JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Friday, December 23, 2011

Dunia Sukan - Pingat Emas Olimpik




kehebatan, kejaguhan lee chong wei mula tercalar?

 Datuk Lee Chong Wei

Ayam tambatan negara, Pingat Emas Olimpik London 2012, mungkinkah tinggal harapan? 

Cabaran, debaran dan gegaran Olimpik London 2012 mula di rasakan. Masihkah kita berpeluang memenangi emas sulong? Sekaligus mengumandangkan Lagu Negaraku di pentas dunia sukan olimpik. 

Kemuncak karier Datuk Lee Chong Wei bagaikan sudah digapai sepenuhnya. Pemain lagenda China Yang Yang telah bersara sewaktu berada di kemuncaknya. Tidak ada pemain yang berjaya menundukkan Yang Yang. Itulah kehebatan jaguh dunia yang menjadi lagenda. Dia tahu mendaki ke kemuncaknya dan dia juga tahu turun sebelum waktu di’turun’kan. 

Namun, apa yang menjadi tanda tanya kini menjadi tanda noktah. Pemburuan Pingat Emas Olimpik pula bagaikan di buru bayang bayang kegagalan. Yang di kejar belum pasti tetapi apa yang telah dijuarai pula tercicir satu persatu.

Kehadiran pemain Chen Long dari China, membayangi LCW dan sewaktu dengannya Lin Dan juga terus memusnahkan impian pemain No.1 dunia ini. Bukan meminta LCW berundur sebelum di’undur’kan tetapi memperingatkan trick dan saikologi dunia permainan dan sukan yang memerlukan ketajaman pemikiran bukan hanya ‘jumping smash’ yang tajam sahaja. 

Mengekalkan sebagai Juara, Pemain No.1 Dunia dan membariskan diri sebagai lagenda tentulah amat sukar dari merampas kejuaraan. Kekalahan untuk mengkaji kelemahan diri dan mengatur strategi semula, amatlah berfaedah. Kecederaan, ‘over confident’ dan tidak konsisten bakal menjadi ramalan yang membawa padah! 

Dalam pengetahuan aku yang dangkal inilah laa kan, kail pun panjang sejengkal, kontot laa tu! Kita tidak perlu optimis menaruh harapan. Biarlah seribu tahun tidak kan mungkin untuk berkalung Pingat Emas Olimpik, sekurang kurangnya kita antara negara kuasa badminton di dunia. 

Namun sebagai ‘underdog’ sebelum jadi ‘hotdog’ lebih baik jangan jadi ‘catdog’ asyik menuding jari lantaran tergigit jari! 

Apa pun, aku harap beregu yang diciptakan, biarpun kalah memanjang sepanjang tahun 2011 ini mampu mencipta keajaiban. Seandainya gagal berlanjutan jua, ternyata kita hanya kuat berangan angan laa. 

Pada aku laa kan, lebih berminat bersikap selamba jer. Seandainya gagal memenangi sebarang pingat pun, buat tak kisah jer, buat donno jer. Biar pun di hati lebih dahsyat dari KL Menjerit! Peduli apa laa kan. Memang begitu adatnya, bila kita mengharapkan kemenangan menjelma hingga ‘over confident’ lalu kekalahan membakar luluh luruh semangatnya. he, he, he! 

Aku Cuma peminat, penyokong jer. Yang hebat, bertuah, kaya raya tentulah pemain kan. Pegawai, persatuan, juruletih dan semua yang terlibat tahu persoalan sebenar. Nak menang kek, nak kalah kok, ditangan korang laa kan.
*****
 Datuk Nicol Ann David 

Ratu squash negara. 

Keunggulan Datuk Nicol Ann David sebagai Ratu Squash Dunia sukar dipertikaikan. Kejayaan, kejuaraan dunia di raih satu persatu dengan bergaya.  

Secara geraf, menaik dan terus menaik, apakah tidak ada kemuncaknya? Pastinya akan menurun dan tentunya jangan sampai di’turun’kan untuk dibersarakan kan, kan. 

Aku risau & sasau memikirkan Ratu blorong ni, ops, Ratu seorang ni laa, takut dia ni dah sampai di kemuncaknya. Biasak laa kan, kejohanan paling di impikan dalam sejarah kehidupannya. Menjuarai singgahsana Squash Dunia. Harap harap kalau nak bersara tu, sememangnya seorang lagenda dunia.
Semuga gelanggang olimpik London 2012 bakal menabalkan seorang anak Malaysia menjadi lagenda dunia sukan.
*****
Setelah bolasepak, ter’sepak’ lepak masuk lopak dan mungkin memang tak nampak mampu mengopak kelopak mata dunia, memadailah untuk dicampak. Biarlah mereka aman untuk memikirkan kekal sebagai Juara  Asia Tenggara. Mudah mudahan Pasukan Kebangsaan Malaysia akan mampu meningkat dan mengangkat martabatnya.

Semuga acara lain juga bakal mampu menggegarkan. Lumba basikal dsb, antara sukan yang bakal melakar dan mampu menggondol emas. Masing masing pun ada ‘keajaiban’nya yang tersendiri. Kita tunggu dan lihat.
*****

No comments:

Post a Comment