar dasar syaitan yang direjam....

menyesatkan anak cucu adam untuk selama lamanya.....



No comments:

Post a Comment