JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Wednesday, June 29, 2011

Dunia Nafsu Manusia


RANTAI KEHIDUPAN
Dunia Nafsu Berantai

Dunia kian ganas, dahsyat, sadis dan kian panas menuju menjadi lahar membakar.
Bukan sahaja surat berantai, apa sahaja kini berantai rantai membantai dan membadai kehidupan normal.

RANTAIAN MAKANAN

Sajian pemakanan umat manusia sahaja, berantai rantai nilai kalori lemak dan kolestrolnya. ‘Cost to cost’ tau, bukan ‘buffet’ bukan ‘nasi ambeng’ jelasnya, lepas makan ikan bakar cicah sambal limau, makan daging panggang macam satay ke, bbq ke, lepas tu bebola sotong goreng, datang lagi ayam goreng macam kfc, baru nasi putih atau paprik makan dengan sup tomyam dan yang terakhir cuci lah mulut tu! Amacam, rantaian makanan yang penuh kolestrol berkalori banyaknya tanpa ‘control’. Aku tulis ni, sebenarnya bedal jer, sebagaimana aku bedal semua makanan yang dihidangkan silih berganti ikut menu, ikut kos perbelanjaan dan ikut suka hati! Negara aman damai, ramai rakyatnya mati kerana kekenyangan terlebih ‘die’betes. 

Ilustrasi dari Google

Keenakan makanan bagaikan tanpa perhentian. Kalau hujan, sudah pun berhenti. Selera makan sukar dikawal. Jumpa kawan lama, makan kat ‘rest house’. Rumah jer rehat, makan tak rehat lagi. Kenal kawan baru, makan lagi kat Kampung Baru. Runding nak jual minyak urat, urut urat laa... makan lagi kat kedai mamak Lorong Haji Taib. Kawan telefon, dia tunggu kat Plaza Bukit Bintang, Medan Selera. Makan lagi. Amacam! Hujan dah berhenti beb! Itu belum, Naib Ketua Bahagian buat jamuan di Restoren Nelayan. TPM. PM punya jamuan? 

Semua makanan jenis goreng. Pisang goreng, tempe goreng, cempedak goreng dan semuanya yang di goreng garing. Tapi tetap berminyak. Cicah sambal kicap bergula. Minum teh tarik. Bila makan malam pula, telor dadar, tomyam, ayam goreng dan nasi paprik. Dalam sehari sahaja, kita telah menelan, melahap macam ular sawa menghadam seekor ‘pandi kutti’. Lepas tu boleh ‘ngorok’ bukan jadi ular orok orok! Makan sepinggan bro! Kita boleh tidor dan ngorok sebantal tetapi mimpi tetap asing asing kan! 

Pandai makan pandai simpan lah kan! Tapi sudah nasibnya, bila kenyang terpaksa menunjuk. Celaka punya jantan! Jadi, kalau berlaku kes ‘buang bayi’ salah siapa? Bayi yang ingin mengecapi kesenangan dunia terpaksa menanggung bala. 

Di sini ada manusia yang mewah hingga makanan berkawah kawah penuh kuah.....
Di sana ada insan gelandangan yang merintih tanpa pitih hingga matanya putih,
Di situ ada umat yang beringat, berkeringat menanti hingga kiamat.....
Di si’nun’ jauh saujana mata memandang menginsafi kebesaran Mu Yang Maha Kuasa


RANTAIAN UBAT UBATAN

Perubatan untuk umat manusia juga berantai rantai panjangnya! Lepas ubat kencing manis, ubat darah tinggi, lepas tu ubat sakit jantung pulak, lepas three sakit pinggang, lepas four sakit ‘masuk kubor’ la terus. 

Yang takde penyakit, saje cari penyakit. Laaaa, ubat tahan lama pun di ‘order’. Amenda la punya manusia. Iklan ubat tersusun dalam laman blog. Keburukkan dan gejala ‘site effect’ bakal mengundang ‘down sindrom’ sebelum waktunya. eks, kalau tua sebelum waktunya?  

Sampai ubat awet muda pun ada? Mungkin macam MJ, nampak muda, umur pun baru 50 tahun jer. Tau, tau dah meninggal ‘overdoss’. Yang salah, dokter. (Badok banter – makan membujur lalu, berak laju. Bedal apa saje. Mat pit yang main cocok kat lengan pun ‘glem’ dan dipanggil ‘dokter’ gitu!). Rantai dadah yang bertali arus dan terus menerus menerobos sehingga manusia overdos. Tapi yang peliknya susah pulak nak pupus!


RANTAIAN PINJAMAN KEWANGAN

Terkini, hutang @ pinjaman ahloong rupa rupanya ‘berantai’ juga. Terkejut ‘berooook’ oi, sampai terpaksa ‘kenduri tahlil’ untuk orang yang belum mati. Tapi dah mati akalnya. Wow! Penangan hutang zaman internet. 


Kalau aku pun, mati akal dibuatnya. Namun mendekatkan diri ke hadrat Yang Maha Esa, adalah jalan yang sebaik baiknya. Biarkanlah dunia dengan perundangan dunia jua yang mengadilinya. Kita sebagai umat ‘M’ tentunya perundangan syarak lebih bermakna. Ingat sebelum kena, kalau dah terkena, hidup pun merana, cerita pun dah tak guna, tembak pun tak kena. Sudah selesai jer, bayar ansuran yang mencanak, senak macam nak beranak dibuatnya. Awas! Begitulah penangan bahasa yang lunak. Sewaktu hendak meminjam, semuanya memang lunak enak. Bila kita berjaya melunaskannya, hai... pandai pandai pulak ‘lahabau ahloong’ ‘bank in’ sekali lagi. Bila nak habis beban al-bebal ni? Biawak idup! 

Semua institusi kewangan sama jer. Siap boleh ‘overlap’ lagi! Aku ingat ‘fullback’ jer boleh ‘overlapping’ lalu ‘score goal’. hai, dalam pinjaman pun ada ‘overlap’? Bila nak habis bayar hutang? Tepok dada tanya ‘pocket’! Pokaiii, bro! 

Keadaan cuaca tidak menentu. Ada kalanya meteorlogy pun tertidorlogy. Ingatkan banyak ikan  kat kawasan pantai, satu rezeki anugerah tuhan macam dsai, laaaaa.. rupa rupanya belerang jadi memerang. Ketakutan ikan hidupan lautan, nak lari ke daratan? Habis sudah satu episod bila tsunami menenggelami daratan... Satu ujian? Satu peringatan? Sendiri mau ingat.....

RANTAIAN NAFSU SEX 

Untuk menyambung zuriat atau baka sebelum kita menetap di alam Baka’ (Alam Baqa) dan sementara kita masih di alam fana cinta ini, insan mestilah ‘berkahwin’. You know ‘kahwin’? I know, tak payah cakap, tak payah belajar, tak payah nikah, hoi! pun boleh kahwin. Dahsyat! Asalkan ada nafsu syahwat, tak payah pakai cawat, boleh ‘bubuh dakwat’ asalkan jangan ’liwat’. orait? set! kita boleh kahwin! 

Kalau nak cerita pasal nafsu syahwat makhluk di muka bumi ini, tak cukup muka surat beb! Belum lagi yang bermuka muka. Lain di mulut lain di dalam seluarnya. Jangan bagi muka, nanti teruk dia ‘makan tuan’ atau pun ‘lawan tokeh’ kan! Pasal sex, manusia boleh jadi ‘maniac’. Tak pun, jadi ‘perogol bersiri’. Bukan drama tv jer bersiri, demo pun bersiri. Apatah lagi sex beb, dia punya siri ada sirip. Pasal berenang di daratan, kelemasan bersama, tapi yang menanggung sakit dia orang perempuan ‘seorang’! Itulah sebabnya, lelaki dibenarkan kahwin empat atau pun berpoligami. Tapi jangan ‘tiru macam saya’ SY la tu. o.k. la tu. 

Kalau ada kemampuan, boleh menanggung ramai perempuan, tentunya di dunia ini tidak timbul soal kempunan. Hidup tidak keruan. Susah senang kita bersama sama. Bila senang, ramai kawan taulan mendampingi. Bila susah, semua kawan cabut lari. Bersatu teguh, bercerai? ewah, kawin lagi..... 

Belum kahwin, tak kahwin pun, hutang keliling pinggang. Bukan sakit pinggang lagi tu, memang hidup pun di atas panggang. Tersilap langkah tunggang langgang. Saper nak tanggung?

MALAYSIA SEMALAM

RANTAI. Ukuran untuk mengukur jarak. 66 kaki sama dengan 1 rantai. 

Pada zaman basikal, ianya di kayuh dan berantai. Berbasikal mengenali sanak dan saudara. Persaudaraan dan kemasyarakatan seiringan tuntutan Iman. Walaupun lambat perjalanan, tiada pencemaran malahan mesra alam, mesra pergaulan yang pasti asalkan selamat. 

Basikal kayuh di zaman moden, rileks.
Senang, senang, tapi terlambat, rileks.

MALAYSIA HARI INI 

Rantai, surat berantai, sms berantai dan kini hutang pun berantai..... 

Dunia hari ini hanya penuh dengan tipu daya. Manusia bertelunjukkan iblis menggunakan setiap peluang yang mendatang. Kealpaan anak cucu Adam yang kehilangan petunjuk Yang Maha Kuasa menjadi tunggangan, santapan dan bakal mengisi neraka jahanam. 

Semuanya terlalu pantas berlalu, berbagai bagai jalan pintas dan memerlukan penyelesaian hingga tuntas. Cantas mencantas adat berpolitik untuk merentas kekuasaan. Manusia telah kehilangan segala galanya. Hanya insan jauhari yang mengenal maknikam.

MALAYSIA ESOK 

Manusia yang engkar leka akan mendapat balasannya. Buat mereka yang gilakan rantaian kemewahan, rantaian keenakkan makanan dan rantai emas yang meliliti leher akan pasti dengan balasannya. 

Kita hanya mampu merancang sebaik mungkin!

No comments:

Post a Comment