JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, April 14, 2011

Kanta, Lensa @ Lens

Lensa Kamera - Mana pilihan anda...
NAK AMBIL GAMBAR APA?

LENSA KAMERA

Penggunaan bahasa yang paling mudah.
Dunia fotografi mengenali kanta untuk memfokus adalah lensa.
Secara asas untuk memahami dunia senifoto.
Kanta atau lensa adalah bahagian yang terpenting untuk penghasilan fotografi anda.

Kanta 50mm F 1.4

KANTA STANDARD - TETAP JARAK/SINGLE FOCAL LENGTH - 50 mm F 1.4

Paling mudah untuk mengambil gambar dari segenap sudut dan jarak dengan hasil yang amat memuaskan. Boleh mengambil gambar pemandangan. Potret. Apa sahaja yang terlintas di fikiran anda. Harga kanta ini memang mahal. Untuk mengambil gambar mikro, anda hanya perlu membeli close up filter. Jika anda membeli kanta kegunaan khas, harganya tentulah jauh lebih mahal. Contohnya kanta untuk mengambil gambar mikro. Kemudahan untuk anda menggenggam kamera pada satu masa, merakamkan segala kejadian yang melintas, sentiasa fokus pada infiniti dan setting pada manual. Lalu KLIK apa sahaja yang patut anda rakamkan!

Bila anda sudah terasa mahir, dah banyak duit, dah ada pengalaman dan dah besor cita citanya bolehlah mendalami bidang ini.

Mungkin anda peminat dan pembaca tulisan berkaitan fotografi. Sekali lagi paman (pak chik) jelaskan, tulisan ini hanya menuliskan senifoto serba ringkas sahaja. Di N3 lain berkemungkinan lebih detail lagi. Terserah kepada keadaan semasa dan maklum balas pembaca. Sekiranya perkongsian pengalaman bakal melahirkan senifoto agung suatu hari nanti, mengapa tidak terus diperjuangkan?

Kanta 50 mm dengan bukaan apacer F 1.4 adalah yang paling popular dikalangan penggemar senifoto. Kreativitinya di tangan jurufoto itu sendiri. Ketahanan kanta jenis ini tidak diragui. Ketajaman/sharpness  hasilfotonya amat membanggakan.

Kanta Telephoto 600 mm

KANTA TELEPHOTO

Apabila jarak jauh fokus dihasilkan oleh sesuatu kanta ianya akan menjadi teropong. Jarak yang melebihi sudut pandangan mata biasa dalam lingkungan 50 mm dipanggil telephoto. maaf kalau berbeza sebutan dan definasi paman. Kanta telephoto berfungsi macam teropong. Imej yang jauh, helang terbang boleh difokuskan bagai di depan mata sahaja. lalu KLIK.

Kanta 55 mm, 85 mm, 105 mm, 185 mm boleh menghasilkan gambar potret atau imej yang cantik, biasanya dipanggil 'fotogenik'. boleh juga dipanggil 'makan gambar'. Sebab ada juga, bila gambarnya kurang genik, tidak secantik yang diharapkan 'model'nya, 'aku tak makan gambar' adalah alasan saintifik dunia foto. boleh gitu? Terima ajerlah 'anugerah tuhan'. 
 
Foto wajah manusia, ada yang mengatakan haram. Kecantikkan yang membanggakan boleh menimbulkan riak dan sombong pemiliknya. Kecacatan pula mengundang perasaan bersalah, rendah diri lalu menyalahkan tuhan dan taqdirNya. Nostalgia dan tragedi ini boleh buat satu cerita kot! sambong kisah kanta ajerlah... lain kali, mungkin boleh cerita lagi...

Biasanya golongan profesnal, bidang senifoto ini menjadi profesennya. Asas senifoto dititik beratkan untuk menguasai pasaran multi media. Kanta telephoto akan memudahkan tugasannya. Kegunaan telephoto ini juga amat terhad. Hanya untuk mengambil gambar di luar. Sesekali sahaja diperlukan, seperti di dalam dewan, stadium dsb.

Jurugambar amatur atau peminat senifoto juga mampu menghasilkan fotogenik. Bab ini juga panjang ceritanya, jauh pemandangan dan luas pengalamannya. Bezanya, golongan ini tidak menjadikan bidang senifoto sebagai punca rezekinya.

Ada juga penggemar fotografi peringkat ini bertujuan untuk menyertai pertandingan. Hadiah lumayan dan nama yang glamer. Bila ada pertandingan, mereka ini akan bermodal untuk memenangi ganjaran yang ditawarkan.

Zoom lens 10 mm - 24 mm
Kanta Zoom Wide angle

KANTA ZOOM

Memudahkan sudut jurufoto merakamkan atau memotret. Tidak perlu ruang yang luas walaupun di bilik kecil. hanya perlu memusingkan gelang sehingga sudut yang dihajati.

Anda boleh memilih Zoom 18 mm - 105 mm yang disediakan dalam model DSLR D7000. Semua sudut

Gambar keseluruhan lensa seperti di atas itu membayangkan betapa banyaknya kanta yang anda harus miliki.

10 mm adalah kanta menyerupai mata ikan lalu digelarkan 'fish eye'. Ikan di dalam air, ia tidak perlu menoleh ke atas, ke bawah atau ke belakang. Semua sudut, ikan mampu melihat. Bab ikan ini, lainlah pula ceritanya.

Kanta dari 6 mm hingga 35 mm dikategorikan 'wide angle lens'.
Kanta 36 mm hingga 55 mm di kategorikan 'standard lens'. Boleh berubah mengikut keadaan.
Kanta sehingga 1200 mm dikenali sebagai 'telephoto lens'. Bergantung kepada syarikat pengeluar.

Kanta 18 mm - 105 mm amat hebat. Zoom ini merangkumi wide angle, standard hingga telephoto untuk gambar potret. Anda sudah ada ciri ciri profesnal. Jangan berlagak wei. Profesnal mempunyai berbagai bagai kanta dengan hasil imej yang mengagumkan.

Kanta Zoom ada kelemahan yang tersendiri. Hasil imej fotonya, kurang tajam. Ketahanan kanta ini juga diragui. Sekiranya jaminan 5 tahun disediakan, mungkin anda ingin menggunakan melebihi 20 tahun. Kanta tetap, pergerakkan statik hanya memfokus sudah tentu lebih tahan. Ada kalanya, bila terlalu digunakan lasak, pergerakkan kanta boleh menjadi longgar dan infinitinya 'lari'. susah beb nak kejar. beli baru jer.infiniti lari, hentam sajelah, asal ada gambar, o.k. lah tu...

Apa apa pun, N3 saja saja ini sekedar bertukar tukar lawak jer. Lain N3, paman akan upload fotonya pula. paman motret sendiri maaa! kalau ada kesilapan, bolehlah tolong ketawakan. paman tak kisah pun. Cuma paman saje nak layan, generasi DSLR masa kini yang hebat kemudahannya, berbanding zaman paman dulu. Terpaksa gunakan negatif. Imaginasi dan kreativiti yang amat ber'resolusi tinggi'. nak kena tunggu proses negatif jadi foto 3R. penat kalau gagal. ten sen bila kena kritik alkutuk.

Belum lagi masuk 'superimpose', touch up, croping, sandwich, dual imej, filter dan ntah apa apa lagi.

Lain lain cerita, lain lain hal, lain kali. O. K.

No comments:

Post a Comment