KECUNDANG
Piala Thomas gagal lagi untuk di bawa pulang
ke Malaysia.
Misi Pingat Emas Sukan Olimpik London 2012
terus mendebarkan.
Badminton Piala Thomas
Akhirnya kita tersungkur lagi. Kegagalan
Pasukan kita di suku akhir kepada China sudah di duga. Kekalahan kepada Denmark
di peringkat kumpulan menyatakan ranking sebenar pasukan kita. Kini Malaysia
dan Indonesia, senasib. Tumbang di suku akhir dalam perebutan Piala Thomas. Dua
pasukan elit yang saling bergilir menjuarai Piala Thomas. Namun kehadiran
Pasukan Negara China, semuanya telah mengubah suasana. Keunggulan pemain China
terus mendominasi kejuaraan.
Denmark dan Korea Selatan adalah dua pasukan
yang saling mengekori ke pentas semi final. Setakat ini mereka masih gagal
untuk dinobatkan sebagai juara. Kemunculan Negara Jepun melengkapkan pentas
separuh akhir. Menjuarai Piala Thomas lima kali berturut turut dan di barisi
pemain ranking terbaik dunia, hampir pasti kejuaraan berprestij bakal
dimonopolinya.
Bukan buruan kilauan emas sahaja menjadi
ukuran, komitmen dalam melahirkan jagoan bertaraf dunia laa sepatutnya menjadi
kenyataan. Kita bagaikan ketandusan pemain berkaliber. Hafiz Hashim mencorot
dan tenggelam timbul prestasinya. Liew Darren sudah mula mempamerkan kejaguhan.
Pemain ini perlu dan sepatutnya sudah terlatih untuk menundukkan juara dunia
Lin Dan dan sekali gus membayangi Chen Long.
Jurulatih profesnal menjadi jurulatah
mengusutkan lagi keadaan. Pemergian Rexy Mainaky untuk melatih pemain negara
lain menjelaskan betapa buntunya untuk bersama pemain Malaysia yang senantiasa
di rundung malang. Kecergasan, kejayaan dan kemenangan bagaikan jauh panggang
dari bara. Hanya membara, namun terus kecundang jua.
Lagenda Dunia Yang Yang, yang pernah
menyuarakan pendapat tentang juara kita Rashid Sidek sewaktu di puncak
kegemilangannya, sepatutnya menjadi iktibar dan BAM terus mengorak langkah
merealisasikan. Bukan membiarkan Lee Chong Wei terjerit jerit kesakitan lalu
membiarkan dan berserah pada nasib menentukan pasukan. Sepatutnya Hafiz Hashim
bukan lagi sandaran mahu pun pelengkap pemain. Menumpukan kepada satu pemain
sahaja, kekalahan amat pahit untuk di telan.
Kita masih mampu melahirkan, mengasuh dan
menjuarai kejohanan berprestij dunia. Pemain yang gagal untuk meneruskan kecemerlangan,
sepatutnya sudah boleh dibersarakan awal atau menumpukan kerjaya masing masing.
Bukan bertelagah, tunjuk gagah di luar gelanggang, tapi tetap kecundang di
pusingan awal dengan pemain tidak ternama lagi.
Lumrah kehidupan ini, yang patah akan tumbuh,
yang hilang akan berganti. Bila pemain muda atau baru muncul, lebih bertenaga,
berkeupayaan menjadi juara dunia, maka dengan sendirinya pemain yang statik
boleh memikirkan masa depannya sendiri. Tetapi, bila pengganti yang di cari,
yang diharapkan datang bergolek, tidak kunjung tiba, yang ditatang pula jatuh
tergolek, memang nasib malang akan berpanjangan. Barisan pelapis, pemain muda
bagaikan di anak tirikan. Bukan 22 tahun lagi untuk merangkul Piala Thomas,
mungkin akan kempunan sepanjang zaman untuk dikalungkan Pingat Emas Olimpik.
China bakal membariskan Lin Dan (2), Chen Long
(3), Chen Jin (4) dimana mereka adalah didalam ranking terbaik dunia badminton.
Datuk Lee Chong Wei (1) Dengan dibayangi kecederaan, dimamah usia, masihkah
kita mengharapkan suatu keajaiban? Kesabaran dalam debaran, kita masih mampu
menerima hakikat, biar apa pun keputusannya, terimalah dengan semangat
kesukanan jua.
Juara & Kuasa Badminton
Ferarri. BLG 1 (Badminton Lagenda Gold?)
Sebagai peminat utama sukan badminton, aku
amat mengharapkan kemajuan dunia masa kini terus mengiringi kegemilangan kita.
Bukan hanya pemain sahaja yang menjadi elit dan ego dengan sekelumit
pencapaiannya. Para pemain mampu hidup mewah dengan ganjaran kejuaraan yang
mampu digondolnya. Kenyataan sebenar, negara ketandusan untuk melahirkan juara
dan menguasai arena badminton.
Kalau aku ingin bercakap laa kan, memang di
benarkan untuk bercakap. Aku ingin berkata ;
“Seorang Datuk Sidek, mampu melahirkan 5 jagoan
badminton bertaraf dunia. Misbun, Razib, Jailani, Rashid dan Rahman bin Datuk
Haji Sidek. Maaf, kalau ada anak lain yang tidak dikenali, apa pun aku
menyanjung keluarga tuan. Cuma, aku terkilan amat sangat laa kan, mengapa 5
Jaguh pemenang Pingat Perak, Pingat Gangsa Olimpik, Juara Piala Thomas gagal
untuk melahirkan 25 jagoan badminton?”
Malaysia adalah kuasa badminton dunia.
Indonesia mampu menguasai kejuaraan berprestij. China terlalu unggul dalam
melahirkan juara pelapis, juara baru dan bagaikan tunas yang tidak berhenti
untuk menakluki dunia badminton.
Sebenarnya, ketiadaan Malaysia dan Indonesia
di pentas akhir Piala Thomas, bagaikan kejohanan tanpa bintang. Sebab itulah Li
Yongbo, boring, bila Lin Dan terseliuh, dikenakan tindakan. Tidak pula kepada
Chong Wei dan pemain wanita Indonesia yang menarik diri kerana terpelicuk
agaknya. Walau pun berjaya menjuarai buat kali ke lima berturut turut, China
tetap tidak puas kerana Chong Wei gagal untuk di tundukkan secara permainan.
Tanpa barisan pemain remaja yang mantap dan
menyengat, apa lagi sandaran untuk kebanggaan dunia badminton?
Mengapa 5 orang Juara Dunia ini tidak di
pecahkan ke seluruh Malaysia, utara, selatan, timur barat dan center? Mengetuai
atau membina tapaknya sendiri. Dengan di bantu pasukan negri tertentu yang
berminat, tajaan dan penubuhan syarikat. Mungkin ternak ayam sendiri buat ‘bulu
tangkis’ kot!
Sebagai rakyat biasa yang tentunya hanya
peminat sukan badminton, tentunya aku merasa seronok melihat, pada hari ini
adalah jagoan yang dilahirkan oleh mereka pula menguasai arena badminton negara
dan dunia. Namun apa yang aku tahu, sehingga kini masalah peribadi dan krisis
dalaman bertambah parah. Walau pun semua sudah bertukar dan silih berganti,
masalahnya tetap sama, lagu lama juga.
Kita hanya mampu melihat, menyokong dan
menulis apa yang tersurat. Mungkinkah kita juga hanya berhak untuk menumpang
kegembiraan yang telah dirancangkan? Mereka yang menentukan menang kalah negara
di persada antarabangsa, tentunya ada agenda tersendiri. Kita tetap sebagai
penyokong, penonton dan peminat sahaja.
Hidup Sukan untuk Negara!
No comments:
Post a Comment