JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS JayBosS

  • KITA HANYA MAMPU MERANCANG SEBAIK MUNGKIN * KETENTUAN MILIK YANG MAHA ESA * KITA LAHIR UNTUK BERTAKBIR BUKAN UNTUK MELAWAN TAQDIR
  • MANUSIA AKAN TERUS BERUSAHA * BERUSAHA * SEHINGGA PENGHUJUNG USIANYA *
  • ISLAM TIDAK PERNAH BERUBAH * PERUBAHAN KEPADA UMATNYA SAHAJA *
  • Semalam * Hari Ini * Esok * Dulu * Kini * Selama lamanya*

Monday, August 6, 2012

Dunia Perak - Badminton Olimpik 2012

Badminton Olimpik 2012


ACARA BADMINTON OLIMPIK  2012

Kegagalan untuk meraih Pingat Emas, menggapai impian rakyat Malaysia, menjadikan sukan di Malaysia belum bertaraf dunia maju. Kita akan semakin jauh terkebelakang untuk beraksi di pentas akhir dan akan berakhir sehingga tersingkir. Sebagaimana Piala Thomas terkini, kita hanya sempat beraksi di suku akhir sahaja. 

Perlawanan akhir yang penuh mendebarkan, pentas Olimpik London 2012, menyaksikan kita dikalungkan pingat perak sekali lagi. Kita tetap berjaya untuk meraih pingat tidak kira apa warnanya. Kehebatan pasukan China menyapu bersih 5 acara Badminton yang dipertandingkan sepatutnya menjadi inspirasi BAM dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 

Kemenangan Lee Chong Wei menundukkan Chen Long dengan straight game, penuh bergaya di pentas separuh akhir acara badminton olimpik bagaikan menyuntik semangat untuk merangkul Pingat Emas pertama negara. Memenangi set pertama ketika bertemu Lin Dan di pentas akhir dengan penuh keyakinan, semuanya itu telah menjadikan impian tinggal kenangan. 

Semua peminat badminton menyakini Lee Chong Wei bakal memenangi Pingat Emas pertama negara. Prestasinya benar benar berada dikemuncaknya.  

Apakah Lin Dan terlalu Super Dan untuk di kalahkan? 

Kejaguhan kedua dua finalis dalam kelasnya yang tersendiri. Mungkinkah nasib tidak menyebelahi Lee Chong Wei dan nasib telah memihak kepada Lin Dan? Kekalahan di set pertama hanya umpan untuk memerangkap keyakinan Lee Chong Wei. Bila berada di zon yang selesa, kealpaan mula menjelma dibayangi kemenangan yang didambakan. Tetapi, bila tiba tiba Lin Dan pula menyerang balas dan menjadi, semuanya sudah terlambat bila mata demi mata memisahkan menentukan juara. Apakah saikologi sebegini juga bergantung kepada nasib? Hanya juara sejati akan menumpukan perlawanan, menguasai gelanggang hingga ke mata penamat. 

Mungkin kita terimbas kembali dengan perlawanan akhir Piala Dunia Alba di KL antara Misbun Sidek dengan Lim Siew King. Walaupun berada di kedudukan yang selesa untuk dinobatkan sebagai juara, namun nasib masih tidak menyebelahi kita. 

Sesuatu yang sering membayangi ahli sukan kita, mereka mampu mencipta ‘menang’ di awal permainan tetapi akhirnya ‘pancit’ menyerah kepada nasib. Tenaga dan kehebatan permainan pihak lawan sukar ditandingi. 

Yakin Boleh! Sebenarnya, keyakinan di saat genting begini, telah memakan diri. Setuju atau menerima kekalahan demi semangat kesukanan bukanlah satu perjuangan untuk menjadi Jagoan yang dihormati. 

Mungkin agak nakal dan keterlaluan, jika aku katakan ahli sukan kita hanya bermatlamatkan imbuhan yang mewah. Kemewahan dalam kehidupan hari ini dengan wang ringgit.Ini hanyalah anggapan biar pun ada kebenarannya. Siapa tidak memerlukan wang ringgit untuk membiayai kos dan keperluan hidup?  

Masalah kewangan dalam persatuan, badan sukan dan semua acara sukan menghadapi dilema yang serupa. Tanpa kewangan, wang ringgit, semua bakat harapan kecundang di gelanggang sendiri yang tunggang langgang. 

Dalam bolasepak, sewaktu kita mendahului, tiba tiba di minit minit terakhir pula jaringan emas menerjah gawang untuk menyingkirkan ‘Yakin Boleh’! 

Kini kita kena mengakui, Lin Dan adalah lagenda badminton hari ini sebagaimana Yang Yang Juara yang bersara sewaktu di kemuncaknya. 

Apa pun, itulah adat permainan. Ada yang menang dan yang kalah tetap berusaha untuk menang di lain kali. Itu pun jika usia dan kesempatan masih mengizinkan. 

Pengajaran untuk semua,

Kita tidak perlu menaruh harapan yang menggunung, seorang juara akan berjuang habis habisan sehingga penamat permainan. 

Bila kita mengharapkan kejayaan, biasanya harapan kian sukar untuk menjadi kenyataan. Mungkin, berat mata memandang, berat lagi bahu yang hendak merelisasikannya.

Hafiz Hashim tiba tiba, namanya  ‘melambung’, melakar namanya dalam sejarah apabila mampu menjuarai Perseorangan Badminton All England. Sebagaimana pantasnya nama terjulang, sekilat itu jugalah namanya terpadam tinggal kenangan. Tiada sesiapa pun yang meramalkan beliau bakal menjadi juara, tetapi akhirnya beliau tenggelam punca bila sandaran negara menjadi bebanan pula. 

Kehandalan Datuk Lee Chong Wei di gelanggang badminton dunia tidak perlu dipertikaikan lagi. Kekalahannya, sememangnya nasib tidak menyebelahi beliau. Bukan rezekinya untuk dikalungkan Pingat Emas namun Pingat Perak juga tetap membanggakan. Itulah sikap dan semangat kesukanan kita sebagai 1Malaysia. 

*****
Perjuangan baru bermula, kekalahan mengajar erti kehidupan bukan berakhirnya satu pengorbanan.

Semuanya ini hanyalah sebahagian perjalanan kehidupan.

Kita hanya pandai mengharap, apatah lagi jika dijanjikan harapan. Biar pun harapan tinggal harapan..... 


*****

No comments:

Post a Comment