JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, April 21, 2011

Dunia Senifoto - Selamat Pengantin Baru

Nikon D300s
Aku suka kamera ini. O.K. lah untuk cari makan!


FOTOGRAFI – JURUFOTO PENGANTIN 

ISTILAH BAHASA KITA

Sebelum membicarakan lebih jauh, dunia foto pengantin, apa kita berbicara tentang ‘bahasa’ perkahwinan. Bahasa jiwa bangsa. Tidak salah kalau kita katakan ‘bahasa jiwa kahwin’ boleh giru? Tentang bahasa yang kita amalkan sehari hari. Yang kahwin, jiwa anda lah kan.
Sebutan apakah yang sering di gunakan seharian?

Kenduri kahwin. Jemputan kahwin. Yang lebih seronok lagi, ‘tengok orang kahwin’. Yang lebih mudah, bila ditanya ’nak kemana tu’, jawaban spontan ‘kahwin’. Nak tengok orang kahwin ke, nak pergi jemputan kahwin ke, semuanya spontan berjawaban ‘kahwin’.

Apakah erti ‘kahwin’ sebenarnya? Haiwan kahwin, pokok kahwin dan apa sahaja yang dikahwinkan, maka kahwin lah dia... sebenarnya istilah kahwin secara amnya adalah ‘satu’. Perkahwinan boleh didefinasikan sebagai ‘persetubuhan’ atau satu tubuh. Berkahwin = ‘bersatu’ atau bersetubuh. Agak kasar bukan, walaupun kenyataan itulah erti yang sebenarnya. Bukankah lebih elok perkataan selain ‘kahwin’ digunakan seperti pengantin, persandingan, sanding ke, ‘nganten’ ngantenan atau ‘walimahan’ walimatul urus dan sebagainya yang membawa pengertian bahawa perkahwinan ini adalah sebahagian Sunnah Rasullullah. Mendirikan masjid gitu!

Aku tak cukup duit nak beli banyak banyak kanta.
aku selalu pakai kanta ini sahaja. 50mm f1.4
 Tambahan pakai jer kanta 18-105mm

JURUFOTO PENGANTIN

Kita rasa tidak selesa, bila teman kata, ‘engko ambik gambar kahwin ni, boleh cukup makan ke? Boleh tanggung keluarga ke’? Fuyooooh! Macam macam makna wooo! Dahlah kita ni dituduh ambik gambar ‘kahwin’, ingat ini ‘blue filem’ ke? Pornografi ke? Oooooi! Sedara, makan aaaaa, suka hati engko nak makan apa. Cakap tu, makang penampar selipor jepon kang! Nasiblah  jepon di landa tsunami, kalau tidak, potong kapla! 

Eeek eleeeh, kita orang bukan makan gambar bro! Kita orang ambik gambar pengantin weii! Gambar Persandingan, Gambar Berinai dan gambar yang sewaktu dengannya, ehhhh, gambar sewaktu majlis keramaian pengantin itulah... Takut kita tersebut, ‘majlis perkahwinan’! kena bedal lagi kang! Susah... bila bahasa menunjukkan bangsa nak diamalkan. Sebab dah biasa, nak makan tu, terus ngap, lupa baca... itulah kejayaan iblis setan. 

KEHEBATAN JURUFOTO DAN GAMBAR PERSANDINGAN 

Kelengkapan dan persediaan Majlis Walimatul Urus yang wow, gah dan dahsyat giler! Korang berduit, apa masaalahnya! Berapa lamakah majlis tersebut? Berapa biayanya? 

Dimana semuanya itu tersimpan, terakam dan menjadi kenangan? 

Jurufoto Profesnal. Tidak kira siapa yang mengabadikannya. Anda di bayar, anda profesnal.
Memadaikah dengan foto foto yang cincai alkalang kalibut? Mana skripnya? Disinilah terletak kehebatan seorang jurufoto yang berpengalaman. Bukan main ‘jepret’ jer. Candid semacam. Asal ada gambar, kenanganlah tu... kenangan dapat jurugambar tiga suku? Boleh gitu! 

Ada pasangan pengantin yang tidak kisah mutu gambarnya. Janji bergambar, sudah! Ada pulak Mak Bapak pengantin yang kurang menghargai jurufoto, malah menuduh buat perabih ‘boreh’ jer. Namun, ramai jugak yang menyanjungi karier jurufoto ni. Apa pun, terpulanglah kepada jurufoto sendiri. Anda menghormati profesyen anda, masyarakat akan menghormati anda. 

Begitulah sebaliknya. Jika anda ghairah mengambil gambar porno, anda juga yang bakal di panggil ‘cino’. Kalau ‘capucino’ o.k lah jugak! Ini ‘suci dak ono’. Takde kesucian lagi. Bayangkan malam pertama tanpa dara! Mana ada lagi kisah dara tuuuu... sendiri mau ingat dan sendiri mau belajar maaa! Jangan kurang ajar woooo! Ambik gambar orang kahwin! 

 FLASH - LAMPU KILAT
Aku cadangkan Nikon SB 900
aku suka gunakan, Metz yang double tu.
Kalau anda rajin, bawaklah payung, payung terjun ke. 
Aku takut kena langgar, pecah duit simpanan aku.
Studio sementara di Rumah Pengantin.

FOTO PENGANTIN 

Majoriti pasangan pengantin, mereka ingin mengabadikan saat indah di ‘Gerbang Perkahwinan’. Perkataan ini ikut ayat beb! Tetapi, apa pun pendapat anda, ia membawa pengertian yang serupa. He, he, he. Kedua dua mempelai ingin melihat nostalgia berpanjangan. Mereka sibuk nak di ijab kabulkan. Disandingkan di atas pelamin. Ada jugak, yang pelaminnya anganku musnah. Mereka tidak tahu apa yang berlaku di sekelilinginya. Yang penting, berderau darah gemuruh di saat saat hari bahagia. 

Anda di bayar untuk mengabadikan, sejarah kehidupan teruna bertemu dara. Bukan sampai foto kahwin tau! Itulah kali pertama mereka bersama sama. Saat yang bahagia, Cuma sekejap saja... esok... mereka di panggil suami isteri. Senang, suka, bermanja bersama sama. Sakit  susah nak bersalin melahirkan, sendiri tanggung. Aduhai! Kejamnya dunia ini! Isteri yang solehah, syurga menantimu...

SUSUNAN RAKAMAN FOTO MAJLIS WALIMATUL URUS 

HANTARAN

Mengambil foto segala gubahan dan persediaan pengantin boleh dilakukan sendiri oleh pengantin atau adik beradiknya. Gunakanlah segala kemudahan yang sedia ada. Handset kek! Kamera kompak kek! Apa sahajalah, asal boleh merakamkan gambar. 

HARI LANGSUNG PERNIKAHAN

Foto rombongan dari sebelah pengantin lelaki. Rewang dan segala rewang di sebelah pengantin perempuan. Banyak foto yang perlu diabadikan. 

MAJLIS PERNIKAHAN

Dari peringkat serah menyerah hantaran hinggalah ‘sah’ di ijab kabulkan.
Foto yang perlu di rakamkan banyak. Jangan anda mintak di ulang lafaz ‘ijab’. Nahas kamu! Kalau boleh Pengantin lelaki nak satu nafas jer. Sekali jer, tau. Perlu jurufoto extra. Rakamkan dari semua sudut. 

PERSANDINGAN

Bersanding diatas pelamin kan! 

Banyak ‘posing’ yang mesti dirakamkan. Tapi boleh ulang. Ulang tahun depan pun tak apa, lagi gerek! Jurugambar senang cari makan. 

MAJLIS MAKAN DAMAI

Makan damai. Tahniah. Menu best. Mempelai dah kenyang, suka sakan jadi ‘Raja Sehari’. Potong kek. Munginkah dah ada perubahan sekarang ini? 

FOTO KELUARGA 

Kenang kenangan. Semuanya dalam kenangan.

Nostalgia.

Nota :  Untuk lebih lengkap, kita cerita di lain N3.

Jumpa lagi lain N3. 

 oleh jurufoto miskin

No comments:

Post a Comment