JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Sunday, July 24, 2011

Dunia Artis Dan Nyanyian

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
1432 H / 2011

Berkemungkinan penentuan Ramadhan dan Syawal pada tahun ini 2011 bersamaan 1432 H  terdapat perbezaan, sebagai umat ‘M’ terimalah dengan dada yang lapang.

 
Ahad petang 31 Julai 2011 tarikh melihat Anak Bulan Ramadhan.
Pengistiharan Penyimpan Mohor Besar Raja Raja untuk Umat Islam di Malaysia.
Semuga umat ‘M’ terus tabah dan bertambah khusyuk menjelang
Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Menjalani Ibadah BerPuasa 


*****************************************************************
Dunia Artis
Dunia Nyanyian
Dalam proses keIslaman yang lebih Islamik
Umat ‘M’ sendiri yang menentukannya

Dunia ini tanpa irama dan lagu..... 

Alam yang terkembang indah saujana mata memandang. Melihat kebesaran Mu Tuhan. Bayu berpuput lembut. Desiran ombak, menghempas ke pantai, memecah keheningan kehidupan. 

Alam semula jadi tidak pernah sunyi dari nada dan irama.
Sayup sayup Azan berkumandang.....
Mendayu mendayu menyeru umatNya bersholat menuju kejayaan.
Melodinya menginsafkan kehidupan di alam fana.....
Begitulah irama kehidupan.....
Perjalanan hidup ini diiringi sayu dan sendu.


Ebiet G Ade – Penyanyi lagu puitis. Kehebatan nyanyiannya yang merdu bergemersik. Senikata lagu yang menawan kalbu, ciptaannya yang tersendiri. Berbeza dengan seniman agung Tan Sri P Ramlee yang serba boleh. Ebiet G Ade seniman dalam bidangnya yang tersendiri.


Ana Rafali – Kalau Berpacaran, duduk renggang renggang.....
Antara penyanyi, pemuzik atau pemain gitar masa kini.
Ke manakah penyanyi dengan hala tujunya? 

Perjuangan adalah seiringan dengan perjalanan kehidupan.

Ada penyanyi yang terpaksa meninggalkan bidang nyanyian kerana terpaksa.

MALAYSIA SEMALAM 

Melodi dan irama, senada dan semula jadi.
Alam yang terkembang, deruan ombak membelah pantai, angin melalui celah daun, air terjun di pergunungan, deruan air sungai mudek ke muara dan seribu satu alunan mengiramakan pentas dunia. Bunyi kenderaan berbagai bagai nadanya. 

Dunia tidak akan pernah sunyi.....
Dunia ada melodinya sendiri,
Dunia adalah irama dan pentas kehidupan
Dunia telah semula jadinya diciptakan sebegini.....

MALAYSIA HARI INI 

Pada hari ini, selera pendengar telah banyak perubahannya. Irama retro amat diminati dan membangkitkan nostalgia. Klasik Nasional berentap dengan Sinar FM. Masing masing ada kelebihannya yang tersendiri. Itu pun untuk sebahagian pendengar sahaja. 

Irama baru tetap dengan peminatnya yang tersendiri. Pertembungan antara penilaian, hanya membingitkan keadaan. Masing masing dengan keegoan gegendang telinganya. Mana ada penyelesaiannya! 

Muzik akan terus berkuasa, berleluasa dan berbisa.....
Manusia itu sendiri yang akan tersiksa dan disiksa,
Soal dosa neraka sememangnya insan biasa,
Hanya Dunia dan Ketuhanan jangan dipisahkan.

MALAYSIA ESOK 

Asalkan muzik, alunan yang boleh mententeramkan jiwa dan halwa telinga. Bagi yang telah berusia, irama ketuhanan menyentuh perasaan. 

Buat yang muda remaja belia, dulu aku peminat kapak batu atau rock kapak. Sekarang, anak muda ada pulak yang minat besi hitam atau black metal, heavy metal.

Apa apa pun, irama dan muzik amat mengasyikan dan mampu melekakan para pendengarnya.
Perjalanan di dunia tanpa tujuan hanya akan menyesatkan keimanan.
Mendengar muzik biarlah kena masa dan iramanya.

Pssst,
            Aku hanya manusia biasa,
            Tidak sunyi dari segala silap dan dosa,
            Mohon maaf pada bila bila masa,
            Mencuci hening dosa bukan pada Hari Raya 
            sahaja.....

No comments:

Post a Comment