JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Sunday, June 12, 2011

Dunia Wang - Hutang


Dunia Hutang

   HUTANG, HUTANG DAN... HUTANGKU BERBUKIT! 

Hutang pada keluarga, hutang pada kawan, hutang pada kerajaan, hutang persekolahan, hutang pada bank, hutang perumahan, hutang kenderaan, hutang perabut, hutang kedai runcit, hutang ‘ah loong’ dan berjuta juta lagi hutang. 

Hutang hendak hidup berbintang bintang. Bukan sekedar, lima bintang, lapan bintang, kalau boleh hidup ini di pagari bintang. Kemewahan hanya seketika, sementara berada di dunia ini. Tamak haloba, nafsu serakah memburu segala ‘cikah’. Hidup bersuami isteri, melampiaskan nafsu tanpa nikah, hidup bermukah dan penuh bergelumang noda berdosa. 

Lantaran berhutang, sanggup jatuh terlentang. Pantang ditentang pasti ‘loktang’! Pemberi hutang al-pemiutang, bagaikan binatang al-lintah darat korporat keparat! Sudah dasarnya umat manusia, pantang di tawarkan. Sememangnya ‘pantang’ jumpa.... Yang penting, ambil dulu, soal hutang, lain cerita, lain kali dan lain lain hal. 

Hilang segala galanya. Hilang wang. Hilang keuntungan. Hilang kawan. Hilang saudara. Hilang ke’malu’an!.... Ayat apa ini? Ayat ayat cinta ke? Ada kemaluan lagi! Hilang maruah. Hilang harga diri. Habislah... Jual longgok pun tak laku. Jangan cerita jual untuk berniaga, bagi percuma pun orang tak hendak, buang bagi kat anjing, anjing pun lari.... ketakutan! ‘tergolek dog’. Siapa? Begitulah manusia bila berhutang, hutang keliling pinggang, tak mampu nak bayar hutang..... jatuh terlentang masuk longkang comberan.

 ihsan google
Rumah ni tak perlu dapur.
Semua Raja Rimba ada.
Harimau lambang duit kita.
Singapooora pura pura, Raja Rimba
DAN BER UANG...
HUTANG RUMAH 


Membicarakan soal ‘hutang rumah’ yang menjadi lagenda. Kalau lagenda yang baik ‘takpe’, ini lagenda turun temurun anak cucu pasal hutang rumah yang tidak selesai. Kononnya bernasib baik kerana ada insurans yang ‘cover’. Bila rumah terbengkalai, terbang kulai ke, amacam? 

Rumah tak dapat, hutang perlu dijelaskan? Insurans dah bayar belum? Duit ‘loyar’ dah settle? Wang pendahuluan dah jelas kerana dah bergolok bergadai. Semuanya sudah jelas biar pun bergolok bergadai. Cuma, yang belum jelas, disiapkan, rumah untuk kediaman yang dijanjikan hingga kita pun tersadai. Yang belum kita lakukan sebagai penghutang, bergolok hingga tenggorok terburai, terbarai. Masih ada Iman. Masih ada undang undang. Sampai bila? Sabar separuh dari Iman, tetapi sewaktu dengannya, kesabaran juga ada batasannya. 

Dari hukum syarak, pandangan Islam dan hukum akal orang orang yang waras tentunya sudah mengerti natijahnya. Ini adalah persoalan untung dalam perniagaan. Bagi pemaju, tamak dan silap perhitungannya adalah amalan biasa. Dasar ‘lintah darat’, selagi ada darah, selagi itulah naluri ‘mentekedarah’ al-drakulanya mempersetankan hak orang lain. Pihak bank, walaupun atas nama Islam, demi keuntungan ‘matlamat menghalalkan cara’ tetap dipraktikan. 

Dua pihak telah ‘terselamat’ dari menanggung kerugian. Kina hanya pihak ketiga iaitu pembeli yang ghairah ingin memiliki rumah. Demi ingin memiliki rumah dan hartanah, pembeli merangkap pengguna merangkak pengundi, sanggup berhutang keliling pinggang. Kesabaran dalam debaran, akhirnya menjadi mangsa manusia tamak haloba. 

Sebenarnya, pembeli sebagai rakyat tidak ada imuniti dan hak asasinya sering tercabul. Inilah kelemahan perundangan ciptaan manusia. Adakah Islam perlu diseret untuk mencari penyelesaiannya? Secara asasnya, dari awal lagi, Islam tidak memainkan peranannya. Siapa pemajunya? Betulkah bank mengamalkan syariat Islam? Apakah pembeli juga mengamalkan Islam sebenarnya? Persoalan Islam tidak perlu dirumitkan dengan hanya berurusan untuk mampu milik rumah. 
Harap maaf, keterlanjuran ini akan terjawab dan terungkai dengan sendirinya dalam artikel lain.


HUTANG KERETA 


Bagi yang kaya raya, kereta mewah sporty bagaikan barangan koleksi. Tidak cukup sepuluh, penuh satu gudang untuk menyimpan semua kenderaan. Mungkin mereka tidak berhutang seperti mana simiskin menandatangani berpuluh terma dan syarat hanya untuk mengguna pinjam sebuah kenderaan bermotor. Sikaya hanya klik dan order, terus mengada ngada! Bermacam macam ada, pun masih mempersenda. 

Buat golongan rakyat yang susah al-miskin tegar, kereta nasional kian antik berusia melewati tiga puluh tahun, menjadi kesinambungan kelangsungan kehidupan. Tidak cukup dengan kemelaratan untuk hidup, dibebani lagi dengan insurans ‘first party’ siap dengan ‘tendang bola’ dan terus di tendang terajang ke onak berduri ‘tanpa harga diri’! Itu belum lagi saman ekor!! Parking yang buat buat terlupa untuk bayar. 

Yang aku pelik, soal bayaran. Sistem membebankan lalu membebalkan peminjam dengan bermacam macam ‘bunga’, sikit kaya bayar, itu pokok boleh terus simpan... Biar pun bayaran sepenuhnya dilunaskan, apakah pihak bank berpuas hati dan memberikan kredit kepada sipenghutang?

HUTANG DALAM HUTANG 

Bila kita berurusan dengan bank, sebagai peminjam, kita hanya diibaratkan sebagai timun sahaja. Kalau ada pun, timun hanya enak dimakan dicicah begitu sahaja. Kalau takde, siapa nak kisah? Bank mempunyai aset ‘berbilion dollar’. Kalau setakat pinjam RM seratus ribu beli MPV, alah... macam timun dah layu jer! Ini, hutang RM sepuluh ribu CGC ‘tolong’, jangan cerita ribak, nak bayar hutang pun terpaksa berbaris panjang. Kereta di luar dah lah kena hujan panas dan kena saman lagi! 

Bagaikan permainan anak anak jer. Saje nak bagi pekerjaan kepada rakyat. Menjana ekonomi negara. Disebaliknya, pinjam RM sepuluh ribu, kita terpaksa membayar faedah dan lain lain ‘overhead’ menjadikannya RM dua puluh ribu. Ada kita nak kisah! Terlambat bayar, ansuran bulanan meningkat, faedah keatas faedah berganda, surat register, belum lagi surat guaman. Semuanya kita kena bayar. Walaupun kita jelaskan sepenuhnya, tepat pada masanya yang dijanjikan, kelewatan dalam sebulan itu, pihak bank pula ‘merompak’ sewenang wenangnya peminjam tanpa belas kasihan. 

Sepatutnya dan berkemungkinan, bila rakyat sebagai pengguna mula bijak berfikir atau pun pihak bank ‘tersepit’ barulah pengguna akan menikmati ‘kebajikan’ yang kerajaan janjikan. Peminjam yang melunaskan hutangnya tepat seperti yang dijanjikan, akan menerima bonus. Setakat ini hanya pihak kewangan sahaja yang terus menerus membelasah dan membalun peminjam tanpa belas dan kasihan. Sebab, duit dia yang kita pinjam. Dia boleh buat apa yang dia suka.

Antara pengalaman yang amat memilukan, kelewatan membayar ansuran bulanan. Masuk bulan ketiga, hutang bulanan meningkat. Peningkatannya akan mendadak, bermacam macam bayaran dikenakan. Kalau sebulan kena bayar RM 300, tiga bulan RM 900 lalu dicampur dengan bunga, buah dan akar tunjang, belum campur batang pokok, hutang kita akan menjadi RM 2000. 

Sekiranya aku gagal membayar semuanya, tindakan mahkamah akan dilaksanakan. Bayangkan hutang RM 2000, aku akan dibangkrap al-muflisin. Kereta dirampas al-sita menunggu lelong. Kebiadapan hitlerian menjadi nadi perbankkan masa kini. Hutang hanya sekecil itu, rakyat miskin tegar, terus dihimpit dan dibebani hutang. Ada dia orang nak kisah? 

Bersusah payah, bergolok bergadai menjelaskan hutang. Penipuan berleluasa. Rakyat juga yang merana menanggung natijahnya. Siapakah sebenarnya ‘dajal jalang’ @ dalang disebalik semuanya ini? Akhirnya aku berjaya menjelaskan hutang sepenuhnya, tepat pada masanya iaitu bulan ke 60. Selesai. Apa yang aku dapat selain dari kereta? Ada pihak bank nak bagi bonus? Haram! Namaku disenarai hitam, dalam sipenghutang yang bermasaalah, adalah. 

Sebaik baiknya, jangan terpedaya dengan omongan kosong dan janji manis pihak bank. Mereka juga sama dengan ‘gores dan menang’, MLM dan apa sahaja bentuk perniagaan untuk mengaut keuntungan. Rakyat merangkap simiskin tegar juga yang mengkayakan mereka semua. Menyumbangkan untuk mangsa bencana alam pun bersikap prejudis, membezakan antara kaya dan miskin, antara kampung dan suka hati dia, kerana duit dia. Tetapi bila hendak mengaut keuntungan, semua dilahap semacam sahaja. 

Terlalu banyak cerita yang tidak baik, memualkan dan yang jelas, banyak pembohongan, penganiayaan sesama insan.

HUTANG PERKHIDMATAN

Aku merasa bosan yang menyedihkan. Syarikat korporat alkeparat, menyediakan perkhidmatan internet, prabayar, jalur lebar dan stesen tv berbayar. Mereka hanya disatu pihak yang mengaut keuntungan. Pengguna sepenuhnya terpaksa membayar menanggung segala kos perbelanjaan dan cukai perkhidmatan. 

Jika kita terlambat bayar bil. Bukan sahaja tunggakkan, kos perkhidmatan pun ditokok tambahkan. Mengarut. Perlukah kita berundur dua tiga langkah ke belakang? Tapi, jangan pandang belakang. Sasau juga dibuatnya. Kenaikkan taarif berlagak arif.

ANGKARA HUTANG 

Bila gagal menjalankan tanggung jawab dan amanah, mula lah mempersalahkan rakyat. Rakyat lagi yang bersalah. Paling mudah, salahkan parti pemerintah. 

Secara asasnya, pengalaman telah mengajar erti berhutang. Jika sifat kesabaran mengatasi segala galanya sebagaimana tuntutan Islam, kejelekan sebegini tidak akan berlaku. Banyak pun kenderaan yang murah dan mampu milik. 

Rentetan dan ringkasan cerita ini. Tak payah berhutang! Jangan cuba cuba dan berjinak jinak dengan berhutang. Dalam Islam sendiri, jelas! Ribak. Pelajari, hayatilah keindahan dan tuntutan Islam yang sebenar benarnya. Elakan dan jauhilah hutang. Hutang boleh menjadikan kekufuran. Tidak perlu ‘matlamat menghalalkan cara’ hanya hendak hidup bersenang lenang. Jika menyalahi hukum syarak, haram dan berdosa, apa lagi, tinggalkan sahajalah. 

Sabar dalam hidup ini bagaikan selendang penampilan diri. Ketrampilan dalam menangani segala cabaran. Berkat kesabaran pasti hidup ini bertambah kesuboran. Sabar jadi subor, gitu. 

Hidup ini tidak pernah kecukupan. Ada sahaja yang kekurangan. Terlalu mengikutkan nafsu. Pantang terlihat, terdengar, terbaca pada bila bila masa dan di mana sahaja, pasti sifat ingin menyamai atau pun untuk melebihi terus membuak buak. Sanggup berhutang hanya ingin melayani nafsu yang beraja di mata.


WANG 

Keluarga bagaikan enggang, adik beradik menjadi renggang, hidup menjadi tunggang langgang. Jangankan kawan menjadi lawan, kerana wang juga adik beradik sanggup berbunuh bunuhan. Wang adalah kekayaan, kekuasaan dan segala galanya di dunia ini. Sekali lagi ya, di dunia... dunia ini, o.k. Dunia. Jangan cerita lain. Wang adalah segala galanya di dunia ini! Itulah Dunia punya cerita.

ISLAM 

ISLAM tidak pernah menyusahkan kita. Kita juga tidak menyusahkan Islam. Islam hadir untuk menyinari kehidupan umat. Hutang boleh dihalalkan dengan bermaksud bukan untuk bermegah megah. Bila berhutang, mungkinkah umur masih ada bila esok menjelma? Perlukah kita memikirkan hari esok yang tidak kunjung tiba? Hutang lebih banyak mendatangkan kekufuran dari keredhaan dan ketenangan. 

Hutang mendekatkan kekufuran, kesabaran membawa kemenangan dan ketenangan..... 

Aku menasihatkan diriku sendiri.....

Segala kebaikkan tuntutan Islam sepanjang zaman.....

Kekufuran bisikkan syetan menyesatkan umat hingga kiamat.

MALAYSIA SEMALAM

Tidak banyak syarikat perniagaan berlandaskan keuntungan. Asal usulnya pun sistem tukar barang. Kehidupan untuk mencari sesuap nasi, kais pagi makan pagi, kais petang, bayar hutang, ops, dulu mana ada hutang! Kais petang elakkan berhutang...

MALAYSIA HARI INI

Fulamak! Mengalahkan cendawan tumbuh musim hujan. Syarikat perniagaan berlumba lumba mengaut keuntungan. Beli satu dapat dua. Tambah duit tunai sebagai wang saku, kononnya. Pantang ada duit, kad kredit dan asalkan boleh jadi duit, ‘dunia ini ana yang ampunya’. 

Hutang Negara. Hutang anak cucu tanggung. Hutang subsidi, ada ke? Negara boleh bangkrap. Kalau boleh bukan ‘sesuap nasi’ malahan ‘sekawah’ nasi siap buat jamuan selalu.

MALAYSIA ESOK 

Seandainya umat ‘M’ mahu berfikir, beriman dan hidup dalam kesederhanaan, maka akan banyaklah syarikat yaang berlandaskan keuntungan akan ‘gulung tikar’ dan menyalahkan kerajaan. Aku tak campur! Orang bagi aku tak tolak, orang tak bagi aku tak menyalak! 

Semuga ‘Negara Berkebajikan’ yang dijanjikan benar benar menjamin kesejahteraan insan. Maka, akan bertambah ramai rakyat yang merempat di tanah airnya sendiri. Hendak berniaga, bangkrap tiada pelanggan. Pelanggan sudah pandai. Hyper market main politik dalam berniaga untuk menguasai pasaran. Peniaga sederhana jadi peniaga kecil. Korporat terus keparat. 

Sekiranya umat manusia ini kian sombong, bongkak dan angkuh ingin terus melawan arus kehidupan, biar papa asalkan bergaya, hidup hanya sekali, memang patut pun di landa tsunami atau pun gempa lalu ditelan bumi. Wow! kasarnya? Itulah... jadi manusia jangan degil sangat, dengarlah nasihat dan ikutlah kehendaklah ugama Islam. 

Apa apa pun, Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui, kita adalah hambanya..... 

Bila merancang, seolah olahnya kita akan hidup seribu tahun lagi.....

Bila beramal, untuk mereka yang nak beramal! 


No comments:

Post a Comment