JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Thursday, September 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum WBH.....
SELAMAT HARI RAYA
Aidil Fitri.....Maaf Dzahir & Bathin.....1431 H

Buat semua pembaca yang budiman.....

SEMALAM

Masa ni aku masih budak kampong. Main sembunyi sembunyi kat bawah tempurung. Ape je permainanan anak kampungan. Yg penting tak payah keluar duit beli mainan. Godak parit (ingatkan sekarang ni nak godam PC) macam lingsang (memerang) tangkap ikan keli, haruan buat wadik. Pendek kata, dunia kg ni aku yg punya. Panjat pokok semua buah halal je. Masuk kebun, tanaman yg ada, main ngap aje. 

Saat paling seronok, masuk bulan Rejab. Syaaban ada kenduri punggahan, makan nasi ambeng. Masuk Ramadan, terawikh. Puasa sehari dah macam sebulan. Orang terawikh, kita orang mainan lagi. Main sembunyi lagi. Seluruh pekan kita orang selongkar. Sampai orang dah balik terrawikh aku masih tersembunyi. Nasib baik takde antu. Masa tu mana ada letrik. Setahun sekali katanya. Bagi orang kg macam aku ni, semuanya setahun sekali. Pakai baju baru, rumah serba baru (kalau berduit), kuih muih beranika macam, daging ayam kg, dekat setahun baru boleh sembelih.....setahun sekali jugak makan daging. Bila selikor, lampu dah mula terpasang sepanjang jalan, aduhai...terkenang daku pada sidia, ayah dan bonda telah tiada.

Bila tiba hari raya.....Tunggu kat radio pengumuman. Alamak! Lusa lagi raya. Macamana Singapor dah raya dulu. Patutle dia orang pernah bakar surau. Aku yg pernah merantau ke kota singa, nak cari duit raya, berdikari. Jadi mat kontrek le. Sampai kat JB singgah rumah kakak. Melilau cari keperluan raya, eh ada orang dah raya pulak. Sapa nak saman siape? Orang singa dah raya. Eh! Johor pun istihar raya.

HARI INI

Setahun menghilang, sekarang menjelang.....Hari Raya dah ditentukan! Nasib baik ada alasan  yg sempurna. cuti agak panjang le! oh.....seronoknya! Ape yg penting! Hari Raya.....Ape yg penting! Duit Raya.....ziarah rumah orang setakat pungut duit raya jer...kalau dulu round satu kampung dapat la beberapa sen....sekarang ni...berpuluh ringgit budak budak kutip masa beraya tu. Marhaban pon entah meraban ke mana...hai...apalah sketsanya. Yg pelik sepanjang bulan puasa, ada gasTRICK & 1001 datang bulan.

Satu hari di hari raya.....Kuih muih main tunjuk je. Daging lembu masak rendang. Ayam daging masak kormak. Ada masak kari, masak merah, masak lemak cili api . Tak cukup ketupat plastik, nasi tomato, baryani gam, lemang, lepet pulut dan beraneka juadah. Podah! Kolestrol. Darah tinggi. Lemah Jantung. Semuanya 1001 pilihan & 1001 penyakit.

ESOK

Mungkin dah sama macam singapore...  Iklan tv3 yang merapu tu...melangkaui semua agama dgn berbeca je! Ingat kita ni kemaruk giler ke? Perjuangan bangsaku bukan setakat Pilihanraya, Perjuangan agamaku pun bukan setakat berhariraya. Understand!

Apa apa pun, bagi yang dah cukup umur tu, langsung terus MENDAFTAR kat SPR. UUNDI, jangan SAMPAI menyesal tak dapat mengundi.

Jangan sampai bulan mengambang penuh gerhana kerana dilanggar roket duduk atas pig lalu terkembar dua anak bulan sabit berwarna biru.....free..son...dol. Singapor dilanggar todak keluar petir (PAP). Nikang kat Malaysia keluar tanduk kot! (BANTENG)

* MIMPI NGERI : Sebelum peristiwa 13 mei 69, aku pernah melalui zaman sedih. Makan nasi+jagung hancur atau  +ubi kayu . Lauk ikan masin+Sambal tumis. Aku menangis, merajuk taknak makan. Kenapa mak sembunyikan masak nasi tadi? Bila aku sedar, aku ada anak saudara berusia 2 tahun. Mak cuma masak bubur+garam je untuknya. Alahai! Yg tua makan hanya untuk alas perut je. Untuk kita orang tiga beradik kecil ni, memang dilebihkan. Kalau tak abis dia orang le baru dapat makan. Aduhai! Pedih & sedih hidup ini. Apa mungkinkah berulang kembali, bila negara jadi bangkrap!?

* Sebenarnya pada hari ini masih ramai lagi saudara sebangsaku, seagamaku yang senasib sebegitu. Lihat luaran memang bergaya, ada motosikal, ada astro, ada kereta ada harta bende le. Perasan atau memang takde perasaan? Astro dah dipotong, yg tinggal mangkuk ayun kat atas bumbung. Kereta terpakai buatan malaysia, berapa harganya? Insuran je+tendang bola+tendang terajang lebih mahal dari ansuran bulanan orang kaya yg pakai kreta mewah keluaran terbaru.

Nak Raya tang mana, harga barang mahal, biaya persekolahan meningkat, 
katanya subsidi dikurangkan sikit, apa dah jadi aku terpaksa bekerja macam hamba abdi, 
itupun masih tak dikenang budi, melolong mintak undi, dah menang kampung tergadai, 
bilakah masa nak mandi, amankah bila dah bersemadi?

No comments:

Post a Comment