JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Wednesday, January 19, 2011

MISTERI AZAN 3



KEAJAIBAN SERUAN AZAN

Apa pun alasan dan kesudahannya ......

AZAN TETAP AKAN BERKUMANDANG BILA BILA DAN DIMANA JUA, SELAGI UMAT MUSLIM MAMPU UNTUK BERSUJUD DAN BERTAQWA

AZAN ADA KEAJAIBANNYA

 Kebesaran Mu Ya Allah
Maha Segala galaNya.....

Hanya insan yang berIman dan bertaqwa kepada Yang Maha Kuasa sahaja merasai mukjizatnya. 

Di dalam Negara yang serba maju, moden dan canggih pada hari ini, kita sering kali kealpaan. Lupa mengatasi imaginasi. Sedang leka menerokai keindahan fantasi ciptaan manusia, fatamorgana alam maya tiba tiba kedengaran azan! Hanya insan yang berIman akan terhenti seketika, menuju ke ruang solat dan menuju kejayaan!

KEWAJIBAN DITUNAIKAN

Allah tidak pernah meminta apa apa pun dari umat manusia. Manusia lah yang wajib meminta dari Allah SWT. Sebagai ‘HAMBA ALLAH’ adakah lagi ruang menyenggutukannya? Aku lahir dan hadir ke dunia ini untuk bertaqbir dan memohon segala keampunan dariMu Ya Allah!!
Perjalanan hidup ini amat bererti. Penuh dengan tipu daya. Permainan yang melekakan. Kewajiban yang dilupakan dan ditinggalkan. Politik yang diagung agungkan. Kekuasaan menjadi rebutan. Harta punca sengketa terus mengelabui mata setiap insan yang melata. 

Seolah olahnya di dunia ini, adalah segala galanya!

KETENANGAN DAN KEREDHAAN

 Permata hatiku didalam Solat

Aku menulis bukan untuk menjadi seorang penulis agung
Aku juga tidak bercita cita untuk menjadi Sasterawan Negara
Aku menulis kerana aku seorang manusia..... 

Antara cita cita, cinta dan air mata.....

Sebenarnya, soal azan ini bukanlah fenomena baru. Sewaktu laungan azan, sebelum elektrik dibekalkan oleh LLN. Masjid dan Surau di Malaysia ini tidak mempunyai pembesar suara. Suara azan hanya mengisi ruang Masjid atau surau sahaja. Pada masa tersebut, Bilal yang bertanggung jawab akan dipilih dari kalangan yang bersuara nyaring dan mampu mengazankan sekuat kuat hati dan suaranya. 

Sekarang kita boleh membicarakan ‘Seruan Azan’ secara akademik. Rileks. 

Sehari kita berpuasa. Puasa pada bulan Ramadhan AlMubarak. Menanti saatnya untuk berbuka puasa. Azan menandakan masuknya waktu Maghrib sekali gus merangkap ‘Berbuka Puasa’. Lihatlah anak anak yang sedang menanti, lalu dengan tertibnya, Doa dan ‘buah kurma’ memulakan ibadah berbuka.

Pada suatu hari, langit cerah, matahari memancar sinar teriknya. Penulis baru berumur 7 tahun. Darjah satu. Baru balik dari sekolah. Selesai makan tengahari. Seruan Azan, hanya pada hari Jumaat, itu pun hanya diruang dalam dan sekitarnya sahaja. Itulah gambaran di kampung pendalaman alias luar bandar, rimba pun boleh juga! Bekalan letrik belum ada lagi. Air paip, mana ada. Kalau air parit, masam atau kelat, alamatlah, baju sekolah berwarna kuning. Nila ada, tetapi hilang ‘power’ kena pukulan air beralkalin. Air tanah gambut, boleh dimasak, mandi dan segalanya. Buat basuh ‘uniform’ kerja, ‘gerenti’ lulus ISO 9000. Tak payah bersabun, balun sahaja di kayu, sambil airnya mengalir, bersih! Cuma, zaman itu mana ingat cerita koboi. Seandainya arak dibolehkan macam kat Selangor tu, ikat botol, campak kat tengah parit. fuh! Sejuk macam dalam freezer. Lupa pulak ada ‘oren bodoh’. Tetapi, takut juga kalau air parit boleh masuk kedalam botol. Ia lah. Lupa mengatasi kreativiti! 

Telefon? Ada, dekat Balai Polis. Telefon awam ada, dekat pekan. Itu pun Cuma satu sahaja. Tidak pernah berebut penggunanya. Rumah siapa yang ada telefon pada masa itu? Masih dalam kemunduran lagi wei! Tidak perlu bersenggayut, tidak ada sesiapa pun yang perlu dihubungi untuk bercinta. Surat panjang berjela, kad SHR indah pujaan menjelang lebaran.

Sedang duduk berehat. Melayan penghadaman. Kerja sekolah, buat buat lupa ‘ajelah! Tiba tiba, suara ibu mengejutkan. Menyuruh semua anak kecilnya berkumpul. Air hujan mencurah curah, rumah kampung ala panggung, bagaikan bergoyang goyang. Bunyi sesuatu yang amat menakutkan mengelilingi rumah. Oh! Aku terbangun dari tidur rupanya. Ini bukan mimpi. Kami berempat, anak anak kecil, memeluk ibu. Aku terlihatkan ayah. Dia sedang berdiri sambil menekup telinga. Bila diamati, ayah sedang berazan rupanya. Sebagaimana aku pernah mendengar di Masjid bila masuk waktu pada hari Jumaat. 

Di luar, bunyi angin kuat, angin ribut sedang melanda kampungku rupanya. Bunyi pokok tumbang, berkeriuk patah dahannya, zink berterbangan, membingitkan keadaan. Sesekali kilat memancar, berdentum guruh dilangit. Bermacam macam bunyian yang mengerikan. Agaknya macam filem ‘Hurricane’ atau ‘krakatoa’ gamaknya. Zaman itu, dalam sembunyi di belakang ibu, hanya melihat tanpa erti dan menangis kerana abang dan adikku menangis. Seronok tengok orang menangis, ikut sahajalah sekuat hatinya. Kena tengking dengan ayah. Laaaaa.. ingatkan saja suka suka, nangis betul betul jadinya.

Bila keadaan telah reda. Tingkap mula dibuka. Hujan sudah pun berhenti. Berebut menuju ke muka pintu. Ingin mengetahui malapetaka apakah itu?  

Pokok getah disekeliling rumah bergelimpangan. Mana reban ayam? Habis ranap dihempap pokok. Lapang. Langit telah mula cerah kembali. Kecerahannya bagaikan dicuci. Tanpa awan putih dilangit yang biru. Suasana dalam kesayuan. Terpinga pinga mencari punca. Banyak juga ayam yang terkorban. 

Setelah itu, riuh rendah seluruh kampung dan pekan. Tidak terdengar ada yang terkorban. Namun kerugian besar pasti mengancam keselesaan penduduk. Semuanya tetap tenang, sabar dan redha menghadapi musibah yang mendatang. Masing masing bergotong royong membersihkan perjalanan yang terhalang kerana pokok tumbang. Itulah persoalan biasa suatu waktu dahulu. 

Persoalan sebenarnya, Seruan Azan. Apa sahaja, sewaktu umat muslim menghadapi sebarang kesukaran, seruan azan akan mengembalikan ketenangan diri. Membangkitkan keyakinan diri. Ini lah permasalahan pada hari ini. Kesilapan, lantaran dipolitikkan, kini agama umat Islam telah diperlekehkan. Dipersendakan. Siapakah sebenarnya yang telah ‘melacurkan’ Agama Islam? Kini, siapakah yang bakal ‘menghancurkan’ agama, bangsa, tanah dan airnya sendiri?

Bila politik berkepentingan menjadi matlamatnya!!

 samber geledek
sehingga Allah menghukum umatnya sebagaimana setan yang direjam

Gadai menggadai akan tergadai, itulah keldai!!

Beginilah akibatnya apabila UMNO dan PAS bermusuhan berbuyutan....

  Semuga perbalahan, permusuhan dan apa sahaja perbezaan 'tanduknya' samaada setan mahu pun berbuyutan, semuanya itu adalah bersifat peribadi. Keperibadian pemimpin, keperibadian manusia itu sendiri dan keperibadian makhluk itu jua. 

Islam tetap sama dari dulu, kini dan selama lamanya.....

Tepok dada, alahai! pekong penuh didada rupa rupanya.....
tidak perlu mendabik dada
janganlah berlagak sombong, sememangnya manusia seringkali bodoh sombong!!!!!


No comments:

Post a Comment