JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, January 20, 2011

LANUN KEPARAT


KORPORAT, KEPARAT!!

Ke mana hendak menenangkan perasaan?

Di Tenang pun sudah tidak tenang lagi.

 bermacam macam lanun

Yang pelik, tiba tiba penulis dapat mesej penting,
62003
RM0.00 Notis penting :
Anda perlu sms ON HU dan ON HV
Ke-33933 SEGERA utk kemas kini
Servis SMS Content anda
Skrg!

Apabila menerima SMS tersebut. Tanpa berlengah dan membuang masa yang macam emas, semakin hari semakin mahal! ON dan hantar. Tujuannya untuk mengemas kini. Seingatnya penulis, jarang menggunakan pesanan ringkas. Mungkin juga perkhidmatan sms saya akan ditamatkan kerana jarang menggunakannya. Kacau juga ni! 

Masa berlalu begitu pantas sekali. Entah bila jari jemari saya menari, jawaban telah diterima,

33933
RM0.00.
Successful registration.
No subscription fee.
Price: RM4.00/SMS, until cancelled.
To cancel, send STOP hu to 33933.

Keparat! Kelam kabut penulis hendak memahamkannya. Mula mula semuanya percuma. Selepas itu RM4.00/SMS. Wow! SMS apa ni? Kalau sehari sepuluh (10) SMS dihantar, RM40.00 koyak rabak penulis dibuatnya. Terlintas difikiran, macam pengemis dengan tempurungnya, berpakaian rabak woooo!

Penulis tercengang bangang, bila rakan rakan (orang kampongan – penoreh hari ini pun ada yang ‘educated’ wei!) dan  ramai jugak golongan profesnal!! Semua teman mengamuk, kalau boleh nak bakar sahaja nyamuk!? Buka sahaja SMS, RM4.00 terus potong ‘airtime’. 

“Aku baru jer top-up RM10.00, sekali check kredit, dah habissss!!!?”

“Aku terpaksa pergi ‘centre’ nak batalkan!”

Sama ada sedar, atau pun tidak, anda telah tertipu! Hendak atau pun tidak, anda telah menjawab ‘ON’ dan anda lupa untuk ‘OFF’ atau pun CANCELL.... Anda akan membayar bila anda ‘top-up’ lalu anda sendiri tidak tahu berapa banyak SMS telah dihantar kepada anda. Habis duit aku!!! 

Lalu cepat cepat penulis batalkan. 

 'sendiri mau ingat maaaa!'
'jangan biaDAPig nanti lurah merekah ada jangoat!!' 
'Itulah babi, semuanya dia bedal!!!!'

Seandainya pihak pembangkang hanya tahu menyalahkan UMNO BN ‘punya kerja’ terkutuk ini, maka penulis pun keliru... Soal parti dan politik, sebenarnya tidak membantu maju mundurnya sesebuah perniagaan. Berkemungkinan satu dalam 20! Ramai juga puak pembangkang yang mengambil kesempatan untuk ‘membalas dendam’ dengan berbuat ikut hati dan secukup rasa. Penulis pernah singgah di gerai PAS, makan dan minum, oleh kerana menyedari penulis adalah ahli UMNO, layanannya memang mengecewakan. Akhirnya warung tersebut pun bungkus juga! Ramai juga teman teman ahli UMNO yang berniaga, berjaya, bergaya dan sudah kaya pun! 

Mengapa kebodohan diri sendiri, sewenang wenangnya menyalahkan orang lain?

 'kemudahan yang akhirnya menyusahkan'

'Belum sempat berfikir, bala lain, dah datang dah!!'

AWAS SMS LANUN LANUN BERMAHARAJALELA

Cabutan bertuah 'POWER ROOT', 'SHELL' dan semua yang sewaktu dengannya!!!
Penipuan dan Penganiayaan sila SEMAK

Maxis, liputannya tidak seluas mana, tetapi penipuannya agak buas!

1 comment:

  1. aku pun dapat benda sama dari 33933 spam ni. jadik, camane ko selesaikan? kalau tau, beri la tau k

    ReplyDelete